Selasa, 15 Julai 2008

Minggu yang penuh dengan acara ilmiah!

1. Semalam saya menghadiri Wacana Hadari yang disampaikan oleh Prof Shahidan Radiman dengan Tajuk Fizik dan Metafizik: Jambatan Penting Yang Dihuraikan Oleh Sufisme dan Mekanik Kuantum di Bilik Mesy. FST. Syarahan yang sarat dengan ilmu dan maklumat baru untuk memperkayakan minda!! Nanti saya akan laporkan hasil ringkas yang dapat dicerna oleh kapasiti otak ini sepanjang berlangsungnya wacana tersebut menurut kefahaman saya. Tapi bukan buat masa sekarang. Agak sibuk sedikit belakangan ini.

2. Hari ini berlangsung 2 ( atau 3 ) peristiwa penting. Waktu pagi saya menghadiri 2nd, Malaysia-Korea Joint Seminar on Nanotechnology, MKJWN yang dianjurkan oleh UKM ( IMEN ) di Equatorial Hotel Bangi. Lebih kurang 10 profesor dan pengarah dalam pelbagai topik Microsystem, MEMS dan Nanotechnology membentangkan penyelidikan mereka di kedua-dua negara. Malaysia (UKM ) dan Korea ( Seoul National University dan Kyung Pook University). Juga tidak semua yang dapat difahami, hanya sebahagian yang berkaitan dengan penyelidikan yang dijalankan oleh saya sendiri dan juga rakan-rakan lain di makmal. yang lain-lain terlalu teknikal dan agak berat untuk dihadam.

Di sebelah petang satu forum berjudul Bahasa Melayu Dalam Pengajaran Sains dan Matematik yang dianjurkan oleh Institut Hadhari dan ATMA ,UKM. saya memilih untuk 'memonteng' sesi petang MKJWN di Equatorial untuk menghadiri forum ini. Satu program yang sangat menarik yang juga akan diulas sedikit masa lagi. Namun begitu, untuk mereka yang berminat dengan isu sebegini, eloklah juga membaca buku di bawah sebagai gambaran awal untuk golongan melayu muda dan profesional seperti kita.


3. Dan yang ketiga acara debat antara Datuk Seri Anwar Ibrahim (Penasihat PKR) dan Datuk Shaberi Cheek ( Menteri Penerangan Malaysia ) di TV9/BERNAMA. Sesiap yang tidak menonton rancangan debat ini tanpa alasan yang munasabah, bolehlah dianggap sebagai rakyat Malaysia yang kurang tahap patriotisme'nya' ( Sila 'quote' kenyataan ini). Siapa menang dan siapa kalah debat semalam, bergantung pada tafsiran anda! Pandangan saya, kelihatan Pejuang Rakyat lebih berfakta dari terdorong menyerang peribadi pihak lawan oleh wakil kerajaan. Kampung betul nampaknya YB Shaberi lawan DSAI!

p/s: Terima kasih dan tahniah kepada rakan-rakan yang telah meletakkan gambar famili dan anak-anak di blog ini sebagai salam perkenalan antara kita . Moga-moga Allah mengurniakan rezeki yang melimpah ruah dan anak-anak yang soleh dan solehah..Ameeen!!

~peja~

2 ulasan:

nuwadin berkata...

saya bersetuju ngan tajuk buku (buku ke tu?) berkaitan pengajaran sc dan mate dlm english. sesungguhnya benda ni amat menyusahkan guru2 di seluruh m'sia amnya. pengalaman sy mengajar sc & mate selama 3 tahun membuktikan segalanya. walaupun sekolah sy ngajar sekolah pelajar terpilih, tetapi ada juga yg lemah BI. Cuba bayangkan kalau zaman kita di U dulu belajar Sc bahan dlm BI, tk pening kepala hotak kita. dalam BI pn merangkak. U skrg kuliah dlm english ke? sekian dulu dr saya

Tanpa Nama berkata...

tu tajuk buku tuh..bagus kalau semua orang baca buku tuh..aku pun x setuju math n science dalam BI..kelam kabut jadinya bebudak melayu kita..terutamanya yang asal dari kampung2..