Isnin, 23 Jun 2008
Menunggu RM1 Tiada Nilai
Semalam saya ke gerai di hadapan rumah saya untuk membeli sebungkus nasi lemak untuk sarapan pagi. Saya minta nasi lemak biasa. Setelah siap dibungkus, saya memberi RM1 kepada si penjual. Lantas penjual itu meminta tambahan 20 sen lagi kerana menurutnya harga nasi lemak biasa telah dinaikkan kepada RM1.20 sebungkus.
Kini giliran nasi lemak untuk melepasi paras RM1. Sebelum ini, kuih-muih yang dijual RM1 bagi 3 ketul telah menjadi RM1.20 bagi 3 ketul. Mula saya terfikir. Bilakah masanya RM1 akan hilang nilai seperti 1 rupiah matawang Indonesia dan 1 rupee matawang India?
Apakah barangan yang masih bertahan dalam nilai RM1? Cuba anda fikirkan. Dan bila pula barang itu akan melepasi paras RM1? Kita tunggu. Masanya pasti tiba.
-YUSRI-
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
aku setuju dgn pendapatko. ini adalah kesan berantai sejak kenaikan minyak tempohari. memang aku dah jangka harga akan naik, walaupun kerajaan asyik kata brg takkan naik. itu mustahil...
yadoq79
Laknat betul menteri2 kt parlimen semalm..depa bersorak mcm beruk2 sarkis bila usul KENAIKAN HARGA MINYAK diluluskan di Parlimen. Apa menteri ini bodoh x tgk sengsara rakyat beli barang yang naik harga di pasar. Lahanat menteri!
Catat Ulasan