Memaparkan catatan dengan label Selingan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Selingan. Papar semua catatan

Sabtu, 19 September 2009

Budaya Kuota dan Bodek di Universiti

Tajuk di atas diubah sedikit dari tajuk asal yang berjudul Budaya Kerja Universiti Patut diubah oleh Dato' Salleh Majid

Untuk renungan bersama

TERLEBIH dahulu saya mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada semua pembaca. Maafkan saya sekiranya ada kata-kata saya yang terkasar, kurang sedap dibaca dan menyinggung perasaan sesiapa saja.

Berita dua orang pensyarah universiti kita, UPM, didapati melakukan ciplak tentang sebuah buku bertajuk "Writing an Effective Resume" sungguh mengecewakan. Tidak hairanlah kalau ramai pelajar universiti hari ini dikatakan gemar "potong dan tampal" apabila dikehendaki menyiapkan projek kuliah.

Sudahlah kedudukan kita di kalangan universiti di dunia semakin jatuh, berita penciplak di kalangan tenaga pengajar universiti kita akan memburukkan lagi keadaan yang sudah buruk. Saya difahamkan di sebuah universiti yang baru, tenaga pengajar yang menciplak bahan ini menjadi-jadi.

Seorang pengarang akhbar terkenal di Malaysia mengatakan terjumpa suatu surat dalam bahasa Inggeris daripada Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan berkenaan H1N1 yang penuh dengan ejaan yang salah dan nahu yang tidak betul.

Apabila disampaikan kepada pengetahuan Ketua Pengarah itu sendiri barulah diperbetulkan. Semua orang tahu penggunaan bahasa Inggeris Tan Sri Ismail Merican itu ditahap terbaik dan surat itu telah dirangka oleh pegawai beliau. Itulah contoh tentang penguasaan bahasa mereka yang lulus universiti dan berpangkat pegawai.

Pengarang itu seterusnya mengatakan bagaimana pelajar yang mengikuti jurusan kewartawanan diajar oleh mereka yang tidak ada pengalaman dalam bidang kewartawanan langsung. Beliau mengatakan dari segi kedudukan universiti-universiti kita di kalangan universiti di dunia tidak ke mana. Walaupun asas menentukan kedudukan ini boleh dibahaskan, hakikatnya sama ada kita mengakui ada kemerosotan atau tidak.

Sekiranya diakui ada kemerosotan di universiti kita, sesuatu tindakan drastik perlu dilakukan. Suatu "overhaul" universiti-universiti kita perlu dilakukan. Pertama sekali dari segi kualiti tenaga pengajar.

Amalan sekarang ini ialah apa yang dikatakan amalan "inbreeding". Di kebanyakan universiti kita tenaga pengajar tiada pengalaman praktikal berbanding di negara-negara lain yang mana usaha dijalankan untuk menarik mereka yang berpengalaman walaupun secara separuh masa. Pelajar-pelajar pula dibebankan dengan jam kredit yang berat, dengan sendirinya meletakkan beban kepada tenaga pengajar.

Di salah sebuah universiti yang saya tahu secara purata tenaga pengajar mengajar sebanyak 15 sehingga 18 jam seminggu. Pada masa bilakah pensyarah-pensyarah ini mempunyai masa untuk melakukan penyelidikan dan kajian dan menerbitkan buku dan menulis artikel. Kata-kata hikmah di universiti-universiti terkenal di dunia ialah "Publish or Perish" (terbit atau disingkir) tetapi tidak di universiti-universiti kita.

Kenaikan pangkat lebih banyak bergantung kepada pertalian seseorang dengan seseorang, misalnya daripada Profesor Madya kepada Profesor. Banyak "ketakjuban organisasi" (organizational intrigue) berlaku di universiti-universiti sehinggakan orang yang layak tidak dapat kenaikan pangkat sebaliknya mereka yang "mengikut kata" yang untung. Cemburu dan dengki dan sikap perkauman sudah menjadi kelaziman.

Di salah sebuah universiti tempatan, seorang bekas ahli korporat yang banyak pengalaman industri pada mulanya dijanjikan jawatan Ketua Eksekutif sebuah syarikat induk milik universiti berkenaan. Disebabkan tentangan pegawai-pegawai atasan terhadap pelantikan beliau, perkara itu senyap begitu saja.

