Memaparkan catatan dengan label Kerja amal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kerja amal. Papar semua catatan

Rabu, 22 April 2009

ISU PALESTIN: JANGAN KITA LUPAKAN

Selain sibuk dengan isu-isu semasa yang hanya melingkari kehidupan kita seharian, apa kata kita jenguk tentang nasib saudara seagama kita di Palestin yang tanahair mereka semakin lama semakin menguncup akibat perlakuan kejam rejim Zionis-Israel.

Selepas Perdana Menteri Turki, berperang mulut dengan Presiden Israel di Switzerland beberapa bulan lalu, kali ini giliran Ahmadinejad pula, pula beraksi di Geneva.



Kita menanti negara-negara lain termasuk pemimpin Malaysia melibatkan diri secara aktif dalam usaha membebaskan Palestin dari cengkaman kuku Israel.

p/s: Dah sampai masanya pemimpin-pemimpin kita berhenti bercakaran dalam politik, dan mulakan kerja-kerja besar dan mulia seperti yang dilakukan oleh pemimpin Islam lain

~peja~

Selasa, 14 April 2009

CIri-ciri Masyarakat Berbudaya Ilmu

Menurut Prof Dr Wan Mohd Nor Wan Daud, antara beberapa ciri yang membezakan masyarakat berbudaya ilmu dengan mereka yang tiada kecenderungan terhadap aktiviti keilmuan ialah :

  • Penglibatan setiap ahli masyarakat di dalam kegiatan keilmuan

  • Tindakan manusia baik secara individu mahu pun di peringkat masyarakat , diputuskan dan dilaksanakan berdasarkan ilmu pengetahuan sama ada melalui pengkajian mahu pun syura .

  • Ilmu dianggap sebagai satu keutamaan tertinggi dalam sistem nilai peribadi dan masyarakat di setiap peringkat .

  • Individu dan institusi berpengaruh dalam masyarakat akan memberi keutamaan , bantuan , kemudahan , dan pengiktirafan yang tinggi kepada mana-mana pihak yang melibatkan diri di dalam usaha mencari dan menyebarkan ilmu pengetahuan

  • Dalam diri dan masyarakat , tidak akan mengiktiraf sifat jahil , bebal dan anti ilmu .

  • Dalam diri dan masyarakat yang berbudaya ilmu , akan menolak dan membenci pandangan , pernyataan , serta amalan yang tidak berasaskan ilmu dan kebenaran .
  • Budaya ilmu bukan sekadar kesungguhan memahami , mendalami dan menghayati sesuatu bidang ilmu tetapi lebih penting juga mampu menjelmakan sifat keilmuan dalam pelbagai bidang (multi-disciplinary) dan merentas bidang (inter-disciplinary) agar pemaduan ilmu dapat mewujudkan kepaduan diri dan masyarakat

~peja~

Jumaat, 3 April 2009

Kenyataan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) tentang isu PPSMI

Dipetik dari laman web ISMA

Sebahagiannya dinyatakan sebagai:

Dari aspek pencapaian akademik, kajian yang telah di buat oleh sebuah universiti tempatan menunjukkan bahawa selepas perlaksanaan PPSMI terdapat penurunan prestasi di kalangan pelajar-pelajar terutama Bumiputera di luar bandar di dalam kedua-dua subjek. Penurunan ini bukan berpunca dari kelemahan mereka untuk berfikir tetapi kerana pelajar tidak dapat memahami dengan baik Bahasa Inggeris. Ini di tambah pula dengan kelemahan guru sendiri untuk berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. Perlaksanaan yang tergesa-gesa tanpa menyediakan prasarana yang cukup, terutama latihan kepada guru-guru, di lihat sebagai faktor besar kepada kelemahan PPSMI. Sehubungan dengan itu ISMA menggesa pihak kerajaan supaya lebih berhati-hati dalam melaksanakan apa-apa polisi lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan pelajar-pelajar sekolah yang merupakan generasi harapan negara.

Dari aspek bahasa ISMA beranggapan kehebatan bahasa melambangkan kewujudan dan ketinggian sesuatu bangsa itu. Sejauh mana bahasa ini di gunapakai dan di perkasakan di sesebuah negara akan menentukan sejauhmana budaya bangsa itu akan terpelihara. ISMA melahirkan kebimbangan bahawa dengan penggunaan Bahasa Inggeris di dalam kedua-dua mata pelajaran berkenaan adalah permulaan kepada terhakisnya Bahasa Melayu. Kita tidak mahu lagi nasib yang menimpa kepada tulisan Jawi, yang kini sudah terhakis, akan berulang kepada Bahasa Melayu sendiri. Alasan yang mengatakan bahawa bangsa Melayu akan ketinggalan jika tidak pandai berbahasa Inggeris bukanlah suatu alasan yang kuat. Apa yang berlaku di Jepun, Korea,Perancis, Jerman sudah cukup untuk menjadi hujah bahawa Bahasa Inggeris bukan penentu kemajuan sesuatu bangsa.

