Khamis, 16 Oktober 2008

Rasuah ahli akademik ( bahaya )


Bekas dekan UiTM dipenjara 3 tahun, denda RM10,000




SHAH ALAM 15 Okt. - Bekas Dekan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Datuk Md. Saberi Md. Salleh (gambar) dihukum penjara tiga tahun dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan memperakui invois pembekalan peralatan sukan palsu bernilai RM138,600, sembilan tahun lalu.

Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof turut menjatuhkan hukuman yang sama ke atas pemilik syarikat pembekal peralatan sukan, Zaleha Abdul Rahman, 48, atas kesalahan bersubahat mengeluarkan invois tersebut.

"Mahkamah mengambil kira sumbangan yang telah diberikan oleh Md. Saberi kepada negara dan UiTM, sementara Zaleha pula pesalah pertama serta mempunyai masalah kesihatan.

"Bagaimanapun, mahkamah perlu mengambil kira bahawa kesalahan yang dilakukan membabitkan penyelewengan dana awam dan ia menjejaskan integriti institusi awam serta sebagai penjawat awam yang diberi amanah,'' katanya.

Beliau bagaimanapun membenarkan hukuman penjara ke atas kedua-dua tertuduh yang sepatutnya berkuatkuasa hari ini ditangguhkan sehingga rayuan selesai.

Sementara denda diperintahkan dibayar hari ini bagi mengelakkan mereka dipenjara tiga bulan lagi sekiranya gagal berbuat demikian.

Zabariah turut mengarahkan Md. Saberi dan Zaleha yang sebelum ini masing-masing dijamin sebanyak RM5,000 dan RM7,000 mengemukakan wang jaminan tambahan sebanyak RM10,000.

Md. Saberi, 56, yang berkot biru gelap dilihat tenang dan sempat bergurau dengan media semasa ditanya perkembangan terkini tentang kerjayanya semasa mahkamah berehat.

Mengikut pertuduhan pindaan, Md. Saberi didakwa memalsukan dokumen pengakuan penerimaan barangan bertarikh 24 Mac 1999 dengan memperakui bahawa Multi Joint 2 AP berharga RM138,600 telah diterima dalam keadaan memuaskan sedangkan ia tidak dibekalkan.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM di sini antara 24 Mac dan 2 April 1999.

Kedua-duanya didakwa mengikut Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575) dibaca bersama Seksyen 20(1)(c) akta yang sama.

Jika disabitkan kesalahan, mereka boleh dihukum di bawah Seksyen 16 Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda sehingga RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan atau mana-mana yang lebih tinggi.

Terdahulu, peguam Mohd Ismail Mohamad yang mewakili Md. Saberi memohon hukuman ringan dengan alasan anak guamnya merupakan tokoh terkenal dan merupakan Grand Master dalam Persekutuan Taekwando Antarabangsa (IFTA) serta banyak memberi sumbangan kepada negara melalui sukan tersebut.

Katanya, Md. Saberi juga merupakan pengasas Fakulti Sains Sukan Dan Rekreasi UiTM selain beliau tidak memperolehi apa-apa keuntungan melalui kesalahan tersebut.

Peguam Salim Bashir yang mewakili Zaleha pula merayu agar anak guamnya tidak dipenjara dengan alasan dia hanya manusia biasa yang telah terdorong untuk melakukan perbuatan bertentangan undang-undang akibat sikap tamak.

Menurut beliau, Zaleha yang mengidap diabetes tahap kronik juga terpaksa menutup perniagaan yang telah diusahakan selama 10 tahun sekiranya dipenjara.

Pendakwaan diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya dari Badan Pencegah Rasuah (BPR), Mohd. Josiendra Abu Senin.

SUMBER

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Siapa Datuk Dr Sabree Salleh?

GRAND MASTER DATO’ DR. PROFESSOR SABREE SALLEH DSSA,DPMT,AMN,PJC,PJK,DSM,LA, ORDER OF FRIENDSHIP (DPR KOREA) 9TH. DEGREE BLACK BELT FOUNDER OF THE MALAYSIAN TAEKWON-DO FEDERATION (MTF) FOUNDER OF THE MALAYSIAN INTERNATIONAL TAEKWON-DO FEDERATION (MITF) FOUNDER OF ASIA-PACIFIC TAEKWON-DO FEDERATION (APTF) FOUNDER OF THE MALAYSIAN GLOBAL TAEKWON-DO FEDERATION (MGTF) SABREE’S TAEKWON-DO ACADEMY (STA)

Untuk lebih detail pasal taekwondo, sila tanya YOE

~peja~

Tiada ulasan: