Khamis, 16 Oktober 2008

Project for PERODUA New model car (D46T)

Salam untuk semua..

Saya dan Sapura serta Perodua group baru sahaja balik dari Shanghai China, semalam. Selama seminggu kami di sana untuk raw material sourcing untuk brake system parts specially for the new Perodua model. Just nak berkongsi cerita pengalaman kami semasa visit and audit company2 besar khasnya dalam Metal Casting & Machining plant di China.

Kebanyakan dari kita tahu China adalah salah satu negara pengeluar pelbagai product yang paling besar di rantau asia malah sudah mencakupi seluruh dunia pada masa ini. Kebanyakan pelabur2 asing terutamanya dari Eropah juga berlumba2 untuk memasuki China untuk memperluaskan bisness masing2 di situ. Product2 nya adalah dari sebesar2 barang hinggalah kepada sekecil2 barang, eg. textile, plastic material, metals, ceramic, makanan, buah-buahan dan pelbagai lagi.

Ini adalah kerana di negara China, kos untuk man power, property and goverment taxnya adalah sangat2 rendah berbanding negara2 asia yang lain. Kerajaan China juga menjaga syarikat2 besar China dengan mengenakan cukai yang rendah kepada pasaran barang2 exportnya. Dengan kata lain, kerajaannya sangat menggalakkan bisness China membangun tanpa dipengaruhi oleh banyak birokrasi.

Tetapi apa yang tersirat disebalik yang diceritakan tadi, inilah yang saya hendak kongsikan dengan anda.Kebanyakan orang2 Cina yang berniaga hanya melihat dari sudut keuntungan (dollar n cents). Tidak banyak dari mereka yang mementingkan dari sudut lain contohnya seperti product quality, product safety. Bagi mereka, itu semua dalah pembaziran. Pembaziran dari sudut process waste with a high cost inccured.

Sebab itulah dalam Automotive manufacturing, kebanyakan product yang dibangunkan, lebih dari 90% productnya adalah REM (Replacement Equipment Manufacturer) atau dgn kata lain 'spare parts' yang memerlukan low quality control sahaja. Jika hendak dibandingkan dengan negara kita, kita adalah negara pengeluar kenderaan (PROTON, PERODUA & NAZA), hampir 90% daripada manufacturing company mengeluarkan product OEM (Original Equipment Manufacturing) atau dgn kata lain product pasang siap kenderaan baru yang mempunyai 100% product quality control. Cara man power kita bekerja pun berlainan berbanding dengan china.

Nowdays, mereka juga telah berusaha dengan keadaan ini dan cuba sedaya upaya untuk develop produt2 OEM. Kita boleh lihat sendiri kereta buatan china 'Cherry', electronic product, handphone and etc. telah wujud meluas sekarang. However most of us Malaysian, masih lagi memandang rendah pada barangan buatan china ini, nampak sahaja barangan buatan china, terus kata "barang dari China x der kualiti punya,..baik jangan beli la..." sebenarnya itulah realitinya..tapi dari masa ke semasa mereka terus berusaha untuk menjadi pengeluar barangan terbesar di dunia dengan hasil product yang tinggi kualiti.

Are we Malaysian going to be like that soon??...we do hope so...



Suasana di Shandong, Yantai, China

Bergambar dgn Sapura members & Shandong Longji Group Co. Ltd


Metal Casting Plant (Melting Process)

Man Power x der apa2 PPE digunakan semasa running the process



Next trip,I'm going to Busan Korea some where in Dec 08...Insya allah if ada story menarik,..im going to share wit ya..

tq.

~YOE~

Tiada ulasan: