Kempen anti-PPSMI ke Bkt Gantang, Bkt Selambau
Kiriman pada Tuesday, March 10 @ 06:42:45 EDT oleh obey_one
keisidi menulis "Setelah berjaya mengadakan demonstrasi besar, Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) akan melebarkan kempennya bagi menjelaskan pendiriannya membantah dasar kontroversi itu di dua pilihanraya kecil bermula hujung bulan ini.
Setiausaha gabungan itu Hasni Abas berkata ia akan turut serta dalam kempen di kawasan parlimen Bukit Gantang, Perak dan DUN Bukit Selambau, Kedah bagi terus menentang dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
Dua pilihanraya itu - yang diadakan serentak dengan DUN Batang Ai di Sarawak - berlangsung antara 29 Mac hingga 7 April.
Gabungan itu pernah berkempen ketika berlangsung pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu, Januari lalu.
Mereka menabur kira-kira 50,000 risalah yang menyifatkan PPSMI sebagai satu "pengkhianatan" terhadap bangsa dan negara.
Kira-kira 8,000 aktivis bahasa, sasterawan Melayu dan penyokong pembangkang berarak ke Istana Negara dari Masjid Negara petang Sabtu lalu dalam usaha menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.
Tindakan mereka melanggar arahan polis - yang membenarkan mereka berhimpun di masjid berkenaan sahaja dan melarang sebarang perarakan - kemudian didakwa akibat didalangi parti-parti pembangkang.
Mengulas perkara tersebut, Hasni berkata "isu dalang tidak timbul" kerana GMP memang turut disertai oleh barisan aktivis bahasa, NGO dan parti-parti politik.
Bercakap dalam satu sidang media di Rumah PENA, Kuala Lumpur hari ini, beliau mengulas penafian pengerusi GMP Datuk Dr Hassan Ahmad semalam.
Nota: Nota : Apakah tujuan GMP mahu membawa kempen anti PPSMI ke Bukit Gantang dan Bukit Selambau? Apakah matlamat mereka? Yang pasti GMP memang sah didalangi parti pembangkang dan tujuan utama mereka ke sana ialah untuk mengalahkan BN dan bukan sebagai pejuang bangsa seperti yang dilaung-laungkan. Sekiranya GMP ikhlas dalam perjuangan mereka, mereka tidak akan membabitkan diri mereka dengan pilihanraya.Dah nyata lagi jelas, ia bermotifkan politik, bukan bahasa."
ambo:cuba fikir sejenak , apakah matlamat sebenar penentang PPSMI ini ? Terpulang kepada penilaian masing2
ambo
1 ulasan:
Ini pun satu lagi..copy n paste tapi tak tahu asal usul wujudnya GMP dan penentangan PPSMI..
PPSMI ditentang sejak tahun 2003 yang diwakili oleh ahli akademik
( BACA BUKU DAN FAHAMI DULU ASAL USUL PPSMI ) belum baca macam mana nak berhujah!
PPSMI masuk ke lapangan politik bila pihak pemerintah aka UMNO-BN berdegil untuk meneruskan PPSMI. Jadi GMP mengambil pentas golongan politik yang menentang PPSMI untuk sama-sama bergabung menghapuskan dasar karut PPSMI ini. ( SEKALI LAGI SILA BACA BUKU DULU ). Soal diperalatkan ditimbulkan oleh ahli politik yang bankrap idea. Ada ahli UMNO-BN juga yang menentang PPSMI termasuk JOHOR, SELANGOR ( semak perhimpunan AGung UMNO baru-baru ini). Jadi di mana rasionalnya GMP diperalatkan oleh ahli politik pembangkang..tak logik! selidik lah dahulu sebelum menghukum!
GMP akan berbuat apa sahaja yang dirasakan munasabah untuk tetap mempertahankan BM sebagai bahasa kebangsaan di Malaysia tanpa mengabaikan kepentingan komunikasi berbahasa inggeris.
GMP juga mengalu-alukan sesiapa sahaja, tidak kira parti apa, kaum apa untuk sama-sama berjuang menentang PPSMI yang ternyata mundur ke belakang..
((BACA BUKU, BACA BUKU, BACA BUKU sebelum berhujah )
jadilah orang yang berilmu
Catat Ulasan