Isnin, 6 April 2009

Fakta-fakta untuk direnungi

(DARI LAMAN WEB ASASI -AKADEMIK SAINS ISLAM MALAYSIA)

Sedikit Biodata Prof Dr Shaharir Mohamad Zain

- pencipta dan ideolog pengIslaman dan pemeribumian sains matematik dan pengisiannya
- Pensyarah Matematik (menulis lebih 10 buah buku teks matematik peringkat Universiti )
- Anak melayu pertama memperolehi PhD dala Matematik dari La Trobe University, Australia
- Felo akademik Sains Malaysia (selected person)
- Menjalankan penyelidikan Formulasi Kuantum Mekanik
- Bekas Timb Naib Canselor UKM
- Penerbitan penyelidikan beliau dalam BM ada diterjemahkan ke dalam Bahasa German dan BI (bukti bahawa bahasa bukan alasan untuk menyelidik, tetapi tahap ilmu yang dimiliki)


  • ASASI menegaskan setiap orang yang ikhlas dan tahu sedikit sejarah sains dan matematik apa yang ada dalam Bahasa Inggeris itu bukannya berasal dari ilmu tamadun Inggeris
  • tidak ada negara maju sains dan matematik sekarang pun (yang ada dan ingin memperkukuhkan budaya sendiri) yang menggunakan Bahasa Inggeris selain daripada negara-negara Anglo-Saxon itu (UK, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan sebahagaian Kanada).
  • Sebahagian besar projek PPSMI adalah kerana kroni dan duit. Projek Pengajaran dalam Bahasa Inggeris begitu pantas dilakukan oleh Dr M sudah ada nama-nama kontraktornya meskipun dasar itu baru diumumkan (pada tahun 2003)
  • Dengan PPSMI, makin teruk pencapaian pelajar sains dan matematik sekolah itu dan tiada pula peningkatan pelajar yang sama dalam Bahasa Inggerisnya, dasn pencapaian bahasa sendiri pun (Melayu) pun merosot.
  • Perancis dan Jerman sekalipun, dua buah negara yang mencipta sains dan matematik mengatasi bangsa Inggeris sejak dahulu hingga sekarang. Mereka turut menghadapi masalah ini. Namun, mereka tidak pula menukar dasar pendidikan mereka. Yang pentingnya, mereka mencari jalan untuk mengajar Bahasa Inggeris ini dengan lebih berkesan lagi menerusi pendidikan/pengajaran mata pelajaran bahasa Inggeris itu sendiri
  • China menjadi salah satu negara yang mendadak giatnya mahukan para pelajarnya tahu Bahasa Inggeris. Namun di sekolahnya, tidak ada penggunaan Bahasa Inggeris macam kita ini. Mereka masih belajar ilmu sains dan matematik dalam bahasanya sendiri
  • Inilah kebijaksanaan negara-bangsa yang maju-maju itu yang perlu kita contohi, tidak seperti yang cuba dilakukan oleh pemimpin Malaysia dan negara-negara terjajah minda pemimpinnya, atau pemimpin yang merasa inferior kerana bahasa dan kebudayaannya sendiri.
  • Negara-Negara Maju dalam bahasanya sendiri tidak pun menyahut globalisasi dengan menjadikan bahasa pengantar sains dan matematik di sekolah dan di universiti-universitinya kepada bahasa pengantar Inggeris, walaupun mereka juga mengakui kepentingan bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi global.

bersambung...

~peja~

Tiada ulasan: