Sabtu, 6 September 2008

Berita baik untuk anda yg bergelar guru

NUTP syor gaji bersepadu
Oleh Mohd Harzrul Aminuddin harzrul@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: Skim gaji Bersepadu yang dirangka Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) akan dikemukakan untuk pertimbangan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) selewat-lewatnya hujung tahun ini.Sekiranya mendapat kelulusan, ia bakal menguntungkan lebih 10,000 pendidik seluruh tanah air khususnya yang memiliki ijazah sarjana dan doktor falsafah (PhD).Presiden NUTP, Hashim Adnan, berkata jika mendapat kelulusan jabatan berkenaan, masalah berbangkit membabitkan guru yang berkelulusan ijazah dan PhD sebelum ini akan berjaya diselesaikan.“Sebelum ini, pihak kami menerima berbagai rungutan berikutan masalah itu...apabila ditanya kebanyakan daripada mereka tidak berpuas hati dengan skim gaji yang mereka terima.
“Ini kerana mereka memiliki sarjana dan PhD, tapi skim gaji yang mereka terima sama seperti seorang guru yang berkelulusan ijazah sarjana muda.
“Selain daripada itu, guru terbabit juga tidak menerima imbuhan sampingan tambahan dan ini mengakibatkan kebanyakan mereka memilih untuk meninggalkan kerjaya sebagai seorang guru,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.Menurutnya, selain melihat contoh skim gaji perguruan di negara lain, NUTP juga mengambil kira pandangan beberapa pakar dalam bidang berkaitan bagi menyediakan cadangan skim gaji terbaik.“Antara negara yang menjadi contoh rujukan NUTP ialah Singapura dan Korea Selatan...ini kerana sistem yang mereka gunakan sesuai diguna pakai di negara ini,” katanya.Selain daripada itu, beberapa jawatan baru turut dicadang bagi diwujudkan ini termasuklah jawatan Guru Disiplin, Guru Ko-Kurikulum, Setiausaha Peperiksaan dan pembantu guru.Hashim berkata, bagi mengisi keperluan mendesak subjek tertentu seperti sains dan matematik, NUTP mencadangkan bagi mewujudkan semula menggaji secara kontrak golongan guru yang sudah bersara.
~napi~

1 ulasan:

sainsbahan berkata...

artikel ni menarik minat sy sebab sy tk pernah dengar ttg cerita ni. tapi ia memang berita baik bagi guru2 yg memiliki master dan pHD.tetapi sy harap guru2 yg memiliki master atau phd ni mestilah menunjukkan mutu kerja yg lebih bagus berbanding guru sarjana muda. kerja pun kena bagi lebih sikit la pada guru2 master ni. tapi apapun kita tunggu dan lihat. err nk tanya demo napi. demo tgh sambung master ke atau dh ado master? sekian dulu. regards from anuar din SBPI kuantan