Khamis, 23 Oktober 2008

Syarahan X-Ray Crystalography

Majlis Syarahan Umum FST - Prof. Dr. Bohari Mohd. Yamin

Dimaklumkan bahawa Majlis Syarahan Umum Fakulti Sains dan Teknologi oleh Prof. Dr. Bohari Mohd. Yamin yang bertajuk Peranan Kristalografi Sinar-X dalam Penentuan Produk Tindak Balas Tiosianat (The Role of X-Ray Crystallography for the Structural Determination of the Products of Thiocyanate Reactions) seperti berikut:

Tarikh: 24 Oktober 2008 (Jumaat)
Masa: 2.30 petang
Tempat: Bilik Mesyuarat FST, Bangunan Dewan Anuwar Mahmud

Semua dijemput hadir.


Sesiapa yang berada di bangi dan sekitarnya bolehlaa join kot dan maklumkan hasilnya di sini..atau pun letak seperenggan dua intridcution pon ok. Prof Bohari Yamin ni kalau x silap mengajar Pengurusan Projek zaman kita dulu..

~peja~

Rabu, 22 Oktober 2008

New model Perodua D46T

Salam,

Pada semua kawan2, nie dia model D46T Perodua baru tu..localize daripada Toyota & Daihatsu model. Akan dilancarkan around in September 09. Harga dia saya pun x dapat actual figure lagi. Ada seakan2 Honda Jazz. Very nice.




~Yoe~

Isnin, 20 Oktober 2008

Buku dan Peristiwa



"Anggota keselamatan tidak perlu takut pada aku. Sepanjang di hutan sebiji peluru dan sebutir bom di tanganku tidak pernah meletup dan membunuh mereka. Sebaliknya akulah yang dihujani peluru-peluru anggota keselamatan"

Petikan dari buku di atas!

#########################################################

Hari ini akhbar melaporkan kematian Shamsiah Fakeh. Tak ramai di kalangan kita yang tahu mengenai beliau sebagai seorang bekas pemimpin Parti Komunis Malaya suatu masa dahulu yang berjuang di dalam hutan sehingga terbuang ke China sejak sekian lama. Kemudian ditawarkan pulang ke Malaysia pada tahun 1994. Membaca buku ini mengubah persepsi kita generasi muda tentang tokoh-tokoh kemerdekaan yang dipadamkan dalam buku-buku sejarah.

Kepada yang berminat selamat membaca. Buku ini dijual di merata tempat selepas diharamkan penerbitannya di UKM pada tahun 2004 if x silap. Aku berkesempatan membacanya 3 tahun lepas edisi merah sebelum diterbitkan edisi baru kaler hijau.

~peja~

Khamis, 16 Oktober 2008

Project for PERODUA New model car (D46T)

Salam untuk semua..

Saya dan Sapura serta Perodua group baru sahaja balik dari Shanghai China, semalam. Selama seminggu kami di sana untuk raw material sourcing untuk brake system parts specially for the new Perodua model. Just nak berkongsi cerita pengalaman kami semasa visit and audit company2 besar khasnya dalam Metal Casting & Machining plant di China.

Kebanyakan dari kita tahu China adalah salah satu negara pengeluar pelbagai product yang paling besar di rantau asia malah sudah mencakupi seluruh dunia pada masa ini. Kebanyakan pelabur2 asing terutamanya dari Eropah juga berlumba2 untuk memasuki China untuk memperluaskan bisness masing2 di situ. Product2 nya adalah dari sebesar2 barang hinggalah kepada sekecil2 barang, eg. textile, plastic material, metals, ceramic, makanan, buah-buahan dan pelbagai lagi.

Ini adalah kerana di negara China, kos untuk man power, property and goverment taxnya adalah sangat2 rendah berbanding negara2 asia yang lain. Kerajaan China juga menjaga syarikat2 besar China dengan mengenakan cukai yang rendah kepada pasaran barang2 exportnya. Dengan kata lain, kerajaannya sangat menggalakkan bisness China membangun tanpa dipengaruhi oleh banyak birokrasi.

Tetapi apa yang tersirat disebalik yang diceritakan tadi, inilah yang saya hendak kongsikan dengan anda.Kebanyakan orang2 Cina yang berniaga hanya melihat dari sudut keuntungan (dollar n cents). Tidak banyak dari mereka yang mementingkan dari sudut lain contohnya seperti product quality, product safety. Bagi mereka, itu semua dalah pembaziran. Pembaziran dari sudut process waste with a high cost inccured.

Sebab itulah dalam Automotive manufacturing, kebanyakan product yang dibangunkan, lebih dari 90% productnya adalah REM (Replacement Equipment Manufacturer) atau dgn kata lain 'spare parts' yang memerlukan low quality control sahaja. Jika hendak dibandingkan dengan negara kita, kita adalah negara pengeluar kenderaan (PROTON, PERODUA & NAZA), hampir 90% daripada manufacturing company mengeluarkan product OEM (Original Equipment Manufacturing) atau dgn kata lain product pasang siap kenderaan baru yang mempunyai 100% product quality control. Cara man power kita bekerja pun berlainan berbanding dengan china.

Nowdays, mereka juga telah berusaha dengan keadaan ini dan cuba sedaya upaya untuk develop produt2 OEM. Kita boleh lihat sendiri kereta buatan china 'Cherry', electronic product, handphone and etc. telah wujud meluas sekarang. However most of us Malaysian, masih lagi memandang rendah pada barangan buatan china ini, nampak sahaja barangan buatan china, terus kata "barang dari China x der kualiti punya,..baik jangan beli la..." sebenarnya itulah realitinya..tapi dari masa ke semasa mereka terus berusaha untuk menjadi pengeluar barangan terbesar di dunia dengan hasil product yang tinggi kualiti.

