Isnin, 27 April 2009

Worth to read!

Sebuah buku mengisahkan hubungan Universiti-Industri-Kerajaan..
Sesuai dibaca oleh golongan pensyarah, inovator, penyelidik dan bakal usahawan..

Insyaallah ulasan buku ini akan menyusul!

~peja~

Jumaat, 24 April 2009

jangan suka membazir




sedih betul ambo bila tgk klip video nih

ambo

Khamis, 23 April 2009

Jentik Minda


Petikan kata-kata Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Noor Rezan Bapoo Hashim:


"Beliau berkata, berdasarkan maklum balas diterima, cabaran utama PPSMI bukanlah murid tetapi guru sendiri yang masih lemah menguasai Bahasa Inggeris"

Selanjutnya sila baca di sini

Lambat betul menteri buat keputusan..sigh! Jelas, dasar karut ini makin sesat dan menyesatkan! Cikgu pula dipersalahkan..kesian!

Cikgu-cikgu, sila respon..

~peja~

Rabu, 22 April 2009

Perangai Pak Arab



bila ambo tgk gambo ni... bukannya ambo rasa bangga , tapi rasa sedih bila melihat negara kaya-raya seperti Dubai nih menghabiskan duit dgn cara begini ..alangkah baiknya kalo duit yg ada tu diberikan kepada negara islam seperti Palestin utk membantu mereka membangunkan negara mereka yg telah musnah oleh rejim Zionis.
Kenapalah mereka ni tak bersyukur terhadap nikmat yg diberikan oleh Allah , KENAPA?
INGATLAH , walau setinggi mana pon kita berada , suatu hari nanti pasti kita akan menghadap yg Maha Esa , hanya amal ibadat sahaja yg bernilai pada masa itu . kekayaan di dunia ini hanyalah sementara
Semoga Allah memberikan petunjuk kepada mereka ini .... Amin ....

ambo

ISU PALESTIN: JANGAN KITA LUPAKAN

Selain sibuk dengan isu-isu semasa yang hanya melingkari kehidupan kita seharian, apa kata kita jenguk tentang nasib saudara seagama kita di Palestin yang tanahair mereka semakin lama semakin menguncup akibat perlakuan kejam rejim Zionis-Israel.

Selepas Perdana Menteri Turki, berperang mulut dengan Presiden Israel di Switzerland beberapa bulan lalu, kali ini giliran Ahmadinejad pula, pula beraksi di Geneva.



Kita menanti negara-negara lain termasuk pemimpin Malaysia melibatkan diri secara aktif dalam usaha membebaskan Palestin dari cengkaman kuku Israel.

p/s: Dah sampai masanya pemimpin-pemimpin kita berhenti bercakaran dalam politik, dan mulakan kerja-kerja besar dan mulia seperti yang dilakukan oleh pemimpin Islam lain

~peja~

Selasa, 21 April 2009

2 rencana menarik dari Utusan

Budaya membaca trend negara maju

LAUTAN pengunjung dan ulat buku yang hadir di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 yang dijangka mencecah sasaran 2.5 juta pelawat tahun ini. Dengan jumlah hampir 10 peratus daripada penduduk Malaysia, ia membuktikan rakyat negara ini sememangnya masyarakat yang cintakan buku.

Perkembangan ini mampu memberi impak positif kepada industri dan pasaran buku dalam memupuk minat membaca yang tinggi di samping menjadi momentum penting kepada tahap literasi negara pada masa hadapan.

Ini dikuatkan lagi dengan perangkaan terkini Jabatan Statistik Negara 2008 bahawa kadar literasi atau celik huruf rakyat Malaysia adalah tinggi berbanding negara Asia Tenggara lain.

Bagaimanapun usaha berterusan perlu ditingkatkan bagi meningkatkan kadar literasi rakyat agar setanding dengan negara maju lain di dunia.

Berdasarkan kepada statistik tersebut, ia menunjukkan kadar literasi rakyat negara ini yang berumur 15 tahun ke atas ialah 93.2 peratus. Ia merupakan satu kejayaan kepada negara.

Statistik ini berkemungkinan besar berkait rapat dengan transformasi sistem pendidikan negara yang sedang dilaksanakan. Di samping itu, kewujudan Dasar Buku Negara (DBN) turut meningkatkan amalan dan tabiat membaca rakyat Malaysia.

