Rabu, 8 April 2009

PPSMI - JANGAN CEPAT MELATAH, TANGGUNGJAWAB BERSAMA

PPSMI merupakan satu sistem yang akan membantu rakyat Malaysia membangun seiring dengan pembangunan teknologi. Teknologi kini berkembang dengan begitu pesat tanpa mengambil kira siapapun kita. Apa yang saya cuba sampaikan adalah proses pengenalan teknologi dari peringkat awal dalam bahasa inggeris akan membantu generasi akan datang bergerak seiring dengan pembangunan teknologi..

Isunya disini ialah penguasan kita dalam menjelajah teknologi moden dimana rata-rata teknologi dibukukan/internet dalan bahasa inggeris.. Kita kena realistik dengan keadaan semasa..Ini bukan isu tentang penterjemahan.. Isu penguasaan Sains and math dalam BI untuk mendalami teknologi asing.

Sistem penggunaan BM dalam Sains dan Matematik diperingkat sekolah rendah dan menegah telah digunapakai sejak sekian lama. Tetapi kita masih lagi ketinggalan.. Kenapa? Ini kerana proses penterjemahan berlaku dengan begitu lambat.. sedangkan teknologi bergerak dengan begitu pantas.. Baru hendak menterjemah satu buku seribu lagi buku BI keluar..Berjuta-juta artikel BI keluar setiap hari..

Satu lagi kekeliruan melanda saya apabila penyokong PPSMI menentang PPSMi tapi ada kenyatan dibuat supaya belajar teknologi bangsa asing kemudian diterjemahkan dalam bahasa ibunda..Bagaimana kita hendak belajar teknologi tanpa penguasaan bahasa mereka? Baiklah.. Jawapan yang diberikan begini.. "Itu tugas pensyarah dan lecturer" (sama laa tu..Camner BM ni.. )..

Dan ini juga berlaku akibat meletakkan tanggungjawag menterjemah buku kepada pensyarah dan ahli akademik sahaja.. Sedangkan tanggungjawab untuk mempercepatkan prosess ini terletak pada semua yang terlibat dalam bidang sains dalm teknologi sendiri termasuk pegawai penyelidik, pegawai sains, guru-guru dan juga penentang PPSMIsendiri.. Ada berapa buku sains yang telah diterjemahkan oleh penentang PPSMI? 100,1000,sejuta? Berapa nisbahnya dengan buku BI dipasaran. Kandungan buku yang telah diterjemah seiring tak dengan teknologi di pasaran? Jadi kalu bercakap sahaja tidak boleh digunapakai juga.Sekali lagi.. tolong la realistik.. tak boleh berhujah jer.. atau tunjukkan buku-buku orang lain saja..kena tunjukkkan keupayaan sendiri juga..lagi-lagi la kalu penentang PPSMI berlatar belakangkan Sains & tek..terjemah buku, tulis buku dulu.. Baru boleh hemtam orang lain..dan jangan letak tanggungjawab pada pensyarah saja kalu tak sanggup nak menyumbang.. bak kata sahabat kita Wani" Dah buat 10 buah buku baru cite"


Bagi saya tugas pensyarah bukan sahaja menterjemahkan buku.. tapi yang paling utama menyebarkan ilmu dan juga menulis buku (berbeza tu)..sama ada dalam BM atau BI..
Jika tangungjawab diletakan pada pensyarah sahaja.. Cuba kita lihat berapa orang pensyarah sains dan teknologi,kejuruteraan, perubatan di MAlaysia.. sampai sejuta orang? di UiTM , saya kira purata Sains & Tek lebih kurang 300, eng 200, medic mungkin dalam 70shj, Jadi UITM lebih kurang tak sampai seribu pensyarah.. kita ambil everage 1000, plus UKM, UTM, USM,UPM, UIA (smua in eng), lain lain IPTA yang baru naik.. katakanlah 1000 (terjemah buku ker?).. Jumlah tak sampai pun 10 ribu pensyarah Sc and tech di malaysia. Itu belum tolak yang tak ambil bhgn untuk terjemah buku... Ada berjuta buku dipasaran.. belum kira yang tahun2 lepas. 10-20 tahun lepas (asas sc and Math, penting tu), jadi bolehkah penterjemahan berlaku sepantas pengeluaran buku-buku terkini dipasaran..


kita lihat situasi sebenar, sebelum jadi pensyarah..seandainya pengajaran dan pembelajar dilakukan dalam bahasa melayu, buku rujukan juga hanya dlm bahasa melayu. bagaimana pensyarah itu hendak menguasai teknologi asing dan kemudian sebarkan ke dalam bahasa ibunda. Pergi over sea? Terpaksa belajar semula sains dalam english? Berpatah balik ke beberapa tahun sebelumnya yang mana sudah sepatutnya berlaku? Realitinya process pembelajaran ini mengambil masa yang lama.. takkan lah diperingkat BSc atau Master baru nak belajar term sains in eng.. nak buka kamus..Bagaimana pula dengan ilmunya..bila nak dapat kalu baru mula nak buka kamus.. Ini merupakan faktor utama mengapa teknologi di MAlaysia berkembang dengan perlahan.

Terus terang saya katakan.. hampir 98% ilmu saya didada yang tak seberapa ni saya dapat dari buku BI. Saya tak tahu la ex student Mat Sc lain.. Mungkin baca buku BM jer kot. Bukan beerti saya tak suka baca buku BM, saya tak nafikan buku Sc Bhn jld I &II banyak membantu,tapi tak cukup dan tidak boleh berharap buku BM shja. Dan terus terang saya katakan begitu sukar membaca buku dlm BI di permulaan Degree dulu.. Merangkak-rangkak..Jadi terpaksa membuka kamus setiap kali membuat rujukan. dan saya rasa proses mengaut ilmu menjadi sangat perlahan disebabkan tiada asas Sains & mat dalam BI. Dan kadang-kadang naik bosan, Satu buku eng pun susah nak habis.. Tidak nampakkah masalah yang melanda institusi pengajian kita? Ataupun itu hanya masalah saya sahaja?Kalau sistem membuka kamus untuk belajar sains & matematik dlm Bi dimulakan seawal sekolah rendah dan menegah.. saya tidak nampak masalah ini akan berlaku di peringkat yang lebih tinggi. DAn yang paling penting Sains dan teknologi dapat dikuasai dengan mudah..

Jadi para penyokong PPSMI harus sedar bahawa PPSMI akan meningkatkan kemajuan bukan sebaliknya. Saya juga menbantah bila penyokong PPSMI berpendapat bahawa BM akan terhapus bila PPSMI dilaksanakan.. Ini kerana banyak matapelajaran lain diajar dalam bahasa Malaysia, waktu BM itu sendiri lebih banyak dalan jadual P&P di sekolah-sekolah, Sejarah, Geografi, Pendidikan Islam, malah moral juga di ajar dalam bahasa malaysia. Jadi tidak timbul soal BM akan terhapus. Komunikasi kita seharian juga tetap dalam bahasa malaysia.. Cuma bila berkaitan kajian sainstifik, teknologi dan matematik di lakukan dalam BI..Jadi fikir-fikirkanlah semua..

P/S
sebelum kita menyalahkan, merendahkan dan memperlekehkan orang lain,
cuba lihat diri sendiri sama ada kita sudah berbuat sesuatu untuk
menyumbang kepada pembangunan bangsa dan negara atau tidak!!!


Zana

1 ulasan:

penentang PPSMI yg sedang belajar di negara maju berkata...

Sebagai ahli akademik, perlu diHAYATI dan disemat didlm fikiran bahawa tiada salahnya jika di peringkat tinggipun (walaupun telah bergelar pensyarah) masih lagi membelek kamus dan mempelajari terminologi sains kerana learning process is continuous and not discrete. Jika seorg yg pakar masih mengatakan dia perlu lagi mendalami ilmu. Inikan pula yg bukan pakar... Ilmuan seperti kita perlu positif dlm pencarian ilmu, namun kenal pasti positif dlm sesuatu perkara juga perlu bijak.