Jumaat, 3 April 2009

Sambungan isu


Buku di atas antara ribuan buku teks yang digunakan oleh penuntut bidang fizik-teori (fizik-matematik) di seluruh dunia termasuk di Kanada. Terang-terang ditulis TRANSLATED FROM THE RUSSIAN.

Ini baru satu bidang, belum lagi yang lain-lain.

Jelas menunjukkan, orang putih (negara-negara maju) pun tidak tergila-gila dan tidak terlintas pun kepimpinan mereka melaksanakan PPSMR ( bahasa Russia) untuk dapatkan ILMU dan MAJU dengan cepat. Entah model negara maju mana yang MALAYSIA tiru siapa boleh jawab?

Dasyat betul fikiran orang-orang melayu kita. Mengalahkan Einstein, Feynman, Podolski, Ibnu-Sina, Al-Farabi, Aristotle, Kant, Spinoza dan lain-lain.

Mungkin boleh dianugerahkan Triple Nobel Laurete kot kepada 'siapa' yang memberikan idea PPSMI.

Bahaskan!

Hujung minggu nanti, siapkan satu assigment untuk membangkang hujah ini.

Nak tulis BI pun boleh!

Sekian!

~peja~

Tiada ulasan: