Khamis, 25 September 2008

Salam Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin..


Rasanya dah lama saya x join blog nie...almaklum byk sgt aktiviti..pejam celik pejam celik dah 25 hari dah kita berpuasa..sekejap rasanya ramadhan yang makin lama meninggalkan kita...x pasti lagi masih sempatkah akan kita temui ramadhan yang akan datang...

Saya baru balik dari Makkah pada 22 Sept 08..penat tapi bersyukur sebab dapat beribadat disana di bulan yang berkah ini...kalau dilihat suasana disana, orang2 yang datang waktu ramadhan nie 2X ganda lebih ramai daripada jemaah musim haji. Suhu disana paling max mencecah 45 degree.

Saya sertakan beberapa keping gambar dari Tanah Haram Madinah dan Makkah untuk tatapan kalian semua.


Masjid Nabawi Di Madinah




Gambar bukit Panah di Jabal Uhud



Masjid Quba (Masjid pertama Rasulullah dirikan sesampainya di Madinah)




Gambar di bukit x tahu apa nama hehe..tapi di area lapangan medan magnet luar tanah haram Madinah Al Munawwarah


Gambar di hadapan Kaabah (Penjuru kiri Rukun Yamani dan Penjuru kanan Hajar Aswad)


Gambar Jabal Rahmah di Kawasan Padang Arafah (sesuai berdoa untuk ketemu jodoh)



Gambar di Masjid Terapung di Pesisir pantai Laut Merah, Jeddah


Sempat bergambar dengan pelakon Umi Aida dan Ustazah (isteri Ustz. Mohd Daud Che Ngah)



Dikesempatan yang ada ini ingin saya mengucapkan selamat Hari Raya & Maaf Zahir Dan Batin.

P/S : kepada Napi, kawe nak gi berayo umoh demo di Pasir Mas deh..

-Yoe-

Korek hidung tak batal puasa

Sumber dari Utusan Malaysia: 23/09/2008

Perkara yang tidak membatalkan puasa

Oleh Muhamad Adib Mohamed Saat

Percayakah anda ketika anda berpuasa anda masih boleh melakukan hal-hal berikut?

l. Anda boleh mengorek hidung, telinga dan lain-lain rongga. Sungguh hairan apakah kaitannya mengorek hidung atau telinga dengan berpuasa. Tidak pastilah kalau ada di kalangan kita yang mengorek hidung atau telinga lalu terasa kenyang. Sesungguhnya tiada dalil yang mengatakan batalnya puasa kerana memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan. Sekiranya tiada dalil, maka tiadalah hukum makruh atau lain-lain terhadapnya.

lAnda tidak perlu risau untuk berendam di dalam kolam sepanjang waktu di siang hari ketika Ramadan kerana ia tidak makruh dan tidak membatalkan puasa. Lihatlah riwayat hadis yang sahih ini. Seorang sahabat berkata: “Aku melihat Rasulullah SAW mencurahkan air ke atas kepala baginda ketika baginda berpuasa, kerana dahaga atau kepanasan”. (Riwayat Abu Daud: 2365, disahihkan oleh Sheikh Nasiruddin Al-Bani di dalam Sahih Sunan Abu Daud)

lAnda boleh makan walaupun waktu Imsak telah masuk iaitu lebih kurang 10 minit sebelum waktu subuh. Anda hanya perlu berhenti makan apabila diyakini telah masuk waktu subuh. Rasulullah bersabda: “Fajar ada dua jenis, fajar yang apabila ia tiba, haram untuk makan dan dibolehkan melakukan solat (fardu subuh) dan fajar yang apabila ia tiba, kamu tidak dibolehkan melakukan solat (solat subuh) dan dibolehkan makan.” (riwayat Al-Hakim dan Ibn Khuzaimah).

Allah berfirman di dalam Surah Al-Baqarah ayat ke-187 yang bermaksud: Makan dan minumlah kamu sehingga benang putih (waktu fajar) berpisah daripada benang hitam (malam).

Di dalam hadis sahih, Rasulullah bersabda: “Makan dan minumlah sehingga Ibn Umm Maktum mengumandangkan azan.”

Ia sangat baik dan dituntut di dalam agama kita untuk makan di waktu akhir-akhir bersahur berdasarkan hadis yang berikut iaitu, Rasulullah SAW bersabda “Umat aku akan sentiasa kekal dalam keadaan bersederhana dan sempurna selagi mana dia mempercepatkan berbuka dan memperlambatkan sahur.”

lSekiranya anda telah meyakini bahawa telah masuk waktu subuh dan ada lagi makanan atau minuman yang tinggal di dalam mulut anda. Anda boleh menelan dan menghabiskannya tanpa perlu dikeluarkannya dari mulut anda.

lAnda tidak perlu melafazkan niat seperti Nawaitu Sauma Ghadin… kerana Nabi Muhammad S.A.W. tidak pernah mengajarkannya. Niat itu tempatnya di hati. Apabila anda bangun sahur, ia membuktikan anda sudah berniat untuk berpuasa. Jika tidak, buat apa anda hendak bangun bersahur.

lTidak makruh untuk anda menggosok gigi pada siang hari sepanjang bulan Ramadan sama ada dengan kayu siwak atau dengan berus gigi.

lAnda harus makan dahulu makanan dan minuman sekiranya makanan telah dihidangkan sebelum pergi solat Maghrib. Rasulullah SAW bersabda: “Apabila telah dihidangkan makan malam, maka mulakanlah dengannya sebelum kamu menunaikan solat Maghrib dan janganlah kamu tergopoh- gapah ketika makan malam kamu.” (Muttafaq ‘Alaih, lihat Sahih al-Bukhari: 31).

lAnda boleh pergi ke klinik pergigian untuk mencabut gigi, menampal gigi, mencuci gigi dan sebagainya.

lAnda juga dibenarkan mandi dan berenang. Sekiranya anda telah menelan air secara tidak sengaja, maka ia tidak membatalkan puasa. Menurut kebanyakan ulama, berenang dibenarkan ketika berpuasa manakala menyelam tidak dibenarkan kerana ia akan menyebabkan air masuk ke dalam mulut dan hidung lalu sampai ke perut.

lAnda boleh menggunakan wangi-wangian, memakai kanta sentuh atau menggunakan ubat titik ke dalam mata.

lAnda dibenarkan untuk mengambil suntikan yang bermotifkan untuk rawatan dan perubatan. Bukannya suntikan yang mengambil peranan makanan dan minuman iaitu suntikan untuk memberikan tenaga dan kekuatan kepada anda.

lAnda boleh pergi untuk memeriksa dan menderma darah.

lAnda boleh makan dan minum dengan tidak sengaja. Ini berdasarkan suatu hadis yang bermaksud: Umat Islam tidak akan dipertanggungjawabk an atau diampunkan sekiranya melakukan perkara dalam keadaan tersilap, dalam kedaan terlupa dan dalam keadaan terpaksa. (Muttafaq ‘Alaih)

lSekiranya anda tertidur di siang hari dan bermimpi yang menyebabkan keluar air mani, ia tidak membatalkan puasa.

lSekiranya anda melakukan hubungan kelamin dan tidak mandi junub sebelum fajar menyinsing, puasa anda masih sah dan tidak batal dan anda dibenarkan untuk mandi junub selepas waktu fajar.

lSekiranya haid anda tamat pada malam hari, anda boleh berpuasa keesokan harinya walaupun anda mandi junub selepas waktu fajar.

Dalam kedua-dua kes yang di atas, kewajipan mandi junub tetap kekal kepada mereka tetapi berpuasa tidak akan batal dan terkesan dengan ketidaksempatan untuk mandi junub sebelum waktu fajar.

lAnda boleh berciuman dengan suami atau isteri anda ketika berpuasa, tetapi anda perlu mengelakkannya supaya tidak membawa kepada benda yang diharamkan di dalam bulan Ramadan iaitu hubungan kelamin.

Maklumat di atas disebut oleh para ulama seperti Syeikh Yusuf Al-Qaradawi dalam Fiqh as-Siyam, Ibn Hazm, Syeikh Abdul Aziz bin Baz, Syeikh Ibn Uthaymin dan lain-lain.

MUHAMAD ADIB MOHAMED SAAT dari Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

~peja~

Rabu, 24 September 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Maaf Zahir & Batin.

-WanieMZain & hubby-

Selasa, 23 September 2008

salam aidilfirti untuk semua - salah dah silah harap dimaafkan

Kita Anak Malaysia

Saya membaca sebuah blog seorang warganegara Malaysia berbangsa cina yang menulis kesedihan beliau tentang tuduhan liar yang dilemparkan kepada kaum cina terutamanya di Malaysia seperti bangsa pendatang, warga tidak berterima kasih, bangsa syaitan yang tidak boleh mendengar azan dan menyuruh pulang ke Tanah Besar Cina. Lebih berat lagi tuduhan ini bukanlah dilakukan oleh penagih dadah, mat rempit, pelacur, pengangkang dan pengemis tetapi diluahkan oleh seorang yang berjawatan tinggi dan berpengaruh. Apa reaksi kita sebagai warganegara yang waras dan boleh berfikir secara sihat. Saya tidak lihat perkara sebegini sebagai sesuatu yang sihat dan boleh dibiarkan berlarutan. Kita sedia maklum bahawa Malaysia tercinta sebuah negara yang mempunyai kepelbagaian kaum yang unik dan telah termaktub kemas di dalam perlembagaan. Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban, Murut, Siam dan lain-lain adalah anak Malaysia dan anak semua bangsa. Tidak perlu kita bertelagah tentang isu-isu hak ketuanan melayu dan sebagainya. Terlalu sempit hidup ini kalau hanya difokuskan tentang perkara tersebut.Kita anak semua bangsa. Seharusnya kita berbaik sangka antara satu sama lain. Janganlah disebabkan pembacaan akhbar kita yang sempit dan terpengaruh dengan paparan berita TV yang belum tentu tepat kita sudah melenting tak bertempat lantas menuduh orang itu begitu dan begini.

Kita sedar sebagai kaum melayu, kita masih ketinggalan dalam ekonomi, pendidikan dan alam pemikiran yang matang. Jadi apa yang perlu kita buat. Belajarlah dengan mereka yang sudah di hadapan. Janganlah bodoh sombong! Jangan seperti “enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing”, pentingkan diri sendiri! Buang jauh-jauh hasad dengki. Ini tidak, lihat sahaja melayu yang berjaya, macam-macam tuduhan dilemparkan. Ada sahaja bangsa melayu meningkat naik, rasuah lah tuh, bodek la tuh, dan macam-macam lagi. Begitu juga dengan pendidikan. Kalau senior bangsa lain sibuk membahagi-bahagikan nota untuk freshies, bangsa kita sibuk me’raging junior melalak pada waktu dinihari atas alasan orientasi pelajar baru. Siapa yang salah?

Berbalik kepada persoalan asas sebagai warganegara Malaysia, kita perlu bersaing secara waras dan sihat dalam segenap lapangan. Paradigma dan pola berfikir cara baru bangsa kita kalau ingin terkehadapan, mestilah dimulakan dengan membuang sifat-sifat negatif yang sejak zaman-berzaman menghantui kita. Hapuskan pemikiran ‘inferior’ berdasarkan kefahaman kaum dan bangsa yang sempit. Kita anak semua bangsa. Bangsa Malaysia! Tidak ada hak ketuanan Melayu. Yang ada hak ketuanan Islam! Dan islam itu bukan milik melayu sahaja! Cina, India, Murut, Iban, Kadazan dan bangsa siam juga ramai yang beragama islam dan kadang-kadang lebih baik dari islam kaum melayu !


Salam aidilfitri

Maaf zahir & batin

~peja~

Ahad, 21 September 2008

UNTUK RENUNGAN

Kaunselor Anda: Setiap raya isteri 'makan hati'

Bersama Dr Rubiah K Hamzah (Pakar Motivasi)bminggu@bharian.com.my

Soalan: Saya sudah berumahtangga 12 tahun, tetapi sepanjang tempoh itu, saya sering memendam perasaan sebaik saja kedatangan Aidilfitri. Saya orang Utara, suami orang Selatan tapi kami tinggal di Kuala Lumpur. Sebelum kahwin saya tidak memikirkan pun soal raya, berjanji balik bergilir dan sebagainya. Saya terima seadanya. Tiga tahun berkahwin, dari raya pertama hingga ketiga, kami sekeluarga akan beraya di kampung suami. Raya keempat biasanya sudah mula bekerja dan kami selalu akan balik ke kampung saya pada hujung Syawal. Saya masih bersabar, tapi kalau sudah 12 tahun kahwin dan keadaan sama berulang, memang saya sudah tidak boleh sabar. Doktor, tolong beri saya pandangan.

Jawapan :
Seorang wanita apabila diijabkabulkan maka jatuhlah tarafnya daripada seorang anak kepada seorang isteri milik seorang suami. Oleh itu syurganya berpindah dari telapak kaki ibu kepada tapak kaki suami.
Sebab itu Nabi Muhammad SAW pernah menyatakan, “jika seorang manusia boleh menyembah manusia maka aku mahu isteri menyembah suaminya” ungkapan ini disokong pula dengan pesanan kepada isteri bahawa “mentaati Allah dan Rasul serta suami sudah melayakkan isteri memilih masuk ke syurga dari pintu mana pun.” Ini bermakna suami adalah tuan kepada seorang isteri, selagi suami itu mentaati perintah dan meninggalkan larangan agama. Peringatan agama lagi, dilarang wanita keluar rumah tanpa izin suami. Malah, dikisahkan seorang isteri yang ditinggalkan suami kerana pergi berperang dan dia dipesan jangan turun ke rumah ibu bapanya di tingkat bawah tanpa kebenaran suami. Kesudahannya ayah wanita itu meninggal dunia, dia tidak dapat mengunjunginya kerana mentaati perintah suami yang pergi berperang. Ketika dikhabarkan kepada Nabi Muhammad SAW kisah itu maka Nabi mengatakan beruntunglah si ayah berjaya mendidik anak yang mampu mentaati suaminya hingga pada malamnya Nabi bermimpi si ayah dilepaskan daripada seksa kubur hasil didikan dan ketaatan anaknya kepada suami. Melihat pada kisah puan, saya harap puan ikutlah perintah dan hasrat suami. Ingatlah bahawa tindakan kita itu akan menyenangkan hati suami sekali gus membolehkan kita masuk syurga, dan suami dapat menemui ibunya. Ini adalah amalan terbaik buat isteri kerana syurga suami adalah pada ibunya. Mengapa setelah penat beribadah, berpuasa sebulan mendapat mahfirah, rahmat, ampunan dan janji syurga dari Allah, tiba-tiba sambutan Aidilfitri (kembali pada fitrah/ kebersihan dari dosa/seperti bayi yang baru dilahirkan) kita merancang untuk menempah neraka kerana melawan kehendak suami. Pada pandangan saya, suami berusaha mencari reda ibu bapanya kerana mahu jadi anak yang didoakan dan diberi keampunan orang tuanya. Rentetan daripada itu, puan juga dapat limpahan restu doa kesejahteraan daripada ibu mentua. Sebab itu jugalah isteri wajib menjaga ibu mentua daripada ibunya sendiri. Sebab itu dalam agama anak lelaki wajib menjaga ibu bapanya. Anak perempuan hanya sunat saja menjaga ibu bapanya, itupun jika dibenarkan oleh suami. Maka berdasarkan saranan agama maka puan tidak ada pilihan untuk taat dan ikut suami pulang ke rumahnya. Kemudian baliklah ke rumah orang tua puan jika direstui oleh suami dan cukup kemampuan. Jika tidak mampu dan tidak cukup maka wajar berhari raya di mana saja. Dari kecil sehingga berumah tangga, puan sudah berhari raya dengan ibu bapa sendiri, maka ikutlah perintah dan gembirakan suami demi keberkatan dalam kehidupan. Puan, sambutan hari raya di mana saja adalah sama, matlamatnya mensyukuri kejayaan menjalani ibadah puasa.
Tindakan pulang ke kampung sendirian tanpa kebenaran suami dilarang agama. Raya entah ke mana, berdosa pasti dan jika tidak dapat restu daripada suami, dibimbangi berlaku kejadian yang tidak diingini. Jangan disebabkan hendak sambut raya bersama ibu bapa sendiri, hubungan jadi renggang, hati luka dan kita dianggap isteri yang durhaka pada suami serta Tuhan. Jika ini berlaku ibadah puasa sebulan mencuci hati, perasaan dan minda jadi tidak bermakna. Untuk apa sibuk menyambut raya, jika hilang ketaatan pada suami dan Allah. Ingat puan, reda Allah ada dalam reda suami. Murka Allah ada dalam murka suami. Maka buatlah pilihan dengan bijak agar hubungan tidak retak hanya disebabkan isu balik raya. Apa maknanya menyenangkan keluarga sendiri jika diri berdepan dengan keingkaran pada suami. Lebih baik fikir dulu, agar tidak menyesal pada kemudian hari. Jangan tunggu nasi jadi bubur, jangan dah terantuk baru tengadah. Bangunkanlah ciri-ciri isteri yang salih kerana pasti balasannya syurga. Berhari rayalah asalkan berada di samping suami tersayang. Jangan tukarkan bahagia jadi derita hanya kerana keras kepala kita yang tidak berasaskan kehendak agama. Semoga terus “kembali kepada fitrah” memburu bahagia di Syawal mulia. Selamat berhari raya di samping suami dan anak tercinta. Jangan kerana memburu kaca lalu anda abaikan mutiara.
Renung2kan .. selamat beramal ;)
~napi~

Jalan-jalan cari lauk berbuka

Dah hampir 3 minggu kat Montreal, tekak pun rasa nak pekena ikan ke seafood ke haper..asik ayam n daging, perut pun buat 'onar'. Nak cari onde-onde, murtabak n ayam percik macam xder jer. Kami ke Atwater Market @ Marche' Atwater dekat Lionel Groux Metro Station.. Masyaallah!..giler heaven pasar kt sini!..aku letak gambar skit buat tatapan!