Are we Malaysian going to be like that soon??...we do hope so...



Suasana di Shandong, Yantai, China

Bergambar dgn Sapura members & Shandong Longji Group Co. Ltd


Metal Casting Plant (Melting Process)

Man Power x der apa2 PPE digunakan semasa running the process



Next trip,I'm going to Busan Korea some where in Dec 08...Insya allah if ada story menarik,..im going to share wit ya..

tq.

~YOE~

Rasuah ahli akademik ( bahaya )


Bekas dekan UiTM dipenjara 3 tahun, denda RM10,000




SHAH ALAM 15 Okt. - Bekas Dekan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Datuk Md. Saberi Md. Salleh (gambar) dihukum penjara tiga tahun dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan memperakui invois pembekalan peralatan sukan palsu bernilai RM138,600, sembilan tahun lalu.

Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof turut menjatuhkan hukuman yang sama ke atas pemilik syarikat pembekal peralatan sukan, Zaleha Abdul Rahman, 48, atas kesalahan bersubahat mengeluarkan invois tersebut.

"Mahkamah mengambil kira sumbangan yang telah diberikan oleh Md. Saberi kepada negara dan UiTM, sementara Zaleha pula pesalah pertama serta mempunyai masalah kesihatan.

"Bagaimanapun, mahkamah perlu mengambil kira bahawa kesalahan yang dilakukan membabitkan penyelewengan dana awam dan ia menjejaskan integriti institusi awam serta sebagai penjawat awam yang diberi amanah,'' katanya.

Beliau bagaimanapun membenarkan hukuman penjara ke atas kedua-dua tertuduh yang sepatutnya berkuatkuasa hari ini ditangguhkan sehingga rayuan selesai.

Sementara denda diperintahkan dibayar hari ini bagi mengelakkan mereka dipenjara tiga bulan lagi sekiranya gagal berbuat demikian.

Zabariah turut mengarahkan Md. Saberi dan Zaleha yang sebelum ini masing-masing dijamin sebanyak RM5,000 dan RM7,000 mengemukakan wang jaminan tambahan sebanyak RM10,000.

Md. Saberi, 56, yang berkot biru gelap dilihat tenang dan sempat bergurau dengan media semasa ditanya perkembangan terkini tentang kerjayanya semasa mahkamah berehat.

Mengikut pertuduhan pindaan, Md. Saberi didakwa memalsukan dokumen pengakuan penerimaan barangan bertarikh 24 Mac 1999 dengan memperakui bahawa Multi Joint 2 AP berharga RM138,600 telah diterima dalam keadaan memuaskan sedangkan ia tidak dibekalkan.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM di sini antara 24 Mac dan 2 April 1999.

Kedua-duanya didakwa mengikut Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575) dibaca bersama Seksyen 20(1)(c) akta yang sama.

Jika disabitkan kesalahan, mereka boleh dihukum di bawah Seksyen 16 Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda sehingga RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan atau mana-mana yang lebih tinggi.

Terdahulu, peguam Mohd Ismail Mohamad yang mewakili Md. Saberi memohon hukuman ringan dengan alasan anak guamnya merupakan tokoh terkenal dan merupakan Grand Master dalam Persekutuan Taekwando Antarabangsa (IFTA) serta banyak memberi sumbangan kepada negara melalui sukan tersebut.

Katanya, Md. Saberi juga merupakan pengasas Fakulti Sains Sukan Dan Rekreasi UiTM selain beliau tidak memperolehi apa-apa keuntungan melalui kesalahan tersebut.

Peguam Salim Bashir yang mewakili Zaleha pula merayu agar anak guamnya tidak dipenjara dengan alasan dia hanya manusia biasa yang telah terdorong untuk melakukan perbuatan bertentangan undang-undang akibat sikap tamak.

Menurut beliau, Zaleha yang mengidap diabetes tahap kronik juga terpaksa menutup perniagaan yang telah diusahakan selama 10 tahun sekiranya dipenjara.

Pendakwaan diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya dari Badan Pencegah Rasuah (BPR), Mohd. Josiendra Abu Senin.

SUMBER

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Siapa Datuk Dr Sabree Salleh?

GRAND MASTER DATO’ DR. PROFESSOR SABREE SALLEH DSSA,DPMT,AMN,PJC,PJK,DSM,LA, ORDER OF FRIENDSHIP (DPR KOREA) 9TH. DEGREE BLACK BELT FOUNDER OF THE MALAYSIAN TAEKWON-DO FEDERATION (MTF) FOUNDER OF THE MALAYSIAN INTERNATIONAL TAEKWON-DO FEDERATION (MITF) FOUNDER OF ASIA-PACIFIC TAEKWON-DO FEDERATION (APTF) FOUNDER OF THE MALAYSIAN GLOBAL TAEKWON-DO FEDERATION (MGTF) SABREE’S TAEKWON-DO ACADEMY (STA)

Untuk lebih detail pasal taekwondo, sila tanya YOE

~peja~

Khamis, 9 Oktober 2008

Selasa, 7 Oktober 2008

Gambo rayo

ni le gambo raya ambo...cuba teka ambo ngan sapa tuh.... he..he ?

Rabu, 1 Oktober 2008

Salam aidilfitri 1429 H

Allahu Akbar
Allahu Akbar
Allahu Akbar

Walillahil hamd!

Kepada sahabat-sahabat kelab sainsbahan01, kami mengucapkan selamat hari raya aidilfitri dan sambil-sambil belah buluh lemang tu, jaga-jaga sembilu buluh tuu tajam woo..!

Besar betol labus..

Saya tido dulu yer..choww!

p/s: Salam aidilfitri, maaf segalanya! Sila letakkan gambar-gambar raya anda di blog..biar kemeriahan dikongsi bersama