Ia merupakan perkembangan memberangsangkan berbanding laporan dan kajian akademik sebelum ini. Pada 2005, profil pembaca mendapati rakyat Malaysia berumur di bawah 40 tahun kurang membaca. Iaitu sekadar dua buah buku sahaja setahun.

Sementara itu, bagi kumpulan berumur 10 tahun dan ke atas pula, daripada 85 peratus rakyat yang membaca, 77 peratus hanya membaca akhbar. Tiga peratus membaca majalah dan buku manakala 1.6 peratus yang lain membaca komik.

Perkara ini jelas menunjukkan rakyat negara ini masih lagi cenderung membaca bahan bacaan ringan. Berbanding rakyat negara maju, mereka lebih gemar membaca bahan bacaan lebih berat dalam bentuk buku. Ia termasuk generasi muda yang seawal sekolah rendah lagi.

Oleh itu, tabiat ini perlu diperbaiki dari semasa ke semasa melalui dasar sedia ada yang lebih menyeluruh dan dipertingkatkan seiring dengan tahap literasi rakyat negara ini.

Ini kerana menurut Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, objektif pengembangan budaya membaca di kalangan rakyat wajar dilihat dari aspek memperkasa agenda nasional. Ia dilaksanakan secara bersepadu dengan proses pembinaan tamadun negara, bangsa dan pembangunan modal insan tanpa kompromi.

Kadar literasi yang tinggi di kalangan penduduk di negara ini juga menunjukkan lebih banyak bahan bacaan tradisional seperti buku dan lain-lain. Ia termasuk kerancakan aktiviti penterjemahan serta penerbitan diperlukan bagi menampung peningkatan indeks celik huruf di negara ini.

Usaha ini perlu digiatkan walaupun lambakan bahan bacaan digital secara percuma begitu meluas serta mudah diakses di internet.

Kehadiran aplikasi e-book, blog dan sebagainya tidak menggugat industri penerbitan bahan bacaan bercetak bahkan merancakkan lagi budaya membaca serta tradisi ilmu di negara kita.

Laporan Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) 2007/2008 menunjukkan kadar literasi rakyat Malaysia berada di belakang negara maju seperti Jepun, Britain, Amerika Syarikat, Australia dan Jerman yang mempunyai kadar literasi tinggi sehingga 99 peratus.

Lazimnya semakin negara menempah kemajuan, rakyatnya lebih banyak dan kuat membaca. Ini kerana budaya membaca menjadi trend dan tradisi masyarakat negara maju sejak dahulu lagi.

Tambahan pula kedudukan Malaysia dalam Indeks Pembangunan Pendidikan Untuk Semua meningkat ke tangga 45 daripada 129 negara yang terlibat dalam kaji selidik Laporan Pemantauan Global 2009 berbanding kedudukan 56 yang dicapai pada tahun 2008.

Ini menunjukkan bahawa kerajaan komited menuju negara maju tidak lama lagi dan pencapaian itu bermakna Malaysia sebagai antara penyokong kuat Agenda Pendidikan Untuk Semua (EFA) menjelang 2015 bagi merealisasikan misi buta huruf sifar.

**************************************************************************

Memperkasa penerbitan universiti

PENERBITAN ilmiah adalah satu bentuk pakej ilmu yang disebarkan secara tersusun dan sistematik. Terdapat pelbagai bentuk terbitan ilmiah yang diterbitkan seperti buku, monograf, kertas kerja, jurnal, rencana ilmiah, dan juga bentuk-bentuk terbitan lain yang sudah pasti mengikut piawaian yang ditetapkan bagi menjaga standard yang diidamkan.

Tunjang yang mendasari setiap penerbitan ilmiah adalah nilai-nilai keaslian dan pengupasan idea yang menyeluruh. Inilah yang memantapkan dan meletakkan karya ilmiah dalam kedudukan yang berbeza berbanding karya-karya penulisan yang lain.

Para pensyarah bukan sahaja berperanan sebagai pendidik di universiti tetapi juga sebagai jambatan bagi merapatkan jurang di luar ruang lingkupnya terutamanya dalam bidang ilmu yang seharusnya dikongsi bersama. Berpandukan idea yang digarap sempurna membolehkan lahirnya hasil nukilan asli yang dapat menerajui dan memartabatkan falsafah pendidikan negara.