Salam Aidilfitri dari kami untuk sahabat-sahabat di Malaysia..Maaf Zahir & Batin!!
















Keletihan...siann!..Nanti balik sambung tido kt umah..

http://armadillo.fotopages.com

p/s,,gambar salam perantauan aku hantar kat utusan x keluar-keluar...huhu!

~peja~

Montreal, Quebec
Canada
11.00 PM, Saturday

Isnin, 8 September 2008

Mencari Buku

Assalamualaikum...


Saya sedang mencari buku dibawah. Jika ada sesiapa yang memiliki salinan asal atau salinan fotokopi, sila beritahu saya. Kepingin sangat deh...


Saya telah mencarinya di gigapedia, tapi tiada. Tiada di library UKM. Sedang beli di library UM (entah bila baru sampai).
Wassalam.
-Yusri-


Sabtu, 6 September 2008

Berita baik untuk anda yg bergelar guru

NUTP syor gaji bersepadu
Oleh Mohd Harzrul Aminuddin harzrul@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: Skim gaji Bersepadu yang dirangka Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) akan dikemukakan untuk pertimbangan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) selewat-lewatnya hujung tahun ini.Sekiranya mendapat kelulusan, ia bakal menguntungkan lebih 10,000 pendidik seluruh tanah air khususnya yang memiliki ijazah sarjana dan doktor falsafah (PhD).Presiden NUTP, Hashim Adnan, berkata jika mendapat kelulusan jabatan berkenaan, masalah berbangkit membabitkan guru yang berkelulusan ijazah dan PhD sebelum ini akan berjaya diselesaikan.“Sebelum ini, pihak kami menerima berbagai rungutan berikutan masalah itu...apabila ditanya kebanyakan daripada mereka tidak berpuas hati dengan skim gaji yang mereka terima.
“Ini kerana mereka memiliki sarjana dan PhD, tapi skim gaji yang mereka terima sama seperti seorang guru yang berkelulusan ijazah sarjana muda.
“Selain daripada itu, guru terbabit juga tidak menerima imbuhan sampingan tambahan dan ini mengakibatkan kebanyakan mereka memilih untuk meninggalkan kerjaya sebagai seorang guru,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.Menurutnya, selain melihat contoh skim gaji perguruan di negara lain, NUTP juga mengambil kira pandangan beberapa pakar dalam bidang berkaitan bagi menyediakan cadangan skim gaji terbaik.“Antara negara yang menjadi contoh rujukan NUTP ialah Singapura dan Korea Selatan...ini kerana sistem yang mereka gunakan sesuai diguna pakai di negara ini,” katanya.Selain daripada itu, beberapa jawatan baru turut dicadang bagi diwujudkan ini termasuklah jawatan Guru Disiplin, Guru Ko-Kurikulum, Setiausaha Peperiksaan dan pembantu guru.Hashim berkata, bagi mengisi keperluan mendesak subjek tertentu seperti sains dan matematik, NUTP mencadangkan bagi mewujudkan semula menggaji secara kontrak golongan guru yang sudah bersara.
~napi~

Isnin, 1 September 2008

Selamat Merdeka & Selamat Berpuasa...




KITA DI MANA SEKARANG?
Persoalannya, sejauh manakah persediaan kita untuk menyambut ramadhan yang mulia itu?
Allah ingin menggandakan amalan-amalan kita 70 hingga 700 kali ganda, bahkan ada yang akan digandakan lagi pahala amalan. Gandaan itu, hanya ditawarkan dalam bulan Ramadhan.
Bayangkan,
Kita bekerja di sebuah syarikat, dan menerima gaji RM1000, untuk hidup pun agak susah, harga barang melambung tinggi!
Tiba-tiba, “Insya Allah, bulan depan gaji kamu semua akan naik.. mana-mana yang gaji RM1000 akan naik ke RM 70, 000 hingga RM 700, 000 sebulan, dengan syarat, mesti kerja lebih rajin dan lebih bermutu! Siapa kerja sehingga saya betul-betul puas hati, saya bagi bonus..k? kerjalah rajin-rajin, saya sayang kamu semua.”
Bagaimanakah keadaan kita ketika itu? Masihkah di takuk lama? Atau akan sedaya upaya berusaha untuk menjadi semakin baik?
Adakah masa yang masih berbaki sebelum tiba bulan hadapan, masih hendak disia-siakan? Tidak mahu belajar dan berlatih untuk memperbaiki mutu kerja? Demi gaji semaksimum mungkin pada bulan hadapan!
Bagaimana pula dengan ganjaran di bulan Ramadhan?

Sambut Merdeka di Yemen... ~ck_one~