Marilah sama-sama kita bantu para penyokong PPSMI ini menyusun ayat dan kata-kata. Menunggu mereka ini menulis satu entri yang baik bagi bagi membahaskan kenapa mereka menyokong PPSMI ibarat menunggu kucing bertanduk. Paling terdesak, hujah Tun Mahathir juga yang dianggap paling munasabah dan dikutip tanpa usul periksa. Paling sedih, hujah-hujah dari blogger yang tidak ketahuan asal usulnya juga diambil (mimpi916,amirhamzah, im nobody ?).
Apakah ini budaya ilmu yang ingin diterapkan dalam masyarakat? Apakah sudah kita lupa saranan agama supaya bertanya kepada yang ahlinya tentang sesuatu perkara yang kita sendiri tidak jelas?
Sehingga sekarang, satu hujah yang bernas dan diambil dari golongan 'pakar' penyokong PPSMI belum lagi muncul diblog Sains Bahan01 (yang terdiri daripada golongan profesional muda melayu di kalangan ahlinya yang aktif) baik dalam BAHASA MELAYU YANG BAIK MAHUPUN BAHASA INGGERIS (yang kononnya bahasa ilmu paling hebat). Sememangnya sukar untuk mencari TOKOH dan PAKAR penyokong PPSMI ini, sebab golongan yang tahu dan insaf akan bahana dan bahaya PPSMI ini awal-awal akan menolaknya.
Tujuan ditulis kenyataan ini adalah supaya sama-sama kita faham dan ringkaskan isu PPSMI yang kebanyakan para penentangnya terdiri daripada ilmuan yang tidak tersilau dengan cahaya kemajuan ’superficial’ dari barat yang diagung-agungkan itu. Berdebat di shoutbox boleh mengeruhkan lagi keadaan. Saya memilih untuk menulis entri agar dapat belajar meningkatkan kemahiran merujuk, menulis, berhujah dan berdebat sesuai dengan tuntutan peningkatan budaya ilmu yang jelas kaum kita memang agak terkebelakang. Ya, sudah tentu selepas ini akan ada yang akan skeptikal dengan tujuan baik ini. Tapi apa boleh buat, kebenaran harus ditegakkan juga!
Setakat ini, dari pengamatan saya dari jauh, yang masih cetek ilmu pengetahuan dan sedang mencari-cari kebenaran (mudah-mudahan Tuhan memberi pedoman dan mempermudahkan urusan ) antara hujah terkuat penyokong PPSMI ialah :
- Jika menggunakan BI, maka segala ilmu sains, matematik, teknologi (nanoteknologi), kejuruteraan akan dapat dikuasai dengan pantas.
- Jika menggunakan BI, serampang dua mata digunakan iaitu pertama dapat menguasai BI dengan baik, dan yang kedua kita dapat menguasai Sains dan Matematik yang menjadi ukuran kepada kemajuan dunia pada masa kini.
- Dengan menggunakan BI, ia akan lebih mencerdikkan kita oleh kerana segala ilmu sains dan matematik itu terkumpul di dalam Bahasa Inggeris.
- Jesteru itu, faedah besar dan POSITIFnya PPSMI ini lagi, ujar penyokong PPSMI ialah, akan dapat meningkatkan mutu sistem pendidikan kita diperingkat antarabangsa dan dalam negeri. Kononnya lah! (Tapi kelihatan sebaliknya yang berlaku )
- Akhir sekali, dengan pelaksaan dasar PPSMI ini, Malaysia akan menjadi negara maju, pengeluar, penyumbang teknologi, dan menghasilkan tokoh-tokoh sains yang hebat lantas penerima HADIAH NOBEL pada tahun 2020 nanti atau akan datang. Maka berduyun-duyunlah orang luar negara akan datang berkunjung ke Malaysia menuntut ilmu sains teknologi.
SOALAN UNTUK DIFIKIRKAN BERSAMA:
- ADAKAH PENDAPAT DI ATAS INI MASUK AKAL DAN MUNASABAH?
- KALAU BETUL, APA BUKTINYA?
- APAKAH YANG MENYEBABKAN SESEBUAH NEGARA ITU MAJU?
-
- ADAKAH MASALAH BAHASA YANG MENYEBABKAN KEMUNDURAN SESUATU BANGSA?
KAEDAH 'CUBA JAYA' TIDAK BOLEH DIGUNAKAN DALAM MELAKSANAKAN PPSMI YANG JELAS MENGORBANKAN BANYAK PIHAK DAN GENERASI!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan