Mengajak ahli-ahli sains bahan yang peduli untuk merenungi makna dan falsafah sains, teknologi dan agama untuk lebih memaknakan erti kehidupan yang sedang kita lalui sekarang.
Dengan semangat untuk mendukung cita-cita kesatuan dan kesepaduan ilmu, sepertimana yang menjadi temanya, ASASI telah mengariskan beberapa tujuan penubuhannya. Ini termasuklah:
- Untuk menghidupkan semula tradisi sains berasaskan al-Quran, iaitu satu bentuk kajian tentang alam tabii atau fenomenon dan telatah yang tidak memisahkannya daripada prinsip-prinsip Islam.
- Untuk memperkenalkan dan mendokong konsep dan falsafah sains Islam bersama-sama dengan etika Islam dalam kegiatan sains dan penyelidikan.
- Untuk menggalakkan kajian sains di kalangan masyarakat dan menjadikan al-Quran sebagai satu daripada sumber inspirasi, hidayah dan rujukan dalam kegiatan sains.
- Untuk berpegang teguh kepada keinginan dan tekad bagi mengembalikan bahasa Arab, sesuai dengan peranannya sebagai bahasa al-Quran, kepada kedudukannya yang asal dan betul sebagai bahasa sains dalam dunia Islam.
- Untuk melakukan usaha memadu, mengamir atau mengintegrasi dan menggembleng para ilmuwan muslim ke arah membangun dan memajukan masyarakat Islam terutamanya dalam S & T.
- Untuk bekerjasama dengan organisasi-organisasi lain, dalam dan luar negara. Bagi memastikan kegunaan ilmu sebagai alat untuk mencapai kebahagian di dunia dan akhirat dan bukan untuk pemusnahan insan.
Semenjak penubuhanya, ASASI menerbitkan warkah berita dwitahunannya yang berjudul ASASAINS. Di samping itu juga, semenjak 1990, ASASI turut menerbitkan jurnal ilmiah dwitahunannya juga yang berjudul Kesturi, yang kini nama tersebut dirakam pada halaman sesawang ASASI ini. Selain menganjurkan kegiatan wacana, sama ada berbentuk seminar, bengkel, persidangan dan sebagainya, ASASI dalam waktu yang sama juga menerbitkan buku-buku ilmiah dan pascasidang kepada simposium yang mengungkapkan gagasan tentang pengIslaman ilmu atau isu-isu semasa mengikut perspektif Islam. Antaranya buku-buku tersebut termasuklah, Siri Wacana Sejarah dan Falsafah Sains 8 (Mohd Yusof Haji Othman et al.), Pemikiran Sains Masa Kini (Osman bin Bakar), Al-Farabi: Life, Works and Significance (Osman bin Bakar), Pengenalan Sejarah dan Falsafah Sains (Shaharir bin Mohamad Zain), A positive Aspect of Tasawwuf. A Preliminary Thought (Syed Muhammad Naquib al-Attas), dan lain-lain lagi.
~peja~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan