Jumaat, 3 April 2009

Kenyataan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) tentang isu PPSMI

Dipetik dari laman web ISMA

Sebahagiannya dinyatakan sebagai:

Dari aspek pencapaian akademik, kajian yang telah di buat oleh sebuah universiti tempatan menunjukkan bahawa selepas perlaksanaan PPSMI terdapat penurunan prestasi di kalangan pelajar-pelajar terutama Bumiputera di luar bandar di dalam kedua-dua subjek. Penurunan ini bukan berpunca dari kelemahan mereka untuk berfikir tetapi kerana pelajar tidak dapat memahami dengan baik Bahasa Inggeris. Ini di tambah pula dengan kelemahan guru sendiri untuk berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. Perlaksanaan yang tergesa-gesa tanpa menyediakan prasarana yang cukup, terutama latihan kepada guru-guru, di lihat sebagai faktor besar kepada kelemahan PPSMI. Sehubungan dengan itu ISMA menggesa pihak kerajaan supaya lebih berhati-hati dalam melaksanakan apa-apa polisi lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan pelajar-pelajar sekolah yang merupakan generasi harapan negara.

Dari aspek bahasa ISMA beranggapan kehebatan bahasa melambangkan kewujudan dan ketinggian sesuatu bangsa itu. Sejauh mana bahasa ini di gunapakai dan di perkasakan di sesebuah negara akan menentukan sejauhmana budaya bangsa itu akan terpelihara. ISMA melahirkan kebimbangan bahawa dengan penggunaan Bahasa Inggeris di dalam kedua-dua mata pelajaran berkenaan adalah permulaan kepada terhakisnya Bahasa Melayu. Kita tidak mahu lagi nasib yang menimpa kepada tulisan Jawi, yang kini sudah terhakis, akan berulang kepada Bahasa Melayu sendiri. Alasan yang mengatakan bahawa bangsa Melayu akan ketinggalan jika tidak pandai berbahasa Inggeris bukanlah suatu alasan yang kuat. Apa yang berlaku di Jepun, Korea,Perancis, Jerman sudah cukup untuk menjadi hujah bahawa Bahasa Inggeris bukan penentu kemajuan sesuatu bangsa.

Selanjutnya boleh dibaca di laman web mereka

Tiada ulasan: