Jaga tutur kata, jaga adab sopan semasa mem'blog! Agar persahabatan terus kekal..!
[Jadilah blogger yang beradat dan bertanggungjawab.Di larang menggunakan perkataan kasar. Nyatakan nama sebenar pengirim tulisan, dan sumber rujukan yang diperolehi ]..
Elakkan diri dari menyebar fitnah & perkara remeh-temeh di dalam blog agar kita sentiasa memperolehi ilmu yang baik ..
Happy blogging!
~peja~
Pagi Ahad lalu, penulis ini dihubungi oleh seorang pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang berasa kecewa apabila membaca senarai hari-hari peringatan yang diperturunkan dalam ruangan ini untuk menunjukkan keistimewaan bulan Mei.
''Saudara terlupa mengenai 18 Mei,'' katanya. Sememangnya penulis tidak teringat apa yang bermakna mengenai 18 Mei. Apabila membaca akhbar keesokannya dengan melihat perasmian Muzium Warisan Akademik sempena sambutan ulang tahun ke-39 UKM, barulah disedari bahawa 18 Mei itu adalah hari ulang tahun penubuhan universiti itu.
Ia bermakna bahawa tiga institusi Melayu ditubuhkan pada bulan Mei. Yang paling awal ialah mulanya penerbitan akhbar Utusan Melayu iaitu pada 29 Mei 1939, diikuti dengan UMNO pada 11 Mei 1946 dan UKM pada 18 Mei 1970.
Tiga institusi ini penting bagi sesebuah bangsa, iaitu akhbar, parti politik dan universiti. Satu lagi ialah institusi kewangan. Bagi orang Melayu, institusi kewangan yang ditubuhkan untuk membela bangsa ialah Bank Bumiputra pada 1 Februari 1966. Ia kemudian menjadi Bumiputera-Commerce Bank. Akhirnya menjadi CIMB dan hilanglah nama Bumiputera.
Begitu juga dengan akhbar Utusan Melayu. Ia kini menjadi sebuah sisipan bernama Utusan Melayu Mingguan yang diterbitkan dalam Utusan Malaysia setiap Isnin.
UKM berjaya berkembang menjadi salah satu universiti penting negara. Ia telah menghasilkan banyak siswazah yang menyumbangkan kepada pembinaan negara, tepat dengan sifat nasional universiti ini. Antara contoh, banyak pemimpin MCA adalah siswazah UKM.
Satu lagi sumbangan penting UKM ialah mengungkapkan ilmu moden yang pelbagai cabang dalam bahasa Melayu. Adanya UKM, bahasa Melayu berkembang begitu pesat terutama dalam bidang sains dan teknologi. Sememangnya bahasa Melayu tentunya boleh digunakan untuk aktiviti keilmuan yang tinggi. Ini dapat dilihat daripada buku-buku ilmiah yang diterbitkan oleh Penerbit UKM. Kecergasan penerbit ini menghasilkan karya-karya ilmiah menunjukkan ia merupakan institusi tersendiri bagi memperkayakan khazanah ilmu dalam Bahasa Malaysia, dalam beberapa segi lebih baik daripada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
Begitu besarnya sumbangan UKM kepada khazanah kebangsaan Malaysia berteraskan Melayu. Tetapi andai kata penggunaan Bahasa malaysia ditinggalkan dalam mengungkapkan pemahaman sains hingga terutamanya di peringkat pengajian tinggi termasuk UKM, maka kekayaan bahasa yang selama ini dibina dengan begitu susah payah akan sedikit demi sedikit hilang seperti mana nasib yang menimpa tulisan jawi dan akhbar Utusan Melayu.
Hilang
Setakat tulisan jawi yang hilang, masih boleh digagahi oleh bangsa, tetapi andai kata keseluruhan bahasa dilumpuhkan kepada kedudukan hanya untuk penggunaan popular, maka keupayaan bahasa Melayu sebagai wahana bagi pemahaman sains dalam bentuk berbeza dan lebih mendalam supaya dapat dihayati oleh rakyat negara ini akan akhirnya hilang.
Tentang UKM, penulis masih ingat pada tahun 1974, apabila pihak universiti itu beroperasi di kampus Lembah Pantai bersebelahan Universiti Malaya, yang kini menempatkan Institut Bahasa Melayu.
Pada zaman itu, tidak ada Internet dan di rumah penulis di kampung, yang tidak mempunyai bekalan elektrik, tentunya tidak ada televisyen, maka maklumat bergantung kepada radio, akhbar dan bahan-bahan cetak yang dikirim melalui pos. Salah satu kegemaran penulis sebagai seorang pelajar tingkatan tiga ketika itu ialah menulis surat kepada pejabat-pejabat penerangan institusi, agensi, persatuan dan kedutaan untuk memohon bahan penerangan percuma, maklumlah dahagakan maklumat dan bahan bacaan.
Maka bahagian perhubungan raya UKM ketika itu mengirim kepada penulis melalui pos satu bungkusan besar yang mengandungi pelbagai bahan cetak mengenai UKM, termasuk laporan-laporan tahunannya. Ibu penulis terkejut melihat bungkusan besar itu dihantar oleh posmen kepada anaknya.
Penulis juga mengirim surat meminta maklumat daripada Persatuan Mahasisiwa UKM ketika itu. Mereka turut menghantar bahan yang antaranya ialah akhbar universiti bernama Gemasiswa. ketika itu, Setiausaha Agung PMUKM ialah Halim Arshat, yang 20 tahun kemudian menjadi Setiausaha Agung Pas. Pada masa itu tapak universiti di Bangi yang penuh di hutan sedang dibersihkan. Zaman itu adalah masa sebelum adanya Akta Universiti dan Kolej di mana persatuan pelajar bebas menerbitkan akhbar sendiri. Maka isu yang dikemukakan oleh Gemasiswa ialah pempersoalkan Menteri Besar Selangor ketika itu, Allahyarham, Datuk Harun Idris menanyakan ke manakah hasil balak-balak yang diangkut keluar dari tapak kampus itu. Turut disiarkan ialah kartun menteri Besar dan balak-balaknya.
Malaysia sentiasa menekankan soal pendidikan dan ekonomi. Kalau pada tahun-tahun 60-an, penekanannya adalah dari sudut kebangsaan hingga lahirnya UKM dan Bank Bumiputera, tetapi pada tahun-tahun 80-an, perhatian adalah kepada cara hidup Islam. Maka dari semangat ini pula muncul Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan Bank Islam Malaysia Berhad.
Kini terdapat 20 universiti awam di negara ini. Dua universiti bernama Islam iaitu UIAM dan Universiti Sains islam malaysia (USIM). Sementara bank Islam sudah banyak. Selain daripada BIMB dan Bank Muamalat, banyak bank yang sudah ternama mempunyai bank Islam masing-masing.
''Sekarang sudah banyak universiti, manalah saya hendak ingat hari ulang tahun penubuhan UKM,'' kata penulis ini kepada pensyarah yang kecewa itu.
Walaupun penulis ini sudah sedar bahawa 18 Mei itu hari ulang tahun UKM, pensyarah itu tetap marah. Rupa-rupanya penulis lupa bahawa hari jadi dia sama tarikh dengan ulang tahun UKM
Sasterawan Negara tolak gelaran demi menentang PPSMI. Antaranya ialah:
Datuk A Samad Said Prof Dr Muhammad Haji Salleh Profesor Emeritus Shahnon Ahmad Datuk Abdullah Hussein Datuk Nordin Hassan
p/s: tulisan yang dimerahkan merupakan salah satu siri pembohongan menteri kepada rakyat sejak sekian lama. Bagaimana kita yang mengaku cerdik boleh tertipu dengan kenyataan 'MENIPU' menteri yang menjaga hal ehwal kebajikan persekolahan anak-anak bangsa. Aduhai malang sungguh jadi rakyat tertipu!
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ Oleh Jimadie Shah Othman Malaysiakini
Dasar kontroversi Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) menerima tamparan besar sekali lagi hari ini apabila kesemua lima sasterawan negara yang masih hidup menolaknya.
Buat pertama kali dalam sejarah penentangan dasar kerajaan, mereka melontarkan enam sebab penolakan dalam satu kenyataan bersama yang diedarkan pada sidang media di Rumah PENA pagi ini.
Alasan-alasan itu, antaranya:
Kebanyakan pemenang Anugerah Nobel tidak datang dari negara pengguna bahasa Inggeris tetapi negara-negara seperti Perancis, Jerman, Jepun, Sepanyol Switzerland, India dan Bangladesh.
Kegagalan mengembalikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu semua bidang menyebabkan pemimpin hari ini dirakam dalam sejarah sebagai "pemusnah bahasa Melayu yang telah lama menjadi lingua franca".
Penggunaan bahasa Inggeris untuk bidang terpilih dengan sendirinya menciptakan dua jenis kewarganegaraan.
Pertama, warganegara yang menguasai bahasa Inggeris dan sains teknologi dan kedua, warganegara yang berbahasa Melayu dan menguasai sastera dan sains sosial - bidang yang dianggap tidak penting dan lebih rendah darjatnya. [Baca teks penuh di sini]
Buang gelaran rasmi
Sebagai menguatkan bantahan mereka, dua tokoh sasterawan yang hadir - Datuk A Samad Said dan Muhammad Salleh - membayangkan akan membuang gelaran rasmi kerajaan itu "jika keadaan memerlukan".
"Oh, memang sanggup (buang gelaran). Memang sanggup. Sudah pun saya beritahu dalam wawancara (sebelum ini). Itu saya kira, kalau (dikatakan) sasterawan negara itu berdegar bunyinya, ambillah kesemuanya," kata A Samad.
Sementara Muhammad (foto kiri) pula berkata: "Kalau diperlukan saya akan sampai ke sini juga, ditempat yang diperlukan. Saya merasakan tragedi ini bukan tragedi orang lain, tetapi tragedi (kepada) saya."
"Dan tidak pernah berlaku kepada bahasa besar lain seperti yang berlaku kepada bahasa kita. Tidak berani orang sentuh bahasa Perancis misalnya.
"Cuba sentuh bahasa Inggeris, bahasa Scotland misalnya, apa akan berlaku?" soalnya.
"Dalam satu dunia tamadun, menteri tak ada hak menukar bahasa. Hanya bangsa itu sahaja berkumpulan mempunyai hak menukar bahasa itu. Orang lain tidak ada hak menukar bahasa itu."
Surat kepada PM
Muhammad juga menafikan dakwaan beliau lambat tampil memperjuangkan pemansuhan PPSMI, berbeza dengan A Samad sebelum ini yang lebih ke depan.
"Pertamanya, kalau tidak di depan televisyen atau suratkhabar, saya ini tidak berapa terpilih. Tetapi hal ini telah kita kerjakan dari awal lagi.
"Saya pernah siapkan surat kepada (bekas perdana menteri) Tun Abdullah (Ahmad Badawi), kejar beliau di Putrajaya, beri surat itu.
"Tidak ada apa-apa (tindakan). Sewaktu saya di Tokyo, (saya) faks dari Tokyo. Lepas itu, macam-macam (tindakan) yang dikerjakan sejak beberapa tahun kebelakangan ini," katanya.
Ditanya sama ada beliau akan menurut jejak A Samad untuk berkempen di pentas politik dan pada pilihanraya kecil demi memperjuangkan pemansuhan PPSMI, Muhammad berkata:
"Boleh kempen, tetapi saya bukan orang politik. Intelektual juga ada tempatnya. Biarlah kita profesional. Yang pandai berpolitik itu, silakan," katanya, seorang penulis terkenal dengan esei budaya.
Tiga lagi sasterawan negara yang menentang dasar PPSMI - Datuk Shahnon Ahmad, Datuk Noordin Hassan dan Datuk Abdullah Hussain - tidak hadir kerana masalah kesihatan.
Akan terus lawan
A Samad (foto kanan) menambah, kesemua sasterawan negara "akan terus berlawan" memperjuangkan pemansuhan PPSMI melalui cara masing-masing.
"Kita tidak boleh harap semua sasterawan negara membuat kerja yang sama. Tujuan dan matlamat sama, tetapi caranya lain.
"Ahli politik ini ada usia luputnya. Kuasawan ada tarikh luputnya. Sasterawan, kerana tidak ada tarikh luputnya, dia akan terus berlawan," kata pengarang itu yang terkenal dengan novel Salina.
Sementara itu, mengulas kenyataan Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam, A Samad memberi amaran supaya ahli politik harus bersedia menghadapi "perlawanan" yang lebih hebat "jika tidak bersedia tunduk" pada desakan membatalkan PPSMI.
"Dan kalau ada yang bertanya saya, apakah akan dilakukan kalau kuasawan (ahli politik) ini tidak bersedia untuk untuk tunduk, (maka) perlawanan ini akan diteruskan dari belbagai sudut.
"Ertinya kuasawan harus bersedia menghadapi itu. Kita akan merakyatkan betul-betul (isu PPSMI), bahawa mereka ini akan hilang bahasa, mereka akan hilang jati diri."
Muhammad pula berkata, ruang perbincangan dengan menteri terbabit masih terbuka. Bagaimanapun keputusan yang dibuat hendaklah melibatkan kehendak rakyat terbanyak.
Pertikai meja bulat
Muhyiddin semalam berkata kajian badan bebas mendapat hasil berlainan dengan perbincangan meja bulat anjuran kementeriannya kerana pesertanya tidak bercakap berdasarkan fakta dan bukti.
Mengulas kenyataan menteri itu, Muhammad mempertikaikan kesimpulan yang dibuat oleh kementerian tidak sama dengan butiran perbincangan meja bulat.
"Waktu saya menghadirinya, hampir 80 peratus tak bersetuju menggunakan bahasa Inggeris dalam bidang Sains dan Matematik. Tetapi akhirnya disimpulkan bahawa orang bersetuju.
"Saya masih ingat, yang bersetuju (ketika) itu hanyalah pegawai bank yang tidak tahu bercakap bahasa kebangsaan dan seorang lagi ibu kepada anak yang sedang bersekolah.
"Yang lain semua tidak bersetuju. (Wakil masyarakat) India dan Cina pun semua tidak bersetuju. Jadi, macam mana kesimpulan (boleh) jadi begini?" katanya.
Kejutkan dunia sastera
Awal Mac lalu, A Samad mengejutkan dunia sastera tanah air dan nasionalis bahasa apabila menerajui ribuan penunjuk perasaan berarak ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum membantah dasar tersebut.
Sejak 1981, Malaysia menganugerahkan gelaran berprestij ini kepada sembilan tokoh sastera dan kreatif negara, terbaru Syed Othman Syed Omar atau lebih dikenali S Othman Kelantan pada 2003.
Negara kini sedang menyaring senarai tokoh untuk dicalonkan sebagai sasterawan negara ke-10.
Empat yang telah meninggal dunia: Kamaluddin Muhamad (popular dengan nama pena Keris Mas), Datuk Usman Awang, Muhammad Dahlan Abdul Biang (Arena Wati) dan Syed Othman.
Semuanya aktif dalam dunia sastera kecuali Noordin yang dikenali sebagai penggiat teater tersohor.
Selain sibuk dengan isu-isu semasa yang hanya melingkari kehidupan kita seharian, apa kata kita jenguk tentang nasib saudara seagama kita di Palestin yang tanahair mereka semakin lama semakin menguncup akibat perlakuan kejam rejim Zionis-Israel.
Kita menanti negara-negara lain termasuk pemimpin Malaysia melibatkan diri secara aktif dalam usaha membebaskan Palestin dari cengkaman kuku Israel.
p/s: Dah sampai masanya pemimpin-pemimpin kita berhenti bercakaran dalam politik, dan mulakan kerja-kerja besar dan mulia seperti yang dilakukan oleh pemimpin Islam lain
LAUTAN pengunjung dan ulat buku yang hadir di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 yang dijangka mencecah sasaran 2.5 juta pelawat tahun ini. Dengan jumlah hampir 10 peratus daripada penduduk Malaysia, ia membuktikan rakyat negara ini sememangnya masyarakat yang cintakan buku.
Perkembangan ini mampu memberi impak positif kepada industri dan pasaran buku dalam memupuk minat membaca yang tinggi di samping menjadi momentum penting kepada tahap literasi negara pada masa hadapan.
Ini dikuatkan lagi dengan perangkaan terkini Jabatan Statistik Negara 2008 bahawa kadar literasi atau celik huruf rakyat Malaysia adalah tinggi berbanding negara Asia Tenggara lain.
Bagaimanapun usaha berterusan perlu ditingkatkan bagi meningkatkan kadar literasi rakyat agar setanding dengan negara maju lain di dunia.
Berdasarkan kepada statistik tersebut, ia menunjukkan kadar literasi rakyat negara ini yang berumur 15 tahun ke atas ialah 93.2 peratus. Ia merupakan satu kejayaan kepada negara.
Statistik ini berkemungkinan besar berkait rapat dengan transformasi sistem pendidikan negara yang sedang dilaksanakan. Di samping itu, kewujudan Dasar Buku Negara (DBN) turut meningkatkan amalan dan tabiat membaca rakyat Malaysia.
Ia merupakan perkembangan memberangsangkan berbanding laporan dan kajian akademik sebelum ini. Pada 2005, profil pembaca mendapati rakyat Malaysia berumur di bawah 40 tahun kurang membaca. Iaitu sekadar dua buah buku sahaja setahun.
Sementara itu, bagi kumpulan berumur 10 tahun dan ke atas pula, daripada 85 peratus rakyat yang membaca, 77 peratus hanya membaca akhbar. Tiga peratus membaca majalah dan buku manakala 1.6 peratus yang lain membaca komik.
Perkara ini jelas menunjukkan rakyat negara ini masih lagi cenderung membaca bahan bacaan ringan. Berbanding rakyat negara maju, mereka lebih gemar membaca bahan bacaan lebih berat dalam bentuk buku. Ia termasuk generasi muda yang seawal sekolah rendah lagi.
Oleh itu, tabiat ini perlu diperbaiki dari semasa ke semasa melalui dasar sedia ada yang lebih menyeluruh dan dipertingkatkan seiring dengan tahap literasi rakyat negara ini.
Ini kerana menurut Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, objektif pengembangan budaya membaca di kalangan rakyat wajar dilihat dari aspek memperkasa agenda nasional. Ia dilaksanakan secara bersepadu dengan proses pembinaan tamadun negara, bangsa dan pembangunan modal insan tanpa kompromi.
Kadar literasi yang tinggi di kalangan penduduk di negara ini juga menunjukkan lebih banyak bahan bacaan tradisional seperti buku dan lain-lain. Ia termasuk kerancakan aktiviti penterjemahan serta penerbitan diperlukan bagi menampung peningkatan indeks celik huruf di negara ini.
Usaha ini perlu digiatkan walaupun lambakan bahan bacaan digital secara percuma begitu meluas serta mudah diakses di internet.
Kehadiran aplikasi e-book, blog dan sebagainya tidak menggugat industri penerbitan bahan bacaan bercetak bahkan merancakkan lagi budaya membaca serta tradisi ilmu di negara kita.
Laporan Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) 2007/2008 menunjukkan kadar literasi rakyat Malaysia berada di belakang negara maju seperti Jepun, Britain, Amerika Syarikat, Australia dan Jerman yang mempunyai kadar literasi tinggi sehingga 99 peratus.
Lazimnya semakin negara menempah kemajuan, rakyatnya lebih banyak dan kuat membaca. Ini kerana budaya membaca menjadi trend dan tradisi masyarakat negara maju sejak dahulu lagi.
Tambahan pula kedudukan Malaysia dalam Indeks Pembangunan Pendidikan Untuk Semua meningkat ke tangga 45 daripada 129 negara yang terlibat dalam kaji selidik Laporan Pemantauan Global 2009 berbanding kedudukan 56 yang dicapai pada tahun 2008.
Ini menunjukkan bahawa kerajaan komited menuju negara maju tidak lama lagi dan pencapaian itu bermakna Malaysia sebagai antara penyokong kuat Agenda Pendidikan Untuk Semua (EFA) menjelang 2015 bagi merealisasikan misi buta huruf sifar.
PENERBITAN ilmiah adalah satu bentuk pakej ilmu yang disebarkan secara tersusun dan sistematik. Terdapat pelbagai bentuk terbitan ilmiah yang diterbitkan seperti buku, monograf, kertas kerja, jurnal, rencana ilmiah, dan juga bentuk-bentuk terbitan lain yang sudah pasti mengikut piawaian yang ditetapkan bagi menjaga standard yang diidamkan.
Tunjang yang mendasari setiap penerbitan ilmiah adalah nilai-nilai keaslian dan pengupasan idea yang menyeluruh. Inilah yang memantapkan dan meletakkan karya ilmiah dalam kedudukan yang berbeza berbanding karya-karya penulisan yang lain.
Para pensyarah bukan sahaja berperanan sebagai pendidik di universiti tetapi juga sebagai jambatan bagi merapatkan jurang di luar ruang lingkupnya terutamanya dalam bidang ilmu yang seharusnya dikongsi bersama. Berpandukan idea yang digarap sempurna membolehkan lahirnya hasil nukilan asli yang dapat menerajui dan memartabatkan falsafah pendidikan negara.
Adalah suatu yang tidak dapat disangkal apabila ada pendapat yang mengatakan bahawa kecemerlangan sesebuah universiti banyak bergantung kepada kejayaan dalam menghasilkan produk penyelidikan, perundingan dan juga penerbitan.
Penerbitan adalah tunjang bagi para pensyarah berkongsi tahap keintelektualan di landasan yang sepatutnya. Tak kira ia adalah penulisan/penerbitan akademik (dalam ruang lingkup ilmu) ataupun popular (dengan bahasa mudah difahami masyarakat). Dengan ini ilmu yang ada dapat disalurkan dengan betul dan lebih bermanfaat.
Begitu juga halnya apabila kita membincangkan mengenai penerbitan ilmiah yang seharusnya berfungsi di semua universiti tempatan iaitu penerbitan jurnal. Walaupun pada peringkat awalnya, jurnal adalah sekadar platform untuk melatih para kakitangan akademik untuk menulis rencana berbentuk ilmiah yang kebanyakan adalah hasil penyelidikan yang dijalankan tetapi kini jurnal telah berperanan besar dalam menentukan tahap kecemerlangan universiti di mata umum.
Tetapi apa yang dicita-citakan tidak akan menjadi kenyataan jika tidak ada susulan tindakan daripada pensyarah dan ahli akademik. Ia merupakan tanggungjawab para akademik agar penerbitan ilmiah yang dihasilkan berupaya mewarnai, memenuhi, menyumbang dan membantu industri perbukuan akademik mencapai sasaran kejayaan keseluruhannya dan seterusnya membawa dimensi baru yang boleh dibanggakan. Ini amat bersesuaian dengan kata-kata yang sering didengari yang melabelkan universiti sebagai tempat pengembangan ilmu.
ISFAHAN – Saintis Institut Penyelidikan Royan berjaya mengklon seekor kambing sekali gus merancang untuk mengadakan eksperimen yang diharap dapat membawa kepada penemuan rawatan penyakit angin ahmar.
Ketua kumpulan itu, Dr. Mohammed Hossein semalam berkata, anak kambing yang diberi nama Hana itu dilahirkan awal kelmarin di sini.
“Iran adalah antara lima negara yang berjaya mengklon anak kambing” kata Mohammed.– AP
Menurut Prof Dr Wan Mohd Nor Wan Daud, antara beberapa ciri yang membezakan masyarakat berbudaya ilmu dengan mereka yang tiada kecenderungan terhadap aktiviti keilmuan ialah :
Penglibatan setiap ahli masyarakat di dalam kegiatan keilmuan
Tindakan manusia baik secara individu mahu pun di peringkat masyarakat , diputuskan dan dilaksanakan berdasarkan ilmu pengetahuan sama ada melalui pengkajian mahu pun syura .
Ilmu dianggap sebagai satu keutamaan tertinggi dalam sistem nilai peribadi dan masyarakat di setiap peringkat .
Individu dan institusi berpengaruh dalam masyarakat akan memberi keutamaan , bantuan , kemudahan , dan pengiktirafan yang tinggi kepada mana-mana pihak yang melibatkan diri di dalam usaha mencari dan menyebarkan ilmu pengetahuan
Dalam diri dan masyarakat , tidak akan mengiktiraf sifat jahil , bebal dan anti ilmu .
Dalam diri dan masyarakat yang berbudaya ilmu , akan menolak dan membenci pandangan , pernyataan , serta amalan yang tidak berasaskan ilmu dan kebenaran .
Budaya ilmu bukan sekadar kesungguhan memahami , mendalami dan menghayati sesuatu bidang ilmu tetapi lebih penting juga mampu menjelmakan sifat keilmuan dalam pelbagai bidang (multi-disciplinary) dan merentas bidang (inter-disciplinary) agar pemaduan ilmu dapat mewujudkan kepaduan diri dan masyarakat
Terlebih dahulu tahniah dan terima kasih diucapkan kepada Zana kerana berani menyahut cabaran menulis satu entry khas kenyataannya menyokong PPSMI. Dengan tulisan sebegini kita akan dapat menilai sikap dan perwatakan penulis tentang pandangan serta kefahamannya tentang sesuatu isu. Soal kebenaran dan hakikat sesuatu isu, kita pulangkan semula kepada Sang Pencipta. Kerana kita hanyalah hambaNya yang singgah sementara di dunia ini untuk menguruskan soal-soal kemaslahatan hidup dan memimpin manusia lain ke arah kebaikan sebelum kita pulang semula ke pangkuanNya bila-bila masa dari sekarang. Di bawah saya cuba menjawab persoalan yang ditimbulkan berdasarkan pembacaan, kefahaman, rujukan dan hasil perbincangan dengan sahabat-sahabat sealiran fikiran dengan saya. Semoga usaha kecil kita diberkati Tuhan. Silakan membaca dan terus berbahas.
(Jawapan ini agak panjang, jadi seeloknya di cetak dan dibaca untuk direnungkan).
Kenyataan Zana
PPSMI merupakan satu sistem yang akan membantu rakyat Malaysia membangun seiring dengan pembangunan teknologi
Jawab Peja
Ini kenyataan siapa? PPSMI baru sahaja dilaksanakan pada tahun 2003 dan sehingga kini baru 6 tahun terlaksana. Siapa diri kita dengan berani menyatakan (lebih kepada andaian dan perasaan) PPSMI ini akan membantu rakyat Malaysia membangun seiring dengan pembangunan teknologi. Sudah ada kajian kah? Berapa data yang terkumpul?
Siapa dan berapa ramai tokoh-tokoh pendidikan, sains teknologi, ekonomi selain Tun M yang hanya ’mengandaikan’ secara membuta tuli persepsi membangun dan majunya Malaysia dengan pelaksanaan PPSMI ini.
Kenyataan Zana
Teknologi kini berkembang dengan begitu pesat tanpa mengambil kira siapapun kita. Apa yang saya cuba sampaikan adalah proses pengenalan teknologi dari peringkat awal dalam bahasa inggeris akan membantu generasi akan datang bergerak seiring dengan pembangunan teknologi.
Jawab Peja
Memang tidak dapat dinafikan teknologi berkembang dengan pantas dan tidak mempedulikan siapa sahaja di belakang. Jadi adakah tugas kita hanya membontot dan menurut sahaja di belakang pencipta teknologi sepanjang masa tanpa melakukan inovasi. Dan kita kena ingat, tidak ada bangsa yang dapat maju menggunakan bahasa asing (Rujuk posting saya yang bertajuk Fakta Bahasa dan Kemajuan di dlm blog ini atau juga boleh merujuk di SINI).
Pengenalan sains, matematik dan teknologi telah dijalankan oleh kerajaan Malaysia menggunakan Bahasa Melayu sejak tahun 60-an lagi. Sila semak Penyata Razak (1956) yang menyatakan :
"Menyatukan sistem pelajaran untuk membina satu bangsa yang bersatu padu dengan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, yakni sebagai bahasa penghantar utama. "(Tun Abdul Razak Hussein..1956).
Dengan Penyata Razak inilah Malaysia kini sudah maju ke hadapan berbanding dengan negara-negara lain YANG SETARAF berbanding negara-negara yang masih menggunakan BI dalam pengajaran Matematik dan Sains mereka di dunia seperti Filipina, Bostwana, sebahagian negara Afrika Utara dsbgnya).
Kenyataaan Zana
Isunya di sini ialah penguasan kita dalam menjelajah teknologi moden dimana rata-rata teknologi dibukukan/internet dalan bahasa inggeris.. Kita kena realistik dengan keadaan semasa..Ini bukan isu tentang penterjemahan.. Isu penguasaan Sains and math dalam BI untuk mendalami teknologi asing.
Jawab Peja
Ini sekali lagi kenyataan simplistik (ambil mudah) Kita di sini ialah kita semua, generasi muda yang akan mewariskan apa sahaja yang kita miliki pada masa kini untuk generasi masa hadapan. Soalnya adakah kita sudah menguasai sains dan teknologi? Generasi kita dan generasi sebelum ini sudah menguasai sains dan teknologi dengan kejayaan kita belajar dalam Bahasa Melayu sejak dari sekolah rendah sehingga peringkat lepasan ijazah dan berjaya menjawat jawatan penting yang berkaitan dengan sains dan teknologi (Pensyarah, RO, RA, SC Officer, guru sains dan sebagainya). Sehingga kini kita sudah memiliki ratusan malah mencecah ribuan buku-buku teks sains dan teknologi berbahasa Melayu yang ditulis dan diterjemahkan oleh pensyarah dan pakar bidang masing-masing. Mengapa pula TIDAK kita mengambil peluang menganggotai mereka dan bersama-sama mereka memajukan sains dan teknologi dalam BM. Sampai bila kita harus jadi pemerhati dari jauh tanpa melibatkan diri. Inilah masanya untuk kita bertindak! Bukan bercakap kosong perkara-perkara remeh temeh!
Kenyataan Zana
Sistem penggunaan BM dalam Sains dan Matematik diperingkat sekolah rendah dan menegah telah digunapakai sejak sekian lama. Tetapi kita masih lagi ketinggalan.. Kenapa? Ini kerana proses penterjemahan berlaku dengan begitu lambat.. sedangkan teknologi bergerak dengan begitu pantas.. Baru hendak menterjemah satu buku seribu lagi buku BI keluar..Berjuta-juta artikel BI keluar setiap hari..
Jawab Peja
Ketinggalan? Dengan siapa kita bandingkan? Dengan US dan UK (yang BI adalah bahasa ibunda mereka). Cubalah buka minda, berapa ramai penduduk Britain dna US, dan berapa tahun kita merdeka?. Bagaimana dengan Perancis, German dan Russia (yang tidak menggunakan BI dlm Sains dan matematik).Cubalah bandingkan pula dengan Belanda (yang keluasan negaranya lebih kecil dari negeri Pahang) Ok mungkin tidak adil menggunakan Belanda sebab mereka sudah maju terlalu lama. Nah, sekarang cuba jenguk negara-negara Asia seperti Taiwan, Jepun, Korea, Thailland dan sebagainya. Adakah mereka sudah sudah lama merdeka? Tidak! Korea hampir sama tarafnya dengan Malaysia pada tahun 70-an dahulu. Thailand pun begitu juga. Taiwan? Bacalah sendiri sejarah! Jangan pula memberi alasan mudah tiada masa untuk membaca dan mengkaji kalau kita benar-benar serius demi melihat kemajuan bangsa dan negara. Dan lihatlah sendiri tahap kemajuan yang diraih oleh mereka
Negara-negara ini mempunyai rakyat yang sangat cintakan bahasa, ilmu pengetahuandan negara mereka sendiri. Malah sanggup mati pun demi cintakan tanahair. Sikap dan mentaliti rakyatnya juga jauh lebih patriotik daripada bangsa kita yang terang-terangan kebanyakan masih terjajah mindanya (captive mind ) walaupun secara fizikal kita sudah bebas merdeka.Bukti sikap dan kekuatan bekerja mereka ialah setiap tahun, puluhan ribu buku-buku asing diterjemahkan ke dalam bahasa mereka. Ya, hampir keseluruhan rakyat mereka. Bukan beberapa kerat yang bersemangat
Ia bertujuan memandaikan bangsa sendiri.
Tahukah kita, China, Iran dan Korea yang menghantar satelit ke orbit menggunakan manual dan rujukan dalam bahasa ibunda mereka.
Tulis Zana
Satu lagi kekeliruan melanda saya apabila penyokong PPSMI menentang PPSMi tapi ada kenyatan dibuat supaya belajar teknologi bangsa asing kemudian diterjemahkan dalam bahasa ibunda..Bagaimana kita hendak belajar teknologi tanpa penguasaan bahasa mereka? Baiklah.. Jawapan yang diberikan begini.. "Itu tugas pensyarah dan lecturer"
Jawab Peja
Saya agak keliru dengan ayat Bahasa Melayu baris pertama tulisan Zana. Mungkin maksud Zana begini, ‘Saya keliru dengan kenyataan penentang PPSMI’.
OK, penguasaan sains dan teknologi dapat dilakukan sekiranya kita faham PROSES DAN FENOMENA SAINS & TEKNOLOGI. DAN MESTI KITA INGAT SERTA TAHU, PROSES/FENOMENA SAINS ITU BUKAN LAH BAHASA. Cth: mana mungkin metal oxide (oksida logam), Semiconductor (Semikonduktor), impurities (bendasing), Quantum Mechanic (Mekanik Kuantum), Nanotechnology (teknologi nano), photosynthesis (fotosintesis) ini dapat ditakrifkan sebagai Bahasa Inggeris. Jelas ini adalah fenomena/proses sains. Bukan bahasa!
Untuk menerangkan proses sains ini memerlukan kemahiran berbahasa inggeris yang dikenali dengan KOMUNIKASI. Jadi kenapa dikelirukan PPSMI ini dengan kepentingan KOMUNIKASI BERBAHASA INGGERIS. Saya yakin, pada masa sekarang guru-guru English hanya diam-diam sahaja dan takut sekiranya kerajaan menghapuskan PPSMI dan mengarahkan pembelajaran BAHASA INGGERIS ini dipertingkatkan di seluruh sekolah tanpa melibatkan sains dan matematik sepertimana sejak sekian lama. Nescaya guru-guru BI ini tidak menang tangan.
Jadi tidak timbul, soal untuk menguasai SAINS DAN TEKNOLOGI dalam BAHASA APA SEKALIPUN TERMASUK BI SEKIRANYA KITA SUDAH FAHAM FENOMENA DAN PROSES SAINS ITU SENDIRI.
Tulis Zana
Dan ini juga berlaku akibat meletakkan tanggungjawag menterjemah buku kepada pensyarah dan ahli akademik sahaja.. Sedangkan tanggungjawab untuk mempercepatkan prosess ini terletak pada semua yang terlibat dalam bidang sains dalm teknologi sendiri termasuk pegawai penyelidik, pegawai sains, guru-guru dan juga penentang PPSMIsendiri.. Ada berapa buku sains yang telah diterjemahkan oleh penentang PPSMI? 100,1000,sejuta? Berapa nisbahnya dengan buku BI dipasaran. Kandungan buku yang telah diterjemah seiring tak dengan teknologi di pasaran? Jadi kalu bercakap sahaja tidak boleh digunapakai juga.Sekali lagi.. tolong la realistik.. tak boleh berhujah jer.. atau tunjukkan buku-buku orang lain saja..kena tunjukkkan keupayaan sendiri juga..lagi-lagi la kalu penentang PPSMI berlatar belakangkan Sains & tek..terjemah buku, tulis buku dulu.. Baru boleh hemtam orang lain..dan jangan letak tanggungjawab pada pensyarah saja kalu tak sanggup nak menyumbang.. bak kata sahabat kita Wani" Dah buat 10 buah buku baru cite".
Jawab Peja
Nah, satu lagi kenyataan melulu penuh dengan emosi tanpa didahulukan dengan faktor kesedaran. Setiap manusia dan lapangan pekerjaan yang diceburi tidaklah sama antara satu sama lain. Tugas ahli akademik di universiti ialah menyebarkan ilmu dalam bentuk penyelidikan, pengajaran dan menulis (terutamanya jurnal, kertas kerja konferens dan yang paling tinggi adalah buku yang menunjukkan tahap keintelektualan mereka). Suatu waktu dahulu (era 70an - 90an, proses menulis buku-buku akademik menjadi satu motivasi kepada pensyarah untuk kenaikan pangkat dan faktor kesedaran bahawa kurangnya penerbitan bermutu tinggi dalam bahasa melayu. Lantas mereka menulis dan menterjemah dengan baik walaupun bilangan pensyarah pada waktu itu tidaklah terlalu ramai berbanding era millenium ini. Jadi timbul persoalan, apakah pensyarah-pensyarah zaman kini masih lagi mempunyai motivasi dan sikap patriotik menyebarkan ilmu dan memandaikan bangsa seperti generasi terdahulu? Malah generasi dahulu serba kekurangan dari segi teknologi dan bahan rujukan. Malah buku-buku teks rujukan sains dan teknologi berbahasa melayu yang memandaikan kita selama ini sebenarnya di tulis oleh penentang PPSMI (Rujuk Persatuan Akademik, badan ikhtisas yang menentang PPSMI dalam buku MENGAPA KAMI BANTAH)
Satu lagi persoalan, apakah yang difikirkan dan bermain dalam minda pensyarah-pensyarah zaman moden. Ini hanya boleh dijawab oleh pensyarah generasi kini, apakah kemuncak tujuan hidup mereka sebagai seorang pensyarah dan pendidik. Saya tidak boleh jawab sebab saya bukan ahli akademik.
Ok, saya kini berjawatan pegawai sains yang terlibat dalam aktiviti membantu para ahli akademik dan projek penyelidikan yang mereka jalankan. Pada masa yang sama atas kesedaran untuk memajukan diri, dicuba juga untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan pengalaman dengan mendaftar sebagai pelajar lepasan ijazah walaupun separuh masa. Dan alhamdulillah, setakat ini semuanya berjalan lancar dan seluruh pelajaran dan pengajian, serta tindakan diri saya adalah bermatlamat untuk memandaikan diri sendiri dan bangsa melayu khususnya. Ditakdirkan ke Kanada, saya menangguhkan dulu pengajian buat sementara waktu. Masih belum menulis sebuah buku pun, tetapi sudah menerbitkan lebih 30 artikel sains dan teknologi berbahasa melayu yang bukan bersifat akademi. Bukan niat untuk membangga diri tetapi sebagai motivasi dan cabaran kepada yang berjawatan lebih tinggi dari pegawai sains. Untuk lebih lanjut, sila ke blog saya di www.mikronano.blogspot.com atau www.mundarmandir2.blogspot.com.
Oleh itu, cuba kita bayangkan, setiap seorang di kalangan kita menyumbang setiap apa yang difahami dan dikuasai ke dalam bahasa ibunda. Malaysia mempunyai penduduk sekitar 22 juta orang dengan pecahan berbangsa Melayu sebanyak 60 - 70%. Bagaimana sekiranya budaya ilmu, kecintaan yang tinggi terhadap ilmu pengetahuan termasuk sains dan teknologi, aktiviti membaca yang hebat serta kegiatan menulis dan menterjemah yang rancak disamping motivasi yang tinggi untuk memajukan anak bangsa dilakukan. Di samping itu, usahlah kita bercakap tanpa menggunakan akal yang waras. Bagaimana untuk menulis buku sekiranya tulisan Bahasa Melayu pun tunggang terbalik inikan pula Bahasa Inggeris. Namun pada masa yang sama masih berkeras menyatakan bahawa Tidak-Akan-Hilang-Bahasa-Melayu-Kalau-Melaksanakan-PPSMI.
Kepada penyokong PPSMI , bukalah mata seluas-luasnya. Sudah berapa banyak buku yang terhasil, sudah berapa jurnal yang kita tulis dan sudah berapa penerbitan berbahasa inggeris menerima makalah/rencana/tulisan anda. Sekiranya isu PPSMI ini difahami dari awal tanpa diputar belitkan oleh sesetengah golongan yang sempit fikirannya, sudah tentu isu PPSMI ini tidak timbul dan tiada pun golongan yang menentang.
Apa yang berlaku adalah sebaliknya. Penyokong PPSMI menyokong membuta tuli tanpa fakta, hasil kajian, pendapat cendekiawan sains dan teknologi, bahasa, budayawan dan para simpatisanwalaupun disuguh dengan bahan-bahan rujukan yang penting. Manakala penentang pula, lebih banyak menentang tanpa membuktikan sesuatu. Oleh itu saya menyahut cabaran tersebut dengan membuktikan bahasa melayu juga boleh ditulis untuk menerangkan sains dan teknologi. Maka di sinilah tugas kita yang masih muda untuk menggalas cabaran memajukan bahasa melayu, sains & teknologi dan budaya ilmu di dalam negara, Usahlah kita menganiaya pelajar-pelajar di peringkat sekecil di sekolah rendah dengan beban pengajian Sains dan Matematikdalam bahasa Inggeris yang asing bagi mereka. Tidak usahlah kita berpolemik tanpa berpijak dibumi nyata menyatakan kanak-kanak perlu diasuh menggunakan BI sebagai bahasa pengantar Sains dan Matematik. Ini semua pendapat yang tidak dapat diterima oleh ahli akademik dan sekelian pakar pun. Kalau ada buktikan!Tidak kah kita melihat satu penganiayaan yang berlaku. (sila rujuk sekali lagi hasil kajian dalam buku MENGAPA KAMI BANTAH & BERITA HARIAN:Laporan SALBIAH ANI).
Kata Zana
Bagi saya tugas pensyarah bukan sahaja menterjemahkan buku.. tapi yang paling utama menyebarkan ilmu dan juga menulis buku (berbeza tu)..sama ada dalam BM atau BI.. Jika tangungjawab diletakan pada pensyarah sahaja.. Cuba kita lihat berapa orang pensyarah sains dan teknologi,kejuruteraan, perubatan di MAlaysia.. sampai sejuta orang? di UiTM , saya kira purata Sains & Tek lebih kurang 300, eng 200, medic mungkin dalam 70shj, Jadi UITM lebih kurang tak sampai seribu pensyarah.. kita ambil everage 1000, plus UKM, UTM, USM,UPM, UIA (smua in eng), lain lain IPTA yang baru naik.. katakanlah 1000 (terjemah buku ker?).. Jumlah tak sampai pun 10 ribu pensyarah Sc and tech di malaysia. Itu belum tolak yang tak ambil bhgn untuk terjemah buku... Ada berjuta buku dipasaran.. belum kira yang tahun2 lepas. 10-20 tahun lepas (asas sc and Math, penting tu), jadi bolehkah penterjemahan berlaku sepantas pengeluaran buku-buku terkini dipasaran..
Jawab Peja
Ayat pertama saya kira sudah timbul kesedaran tugas sebagai ahli akademi, tapi masuk ayat kedua (bermula dengan tapi) sudah jadi terbalik. Kembali kepada tahap keliru sebagai seorang pensyarah. (maaf). Apakah makna menyebarkan ilmu. Adakah menyebar bermaksud dengan hanya mengajar. Apakah menulis buku akademik/buku teks/buku rujukan adalah bidang yang berlainan dengan kerjaya sebagai pensyarah. Kalau ya, anda diminta menyemak semula takrifan ahli akademik.
Di mana agaknya kedudukan kita kini kalau tiada peninggalan tulisan berupa buku untuk dirujuk dalam kehidupan seorang pelajar dan golongan pencinta ilmu. Juga hendaklah kita ingat dengan insaf dan rasa tanggungjawab, tamadun ilmu dan proses kemajuan tidak dapat lari daripada proses membaca dan menulis. Bahkan ayat pertama Al-Quran sendiri pun dimulakan dengan suruhan Tuhan kepada Nabi dan umatnya agar membaca (Iqra’). Kepentingan menulis/merekod/mendokumentasi juga dicatatkan dalam Al-Quran dalam surah Al-Qalam (Pena). Bagaimana pula sikap kita terhadap kesedaran beragama dan menghayati ajaran Islam sekiranya proses membaca dan menulis pun dipersoalkan. Jadi sekali lagi tolong jawab dengan fakta dan hujah yang bernas, jangan terlalu terikut-ikut dengan emosi keterlaluan dan hanya nampak yang di permukaan (superficial).
Tentang proses penterjemahan juga perlu difahami. Tidak semua orang mampu dan mempunyai motivasi tinggi untuk menterjemah sekiranya tidak faham PROSES/ FENOMENA SAINS YANG DI SAMPAIKAN DALAM BUKU-BUKU RUJUKAN (BI misalnya).( Fenomena Sains dan Teknologi lebih mudah difahami dalam bahasa ibunda). Selain itu, motivasi boleh diwujudkan dengan galakan dalam proses menterjemah. Ini adalah tugas kerajaan yang insaf tentang isu ini dengan memberi insentif atau dimasukkan dalam key performance index (KPI) untuk kenaikan pangkat dan sebagainya. Barulah ia akan menjadi satu budaya dan tidak mustahil boleh mengembalikan zaman kegemilangan tamadun Islam pada suatu masa dahulu. (Pusat terjemahan baitul-makmur di zaman khalifah al-makmum yang giat menterjemahkan sains dan teknologi dari Greek dan Yunani). Atau pun pusat penterjemahan Toledo, di Andalusia, Sepanyol . Paling kurang pun, jadilah macam Korea, Jepun, Peranchis dan China yang berterusan menghasilkan karya terjemahan.
Dan kita kena ingat, penterjemahan adalah usaha awal. Setelah kita dilengkapi dengan karya-karya terjemahan dan memenuhi pasaran, maka disitulah timbul untuk berkarya dengan karya tulen setelah menguasai sains dan teknologi dan ilmu bahasa itu sendiri.
Satu perkara lagi ialah penghinaan Tun M terhadap kerjaya penterjemah. (antaranya ayatnya ialah siapa yang sanggup ? dan tidak seorang pun yang sanggup menjadi penterjemah seumur hidup?), kemudian ayat ini diulang-ulang pula oleh golongan yang kurang berfikir, layaknya seperti burung kakak tua sahaja. Bercakap tanpa memahami apa yang dituturkan.
Kalau tidak dengan karya terjemahan bagaimana kita boleh faham sains dan matematik (semenjak dari sekolah rendah). Perkataan sains dan matematik (yang bukan berasal dari bahasa inggeris pun) ini pun sudah mengalami evolusi ribuan tahun dan kita sendiri mengenali istilah ini sejak di peringkat sekolah rendah. Bila akal dan pendidikan kita sudah mula maju, mulalah kita membaca karya-karya berbahasa inggeris. Tapi masih juga merujuk kamus berbahasa melayu untuk memahaminya dan bertanya guru atau pensyarah yang sememangnya kuat jatidiri mereka tentang bahasa. Setelah faham fenomena/proses sains tersebut dengan PENJELASAN DALAM BAHASA MELAYU, berani pula kita melupakan hakikat bahawa, dengan bahasa melayu inilah kita membesar, bergurau, menulis, melapor,membentang dan membaca. Maka timbullah perumpamaan Kaduk Naik Junjung.
Maka wajarkah menghina dengan mengatakan siapa yang hendak menterjemah seumur hidup? Hina dan mulia sesuatu pekerjaan bukanlah disebabkan kerjaya itu sendiri, tetapi perangai si pembuat kerja!
Selain itu, bagaimana untuk kita memahami Al-Quran kalau tidak terjemahan dan tafsirannya dalam bahasa melayu. (Ini cerita lain).
Berbalik kepada persoalan Zana. Kalau kita membandingkan jumlah pensyarah dan jumlah buku-buku rujukan BI di seluruh dunia memanglah kita jauh ketinggalan. Janganlah terlalu cepat membuat kenyataan tanpa dalil yang munasabah. Rujuklah buku MENGAPA KAMI BANTAH dan baca kajian yang dibuat dan apakah tugas sebenar sebagai ahli akademik.
Tulis Zana
Kita lihat situasi sebenar, sebelum jadi pensyarah..seandainya pengajaran dan pembelajar dilakukan dalam bahasa melayu, buku rujukan juga hanya dlm bahasa melayu. bagaimana pensyarah itu hendak menguasai teknologi asing dan kemudian sebarkan ke dalam bahasa ibunda. Pergi over sea? Terpaksa belajar semula sains dalam english? Berpatah balik ke beberapa tahun sebelumnya yang mana sudah sepatutnya berlaku? Realitinya process pembelajaran ini mengambil masa yang lama.. takkan lah diperingkat BSc atau Master baru nak belajar term sains in eng.. nak buka kamus..Bagaimana pula dengan ilmunya..bila nak dapat kalu baru mula nak buka kamus.. Ini merupakan faktor utama mengapa teknologi di MAlaysia berkembang dengan perlahan.
Jawab Peja
Ini sudah dilakukan sejak sekian lama dan mengguna pakai dasar yang sedia ada. Kemajuan yang kita nikmati pada hari ini adalah hasil kejayaan kita mengutamakan Bahasa Kebangsaan baik dalam sains, teknologi, pengajian tinggi. Hampir kesemua pensyarah sains, kejuruteraan dan komputer yang mengajar di IPT-IPT tempatan melalui proses pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa melayu di peringkat rendah, menengah dan universiti. Kemudian menyambung pengajian peringkat PhD di negara-negara asing yang kononnya kesemuanya berbahasa inggeris. (Padahal ramai juga pelajar post graduate ke Jepun, German, Perancis). Inilah masalahnya kalau fikiran kita hanya nampak UK dan US dan sebahagian besar negara berbahasa inggeris. (Majoriti katanya).
Kemudian mereka ini balik dengan penuh semangat untuk menyumbang kepada anak bangsa melalui ilmu yang diperolehinya dari negara maju tersebut untuk disesuaikan dengan suasana, kebudayaan dan bahasa ibunda.
Cepat atau lambat proses kemajuan itu adalah subjektif dan relatif, bukanlah dengan mengorbankan Bahasa Ibunda dalam sains dan teknologi. Dan tidak ada negara maju lain yang waras untuk menukarkan sistem pendidikan sains dan teknologi dalam bahasa asing kecuali Singapura, yang juga mengalami krisis identiti yang teruk (Sila rujuk BUKU MENGAPA KAMI BANTAH)
Namun sebaliknya pihak pemerintah, enggan mendengar nasihat orang yang lebih berpengetahuan, cendekiawan dan ilmuan yang menyatakan (berdasarkan pengalaman dan pengetahuan mereka) bahawa:
( Petikan dari Kertas kerja Prof Dr Yusof Hj Othman yang berjudul ’BAHASA MELAYU BAHASA ILMU, yang dibentangkan dalam Ceramah Perdana II, PELITA BAHASA pada 2 November 1999 di DBP )
Perihal dan hakikat bahasa
* bahasa jiwa bangsa
* bahasa membina budaya bangsa
* bahasa membina kaedah berfikir bangsa
* bahasa membina citra dan jatidiri bangsa dan negara
* bahasa bukan sekadar alat komunkikasi, tetapi dalam bahasa ada harga diri
* tiada satu bangsapun boleh bangun dengan citra bangsa lain
* tiada satu bangsapun yang boleh bangun dengan acuan bangsa lain
* tiada satu bangsapun yan boleh bangun dalam budaya bangsa lain
* tiada satu bangsapun boleh bangun dengan perspektif bangsa lain
* tiada satu bangsapun boleh bangun dengan cara berfikir bangsa lain
* nilai budaya terdapat dalam berbahasa
Maka Ingatlah;
* sekiranya kita tidak merancang dan berusaha memajukan bahasa kita, kita sebenarnya merancang untuk memundurkannya
* sekiranya kita tidak merancang dan berusaha membangunkan bahasa kita, kita sebenarnya merancang untuk merobohkannya
* sekiranya kita tidak merancang dan berusaha mendaulatkan bahasa kita, kita sebenarnya merancang untuk meminggirkannya
* sekiranya kita tidak merancang dan berusaha memartabatkan bahasa kita, kita sebenarnya merancang untuk menghinanya
* sekiranya kita tidak merancang dan berusaha menggunakan bahasa kita, kita sebenarnya merancang untuk menguburkannya.
Jadi di manakah kedudukan kita yang berbangsa Melayu dalam mentafsirkan kata-kata ilmuan di atas. Kalau kita mahu bantah,kemukakan hujah yang boleh melawan hujah di atas. Kalau kita tidak sanggup, hormatilah pendapat ahli akademik tulen ini. Bukanlah dengan menghujah tanpa waras.
Tulis Zana
Terus terang saya katakan.. hampir 98% ilmu saya didada yang tak seberapa ni saya dapat dari buku BI. Saya tak tahu la ex student Mat Sc lain.. Mungkin baca buku BM jer kot. Bukan beerti saya tak suka baca buku BM, saya tak nafikan buku Sc Bhn jld I &II banyak membantu,tapi tak cukup dan tidak boleh berharap buku BM shja. Dan terus terang saya katakan begitu sukar membaca buku dlm BI di permulaan Degree dulu.. Merangkak-rangkak..Jadi terpaksa membuka kamus setiap kali membuat rujukan. dan saya rasa proses mengaut ilmu menjadi sangat perlahan disebabkan tiada asas Sains & mat dalam BI. Dan kadang-kadang naik bosan, Satu buku eng pun susah nak habis.. Tidak nampakkah masalah yang melanda institusi pengajian kita? Ataupun itu hanya masalah saya sahaja?Kalau sistem membuka kamus untuk belajar sains & matematik dlm Bi dimulakan seawal sekolah rendah dan menegah.. saya tidak nampak masalah ini akan berlaku di peringkat yang lebih tinggi. DAn yang paling penting Sains dan teknologi dapat dikuasai dengan mudah..
Jawab Peja
Ini kenyataan peribadi. Sekiranya kita mempunyai kelemahan peribadi untuk menguasai bahasa inggeris, kita tidak boleh menjadikan alasan tersebut untuk menyokong PPSMI yang impaknya lebih mundur ke belakang ( SEKALI LAGI SILA MERUJUK FAKTA) .Kenyataan peribadi juga tidak boleh dijadikan hujah ampuh untuk melawan kajian yang dijalankan oleh pakar. (sudah banyak kali diulang, tapi tiada yang ingin mengambil peduli)
Proses belajar mendapatkan ilmu bukanlah suatu yang mudah. Ya, kamus adalah rujukan utama. Di China, Jepun, Korea juga mereka masih mempertingkatkan pengajian bahasa inggeris. Tapibukan dengan pelaksanaan PPSMI di negara mereka. Jadi bahasa inggeris lah yang perlu dipertingkat. Pelaksanaan BI untuk Sains dan Matematik tidak mempercepat/melajukan kita menjadi negara maju. Ini berkait rapat dengan soal BUDAYA ILMU, SIKAP, JATIDIRI, MOTIVASI, KESEDARAN, PENGETAHUAN AM kita dan apa-apa sahaja yang sepertinya. Bukan isu pelaksanaan PPSMI itu sendiri.
Untuk mengetahui mengapa kita dan negara-negara membangun terutamanya negara islam masih ketinggalan dalam bidang sains dan teknologi, memerlukan wacana dan entri yang lain. DI sini saya hanya ingin menjawab tulisan Zana satu persatu.
Tulis Zana
Jadi para penyokong PPSMI harus sedar bahawa PPSMI akan meningkatkan kemajuan bukan sebaliknya. Saya juga menbantah bila penyokong PPSMI berpendapat bahawa BM akan terhapus bila PPSMI dilaksanakan.. Ini kerana banyak matapelajaran lain diajar dalam bahasa Malaysia, waktu BM itu sendiri lebih banyak dalan jadual P&P di sekolah-sekolah, Sejarah, Geografi, Pendidikan Islam, malah moral juga di ajar dalam bahasa malaysia. Jadi tidak timbul soal BM akan terhapus. Komunikasi kita seharian juga tetap dalam bahasa malaysia.. Cuma bila berkaitan kajian sainstifik, teknologi dan matematik di lakukan dalam BI..Jadi fikir-fikirkanlah semua..
Jawab Peja
Perlukah dijawab kenyataan peribadi beremosi dan gopoh gapah ini sekali lagi. Gopoh kerana ayat bahasa melayunya tidak betul, sepatutnya penyokong PPSMI diganti dengan penentang PPSMI. Sila lah Bertenang! Ini isu penting yang perlu ditangani dengan teliti, dengan pembacaan, kesedaran dan insaf tentang tanggungjawab sebagai profesional muda seperti kita. Tidak ada masalah untuk menyokong, tapi sokonglah dengan fakta. Ambil lah pendapat ahli-ahli akademi dan tokoh-tokoh yang menentang isu ini. Menentang menggunakan perasaan dan fikiran kita sendiri mungkin tidak tepat. Kita sendiri bukan lah semuanya betul dan mempunyai sentiasa ada kelemahan. Untuk mengatasi kelemahan tersebut, merujuklah dengan yang arif tentang isu tersebut.
p/s Zana
Sebelum kita menyalahkan, merendahkan dan memperlekehkan orang lain, cuba lihat diri sendiri sama ada kita sudah berbuat sesuatu untuk menyumbang kepada pembangunan bangsa dan negara atau tidak!!!
p/s Peja
Seperti yang saya jawab telah jawab di atas tadi, ukurlah baju di badan sendiri. Menyumbanglah kepada bangsa dan negara mengikut kemampuan dan keupayaan tanpa berhenti berusaha untuk memajukan diri. Apabila saya belajar, bekerja, menulis atau mencatat, saya cuba beriltizam dan bertekad untuk merubah nasib diri, keluarga, sahabat-sahabat, bangsa dan tanah air menggunakan citra dan jatidiri yang wujud dalam kemuliaan bangsa saya iaitu Bahasa Melayu yang indah. Saya tidak memandang rendah dan mengeji Bahasa Inggeris, malah bahasa inggeris jugalah yang menjadi rujukan dan bahan bacaan yang baik selain buku-buku dan tulisan berbahasa melayu yang telah muncul selama 30 tahun saya hidup di dunia ini. Dengan bahasa inggeris jugalah saya mempunyai kenalan di kalangan bangsa asing, berkomunikasi (walaupun belum fasih sepenuhnya), kadang-kadang berjenaka dengan mereka tanpa melupakan jatidiri sebagai Anak Melayu Malaysia yang berasal dari kampung terpencil di Terengganu.
Menyumbanglah dengan kemahiran, kebolehan dan pengetahuan yang kita ada. Saya sedikit sebanyak menulis rencana sains dan teknologi (yang bukan bersifat akademi) di dalam majalah-majalah sains dan teknologi yang ada di Malaysia seperti Dewan Kosmik terbitan DBPdan Estidotmy terbitan Utusan- Akademi Sains Malaysia. Sekurang-kurangnya 2 majalah/ akhbarini di langgan oleh beberapa buah sekolah di Negeri tempat kelahiran saya. Tidak lah banyak sumbangan tersebut, dan masih jauh lagi perjalanan kita. Namun inilah tekad saya dan tekad yang perlu ada di kalangan kita yang sedar akan pentingnya Sains, Teknologi, Bahasa dan Budaya Bangsa kita. Dengan inilah kita akan cuba memajukan negara yang terletak di bahu kita menggantikan generasi lama yang semakin hari semakin meninggalkan kita.
Terjawab kah persoalan?
p/s/s: Maafkan saya sekiranya ada kenyataan-kenyataan yang menyebabkan anda berkecil hati. Kerana kadang-kadang kita perlu juga disedarkan dari tidur yang panjang.