Selanjutnya boleh dibaca di laman web mereka

ASASI (AKADEMIK SAINS ISLAM MALAYSIA)



Mengajak ahli-ahli sains bahan yang peduli untuk merenungi makna dan falsafah sains, teknologi dan agama untuk lebih memaknakan erti kehidupan yang sedang kita lalui sekarang.

Dipetik dari laman web ASASI

Pada mulanya Akademi ini memang tidak ditujukan kepada ahli sains sosial atau kemanusiaan, tetapi mulai lebih kurang sedasawarsa penubuhannya, perlembagaannya dipinda supaya semua ilmuwan dalam bidang apa pun dapat menganggotainya sesuai dengan makna sains mengikut perspektif Islam. Kini, anggota ASASI menjangkau lebih daripada 300 orang ahli (kebanyakannya ahli akademik dan peiktisas) dalam pelbagai bidang ilmu. Sesiapa yang memiliki ijazah dalam apa juga bidang layak memohon menjadi ahli biasa ASASI. Selainnya bolehlah memohon untuk menjadi ‘ahli bersekutu.’ ASASI juga menawarkan kepada seseorang individu menjadi ahlinya bertaraf Anggota Kehormat jika seseorang rakyat Malaysia Muslim itu dianggap banyak memberi sumbangan pembangunan sains atau teknologi kepada umat Muslim di Malaysia.

Dengan semangat untuk mendukung cita-cita kesatuan dan kesepaduan ilmu, sepertimana yang menjadi temanya, ASASI telah mengariskan beberapa tujuan penubuhannya. Ini termasuklah:

  • Untuk menghidupkan semula tradisi sains berasaskan al-Quran, iaitu satu bentuk kajian tentang alam tabii atau fenomenon dan telatah yang tidak memisahkannya daripada prinsip-prinsip Islam.

  • Untuk memperkenalkan dan mendokong konsep dan falsafah sains Islam bersama-sama dengan etika Islam dalam kegiatan sains dan penyelidikan.

  • Untuk menggalakkan kajian sains di kalangan masyarakat dan menjadikan al-Quran sebagai satu daripada sumber inspirasi, hidayah dan rujukan dalam kegiatan sains.

  • Untuk berpegang teguh kepada keinginan dan tekad bagi mengembalikan bahasa Arab, sesuai dengan peranannya sebagai bahasa al-Quran, kepada kedudukannya yang asal dan betul sebagai bahasa sains dalam dunia Islam.

  • Untuk melakukan usaha memadu, mengamir atau mengintegrasi dan menggembleng para ilmuwan muslim ke arah membangun dan memajukan masyarakat Islam terutamanya dalam S & T.

  • Untuk bekerjasama dengan organisasi-organisasi lain, dalam dan luar negara. Bagi memastikan kegunaan ilmu sebagai alat untuk mencapai kebahagian di dunia dan akhirat dan bukan untuk pemusnahan insan.

Semenjak penubuhanya, ASASI menerbitkan warkah berita dwitahunannya yang berjudul ASASAINS. Di samping itu juga, semenjak 1990, ASASI turut menerbitkan jurnal ilmiah dwitahunannya juga yang berjudul Kesturi, yang kini nama tersebut dirakam pada halaman sesawang ASASI ini. Selain menganjurkan kegiatan wacana, sama ada berbentuk seminar, bengkel, persidangan dan sebagainya, ASASI dalam waktu yang sama juga menerbitkan buku-buku ilmiah dan pascasidang kepada simposium yang mengungkapkan gagasan tentang pengIslaman ilmu atau isu-isu semasa mengikut perspektif Islam. Antaranya buku-buku tersebut termasuklah, Siri Wacana Sejarah dan Falsafah Sains 8 (Mohd Yusof Haji Othman et al.), Pemikiran Sains Masa Kini (Osman bin Bakar), Al-Farabi: Life, Works and Significance (Osman bin Bakar), Pengenalan Sejarah dan Falsafah Sains (Shaharir bin Mohamad Zain), A positive Aspect of Tasawwuf. A Preliminary Thought (Syed Muhammad Naquib al-Attas), dan lain-lain lagi.


~peja~

Jumaat, 20 Mac 2009

Mari kita menggerakkan minda

Kalau sayang duit RM20 , boleh download kat SINI

Ni forum mengenai PPSMI last yang aku hadir sebelum datang Canada.