Adalah suatu yang tidak dapat disangkal apabila ada pendapat yang mengatakan bahawa kecemerlangan sesebuah universiti banyak bergantung kepada kejayaan dalam menghasilkan produk penyelidikan, perundingan dan juga penerbitan.

Penerbitan adalah tunjang bagi para pensyarah berkongsi tahap keintelektualan di landasan yang sepatutnya. Tak kira ia adalah penulisan/penerbitan akademik (dalam ruang lingkup ilmu) ataupun popular (dengan bahasa mudah difahami masyarakat). Dengan ini ilmu yang ada dapat disalurkan dengan betul dan lebih bermanfaat.

Begitu juga halnya apabila kita membincangkan mengenai penerbitan ilmiah yang seharusnya berfungsi di semua universiti tempatan iaitu penerbitan jurnal. Walaupun pada peringkat awalnya, jurnal adalah sekadar platform untuk melatih para kakitangan akademik untuk menulis rencana berbentuk ilmiah yang kebanyakan adalah hasil penyelidikan yang dijalankan tetapi kini jurnal telah berperanan besar dalam menentukan tahap kecemerlangan universiti di mata umum.

Tetapi apa yang dicita-citakan tidak akan menjadi kenyataan jika tidak ada susulan tindakan daripada pensyarah dan ahli akademik. Ia merupakan tanggungjawab para akademik agar penerbitan ilmiah yang dihasilkan berupaya mewarnai, memenuhi, menyumbang dan membantu industri perbukuan akademik mencapai sasaran kejayaan keseluruhannya dan seterusnya membawa dimensi baru yang boleh dibanggakan. Ini amat bersesuaian dengan kata-kata yang sering didengari yang melabelkan universiti sebagai tempat pengembangan ilmu.

~peja~

SUmber Utusan Malaysia 21 April 09

Jumaat, 17 April 2009

AMBO TECNOLOGIES


Assalamualaikum semua, sori la.. lama x masuk cni , ambo baru je lepas viva n anta final project report. fuuhh.. lega rasa dah selesai.........Syukur Alhamdullillah

bila ambo tengok ummisshope yg saudara yadoq punya tuh... terfikir la plak nak wak business IT nih... tp lain la ckit .. ambo jual software.

lepas present ari tu , syukur la .... panel dpt terima projek ambo nih... diorg suggest projek ambo ni , utk combine ngn student PHD , coz student tu wat topic e-governance , kalo ada rezki bole la ambo produce paper mcm saudara peja tuh..

ambo plan nak propose projek ambo nih kat kementerian.... sekarang nih tgh draft kertas keje, susah jgk penin pallo.. kalo ada rezki sistem ini ambo harap dapat di apply kan ke seluruh sekolah di Malaysia nih , especially sekolah rendah la..

ha... kepada member yg cikgu & cikgi tu , kalau nak sistem nih jgn lupa e-mail ambo ambo2008@gmail.com dan kepada kwn2 yg terer diluar sana .. dipersilakan utk try SQL injection kat sistem ambo nih.. kalau dapat masuk harap bgtau , coz rasanya ... x dpt kot hehehe (riak plak aku nih) coz ambo dah letak security features.

thanks pada saudari mas, coz entry kali ni dpt mendedahkan ambo tentang nak paten harta intelek nih .. penting jgk tuh ambo dah letak sistem nih kat server korang dah boleh akses

Tajuk : e-PRIMARY SCHOOL INFORMATION SYSTEM (ePSIS )

url : http://epsis.lt.my

internet browser : Mozilla Firefox Penerangan sistem nih di bahagikan kepada 4 module
  • module admin
  • module guru
  • module ibubapa
  • module murid
admin aksess nama pengguna : ambo passwd : ambo guru akses no KP : 12345 passwd : 12345
utk akses kpd ibubapa dan murid korang kena letakkan dummy data dulu

korang register maklumat korang pastu pasti kan maklumat kelas tu diisi sama
coz sistem nih
akan math data berpandukan jenis kelas
harap korang dpt cuba dulu pastu bole bg feedback dan apa komen ataupon komen utk improvement ePSIS nih

...haa.. satu nak pesan sistem ambo nih lebih baik diview dgn mozzilla Firefox nampak lebih cantik .. firefox nih lebih secure.
segala komen dari anda semua amatlah ambo hargai.
itu saja kot.... ambo cow dulu nak balik kampung nih... dah lama tak balik kg dah sebulan tu , lamaaa tu hehe..

ambo