Sekian terima kasih
Marilah kita menghidupkan Komuniti Sains di Malaysia dengan tekad untuk memandaikan bangsa Mulakan dengan langkah pertama! Insyaallah kejayaan akan menyusul!
DBP sebelum ini pernah menerbitkan kamus-kamus istilah sains dan teknologi , termasuk kamus istilah kejuruteraan yang dianggarkan mempunyai lebih 50,000 istilah-istilah sains yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu.
Selepas kerajaan menghentikan bantuan dana penterjemahan kepada DBP, jumlah istilah-istilah sains ini tidak berkembang dan statik sahaja bilangannya. Lebih malang, selepas dasar PPSMI dilaksanakan, pensyarah-pensyarah Melayu hilang semangat untuk melakukan kerja-kerja penterjemahan, kecuali sedikit sahaja yang masih insaf akan nasib Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. [Sila rujuk senarai buku teks yang diterbitkan oleh penerbit-penerbit Universiti di Malaysia setiap tahun dan di laman web DBP].
Karya terjemahan fizik nukleus berbahasa ibunda terbitan DBP
Jadi dimana silapnya. Adakah silap pensyarah atau pun silap pemerintah. Dan apakah tugas kita untuk mengembalikan kegemilangan berkarya dalam bahasa ibunda? Kita tidak boleh bertindak sendirian, dan perlu ada satu gerakan dan pertubuhan yang kuat untuk mendesak kerajaan supaya mengembalikan semula bantuan dan dana penterjemahan kepada DBP bagi meningkatkan semula penerbitan dalam BM. Salah satu gelombang besar yang sedang dilakukan ialah menubuhkan Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP).
Pada masa kini, jumlah pensyarah dan pakar-pakar sains berbangsa melayu meningkat dengan mendadak berbanding era 80 an dan 90 an, tapi kurang dalam menulis dan menyebarkan ilmu. Kenapa?
Kitalah yang perlu menjawab persoalan ini!
Fakta-fakta di atas perlu dirujuk di dalam buku MENGAPA KAMI BANTAH dan laman web yang disebutkan di atas.
Artikel Nanotiub Karbon (CNT) yang tersiar di Dewan Kosmik pada Mei 2007. Antara rujukan untuk menulis artikel ini ialah Prof aku sendiri, Yadi dan kamus di atas.
Salah satu buku teks komputer Berbahasa Melayu terbitan UTM
p/s: Oleh itu, kita kautlah sebanyak mungkin ilmu sains dan teknologi dalam bahasa apa sekalipun termasuk BI, kemudian berkarya, menulis, menyelidik, mencipta dan menyebarkan ilmu dalam bahasa ibunda. Semua pihak beruntung dan langsung tiada isu PPSMI berbangkit
[ Saya terpaksa simpan dahulu entri terbaru yang berjudul 'Golongan Celaka yang Menyokong PPSMI" (yang entah dari siapa) disebabkan pengirim entry ini tidak berani bertanggungjawab menyiarkan nama sebenar. Selain itu, bahasa yang digunakan dalam entry tersebut (yg dipercayai dari http://www.tranungkite.net) bukanlah amalan bangsa melayu yang baik..Copy dan paste dibenarkan, tapi tonjolkan nama pengirim entry sebenar..Jadilah blogger yang bertanggunjawab demi persahabatan sesama ahli Kelab Sains Bahan 2001. Ketepikan emosi dan amarah..berhujahlah demi ilmu dan niat yang baik...~peja~ ]
Marilah sama-sama kita bantu para penyokong PPSMI ini menyusun ayat dan kata-kata. Menunggu mereka ini menulis satu entri yang baik bagi bagi membahaskan kenapa mereka menyokong PPSMI ibarat menunggu kucing bertanduk. Paling terdesak, hujah Tun Mahathir juga yang dianggap paling munasabah dan dikutip tanpa usul periksa. Paling sedih, hujah-hujah dari blogger yang tidak ketahuan asal usulnya juga diambil (mimpi916,amirhamzah, im nobody ?).
Apakah ini budaya ilmu yang ingin diterapkan dalam masyarakat? Apakah sudah kita lupa saranan agama supaya bertanya kepada yang ahlinya tentang sesuatu perkara yang kita sendiri tidak jelas?
Sehingga sekarang, satu hujah yang bernas dan diambil dari golongan 'pakar' penyokong PPSMI belum lagi muncul diblog Sains Bahan01 (yang terdiri daripada golongan profesional muda melayu di kalangan ahlinya yang aktif) baik dalam BAHASA MELAYU YANG BAIK MAHUPUN BAHASA INGGERIS (yang kononnya bahasa ilmu paling hebat). Sememangnya sukar untuk mencari TOKOH dan PAKAR penyokong PPSMI ini, sebab golongan yang tahu dan insaf akan bahana dan bahaya PPSMI ini awal-awal akan menolaknya.
Tujuan ditulis kenyataan ini adalah supaya sama-sama kita faham dan ringkaskan isu PPSMI yang kebanyakan para penentangnya terdiri daripada ilmuan yang tidak tersilau dengan cahaya kemajuan ’superficial’ dari barat yang diagung-agungkan itu. Berdebat di shoutbox boleh mengeruhkan lagi keadaan. Saya memilih untuk menulis entri agar dapat belajar meningkatkan kemahiran merujuk, menulis, berhujah dan berdebat sesuai dengan tuntutan peningkatan budaya ilmu yang jelas kaum kita memang agak terkebelakang. Ya, sudah tentu selepas ini akan ada yang akan skeptikal dengan tujuan baik ini. Tapi apa boleh buat, kebenaran harus ditegakkan juga!
Setakat ini, dari pengamatan saya dari jauh, yang masih cetek ilmu pengetahuan dan sedang mencari-cari kebenaran (mudah-mudahan Tuhan memberi pedoman dan mempermudahkan urusan ) antara hujah terkuat penyokong PPSMI ialah :
Jika menggunakan BI, maka segala ilmu sains, matematik, teknologi (nanoteknologi), kejuruteraan akan dapat dikuasai dengan pantas.
Jika menggunakan BI, serampang dua mata digunakan iaitu pertama dapat menguasai BI dengan baik, dan yang kedua kita dapat menguasai Sains dan Matematik yang menjadi ukuran kepada kemajuan dunia pada masa kini.
Dengan menggunakan BI, ia akan lebih mencerdikkan kita oleh kerana segala ilmu sains dan matematik itu terkumpul di dalam Bahasa Inggeris.
Jesteru itu, faedah besar dan POSITIFnya PPSMI ini lagi, ujar penyokong PPSMI ialah, akan dapat meningkatkan mutu sistem pendidikan kita diperingkat antarabangsa dan dalam negeri. Kononnya lah! (Tapi kelihatan sebaliknya yang berlaku )
Akhir sekali, dengan pelaksaan dasar PPSMI ini, Malaysia akan menjadi negara maju, pengeluar, penyumbang teknologi, dan menghasilkan tokoh-tokoh sains yang hebat lantas penerima HADIAH NOBEL pada tahun 2020 nanti atau akan datang. Maka berduyun-duyunlah orang luar negara akan datang berkunjung ke Malaysia menuntut ilmu sains teknologi.
SOALAN UNTUK DIFIKIRKAN BERSAMA:
ADAKAH PENDAPAT DI ATAS INI MASUK AKAL DAN MUNASABAH?
KALAU BETUL, APA BUKTINYA?
APAKAH YANG MENYEBABKAN SESEBUAH NEGARA ITU MAJU?
ADAKAH MASALAH BAHASA YANG MENYEBABKAN KEMUNDURAN SESUATU BANGSA?
KAEDAH 'CUBA JAYA' TIDAK BOLEH DIGUNAKAN DALAM MELAKSANAKAN PPSMI YANG JELAS MENGORBANKAN BANYAK PIHAK DAN GENERASI!
Blog ni diwujudkan untuk geng2 sains bahan seMalaya (especially from UKM batch 1998-2001) untuk berkongsi maklumat tentang apa sahaja yang terlintas di kepala. Idea utk create blog ni, datang dari MAZLAN..aku (peja) tukang buat jer..hehehe..tapi dia yang paling x aktif..pening aku..huhu!
Selain tu, blog ni bertujuan untuk 'keep in touch' sesama rakan Sains Bahan yang dulu2 mcm malu2 kucing..hehe dan juga untuk update apa2 news berkenaan Materials Science so on n so forth..ok takat ni dulu...
till then.... adioss
Opss..Program Sains Bahan UKM pun ada facebook.. Sila join ramai ramai..