Selasa, 17 Mac 2009

Fakta Bahasa dan Kemajuan

Menurut Prof Dr Yusof Othman (1999)

Perihal dan hakikat bahasa ialah:

* bahasa jiwa bangsa

* bahasa membina budaya bangsa

* bahasa membina kaedah berfikir bangsa

* bahasa membina citra dan jatidiri bangsa dan negara

* bahasa bukan sekadar alat komunkikasi, tetapi dalam bahasa ada harga diri

* tiada satu bangsapun boleh bangun dengan citra bangsa lain

* tiada satu bangsapun yang boleh bangun dengan acuan bangsa lain

* tiada satu bangsapun yan boleh bangun dalam budaya bangsa lain

* tiada satu bangsapun boleh bangun dengan perspektif bangsa lain

* tiada satu bangsapun boleh bangun dengan cara berfikir bangsa lain

* nilai budaya terdapat dalam berbahasa

Maka Ingatlah;

* sekiranya kita tidak merancang dan berusaha memajukan bahasa kita, kita sebenarnya merancang untuk memundurkannya

* sekiranya kita tidak merancang dan berusaha membangunkan bahasa kita, kita sebenarnya merancang untuk merobohkannya

* sekiranya kita tidak merancang dan berusaha mendaulatkan bahasa kita, kita sebenarnya merancang untuk meminggirkannya

* sekiranya kita tidak merancang dan berusaha memartabatkan bahasa kita, kita sebenarnya merancang untuk menghinanya

* sekiranya kita tidak merancang dan berusaha menggunakan bahasa kita, kita sebenarnya merancang untuk menguburkannya

Ini dari kertas kerja Profesor Yusof Othman yang dibentangkan pada tahun 1999

(lama dah tokoh-tokoh pendidik, profesor, penyelidik yang kaji isu ni sebelum Tun M buat keputusan sendiri menggunakan PPSMI )


~peja~

Ahad, 1 Februari 2009

Rencana Nano:Estidotmy Januari 2009



Kat atas aku tulis satu rencana untuk sisipan majalah estidotmy yang dah terbit dalam Utusan Malaysia khamis lepas. Saja-saja gatal tangan untuk memperkayakan penerbitan berbahasa melayu tentang sains dan teknologi selain sebagai sumbangan kecil dalam usaha menentang PPSMI.

So..opss (oleh yang demikian..hehe) kepada rakan-rakan yang ada projek-projek kecil ala-ala terjemahan ke, penulisan atau apa-apa jer lah yang berkaitan dengan menulis, membaca, buku, majalah, akhbar dan lain-lain yang berbentuk tulisan boleh lah 'pass-pass kat aku..Maklumlah, jobless beb..hehehhe!

~peja~
Canada

(status: tengah baca buku Gideon's Spies: The Secret History of Mossad by Gordon Thomas)

p/s: JANGAN LUPA PROGRAM BOIKOT KITA..BOIKOT SAMPAI BILA-BILA HINGGALAH ISRAEL 'SURRENDER'!

AYUH!!

Selasa, 13 Januari 2009

Isu PPSMI (math n sains in BI) :Bantah atau sokong??

Saya petik dari blog Puan Ainon PTS mengenai isu ini..apa pendapat tuan-puan?

* PPSMI adalah idea mantan Presiden UMNO dan mantan perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad seorang.

* Rakyat jelata tidak pernah meminta PPSMI.

* PPSMI hanya menguntungkan anak-anak yang ibubapanya bertutur bahasa Inggeris di rumah.

* PPSMI menguntungkan anak orang kaya-kaya di bandar.

* Ibubapa yang tidak bertutur bahasa Inggeris tidak dapat menolong pelajaran anak-anak mereka di rumah.

* Anak-anak keluarga miskin dalam bandar dan di luar bandar menjadi mangsa PPSMI.

* PPSMI akan menyusahkan anak orang miskin dan orang kampung menjadi saintis, doktor, jurutera dll.

* PPSMI dibuat oleh kerajaan BN tanpa berunding dengan rakyat.

* Kerajaan BN tidak pernah mendapatkan pandangan guru-guru sebelum membuat dasar PPSMI.

* PPSMI dilaksanakan dengan cara paksaan walaupun ditentang oleh majoriti rakyat.

* Guru-guru tidak pernah bersetuju dengan PPSMI.

* Cendekiawan dan cerdik pandai Melayu tidak pernah dirundingi oleh kerajaan BN sebelum melaksanakan PPSMI.

* Kerajaan BN membakul-sampahkan puluhan memorandum yang menentang PPSMI.

* PPSMI terus dilaksanakan walaupun hasil kajian oleh bijak pandai di universiti mendapati dasar itu gagal.

* Setiap tahun markah lulus peperiksaan diturunkan demi mengaburi mata rakyat.

* PPSMI menguntungkan kontraktor kroni yang membekalkan bahan-bahan bahasa Inggeris.

* Kaum Cina pun menentang PPSMI.

* Yang menyokong PPSMI adalah segelintir golongan elitis yang mendewa-dewakan bahasa Inggeris.

* PPSMI tidak sah di sisi perlembagaan negara.

* PPSMI menghina bahasa Melayu.

* PPSMI membunuh masa depan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.

* Bahasa Inggeris gagal mengkayakan Filipina, India, Pakistan, Bangladesh, Sri Lanka, negara-negara di benua Afrika yang meminjamnya.

* Semua 40 buah negara maju di dunia menggunakan bahasa masing-masing.

* Semua negara yang meminjam bahasa penjajah semuanya gagal menjadi negara maju dan kayaraya.

* Di mana-mana negara pun bahasa penjajah gagal memandaikan rakyatnya yang miskin.

-------------------------------------------

~peja~