Ketua jabatan kepada sesuatu Fakulti di universiti lazimnya diketuai oleh Dekan yang dilantik - selalunya selama dua tahun. Apalah yang boleh seseorang itu lakukan dalam masa dua tahun? Kalau nasib dia baik jawatan dia akan disambung dua tahun lagi. Sambungan kali kedua itu akan meresahkan beberapa orang lagi yang juga tidak sabar menjawat jawatan tersebut.

Tetapi kalau naib canselor sampai tiga atau empat perbaharui kontrak pun tidak mengapa kerana dia bijak mengatur "strategi" dan mengambil hati orang-orang tertentu untuk kekal di jawatan itu. Apakah Indeks Prestasi Utama (KPI) yang digunakan untuk mewajarkan kenaikan pangkat atau penyambungan kontrak sesuatu jawatan?

Kita sudah sampai ke tahap terlalu banyak universiti. Banyak jurusan yang sama kecuali universiti khusus untuk sesuatu bidang seperti Multimedia, Telekom, Petronas. Disebabkan wujudnya universiti pengkhususan ini, mereka yang keluar daripada universiti lain yang bidangnya secucuk dengan bidang yang ditawarkan oleh universiti khusus, peluang mendapat kerja agak terhad.

Nampak macam ada ketidakpadanan antara permintaan dan bekalan. Universiti-universiti wajar mengamalkan konsep memenuhi keperluan industri dan negara, bukan kemampuan mengeluarkan lulusan apa jua bidang. Misalnya beribu-ribu siswazah dalam bidang Sumber Manusia yang keluar setiap tahun. Lepas lulus tak tahu hendak ke mana.

Perbincangan pemadanan antara keperluan industri dan kemampuan universiti-universiti ini perlu dilakukan supaya kurikulum boleh dibentuk mengikut kehendak industri. Mungkin sambutan daripada pihak swasta untuk berbincang agak dingin, pihak Kementerian berkenaan patut mengatur pertemuan dan perbincangan ini.

Saya pernah dijemput untuk menjadi ahli panel penasihat fakulti sebuah universiti bersama-sama beberapa orang tokoh korporat yang lain. Sekali saja kami bertemu iaitu untuk bergambar beramai-ramai selepas itu tidak ada langsung mesyuarat.

Begitu juga pelantikan selaku profesor adjung di dua universiti. Yang satu panggil dua kali yang satu lagi sekali. Langkah "hangat-hangat tahi ayam" ini memang merupakan suatu ciri kebiasaan terutama sekali kalau yang menjemput tidak lagi menjawat jawatan yang membolehkan beliau menjemput orang luar selaku ahli panel penasihat dan profesor jemputan.

Pengalaman peribadi saya selepas mula-mula berkhidmat diawal kerjaya saya selaku pensyarah dan dekan, kemudian menyertai sektor swasta hampir 30 tahun dan balik ke bidang akademik ialah pelajar-pelajar yang saya temui selepas 30 tahun, standard mereka lebih teruk daripada tahun-tahun 1970-an dulu. Ramai yang tidak mampu bertutur dan menulis dengan baik dalam bahasa Inggeris.

Dalam suatu ayat sepenuhnya atau apabila diberikan tugas dalam bahasa Inggeris dijawab dalam bahasa Melayu. Ada juga yang menggunakan bahasa SMS! Tidak kurang juga yang menciplak jawapan rakan mereka dan mengubah satu dua perkataan dengan sangkaan guru tidak tahu. Betapakah salah sangkaan mereka.

Saya tidak mahu mengatakan keadaan ini berlaku di semua universiti tetapi melihat daripada angka pengangguran di kalangan siswazah tentu kajian yang pernah dijalankan oleh Unit Perancang Ekonomi dalam tahun 2005 dulu tentang faktor-faktor yang menyebabkan ramai pelajar menganggur boleh dikaitkan.

DATO' SALLEH MAJID ialah bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia)


~peja~

Ahad, 1 Februari 2009

Rencana Nano:Estidotmy Januari 2009



Kat atas aku tulis satu rencana untuk sisipan majalah estidotmy yang dah terbit dalam Utusan Malaysia khamis lepas. Saja-saja gatal tangan untuk memperkayakan penerbitan berbahasa melayu tentang sains dan teknologi selain sebagai sumbangan kecil dalam usaha menentang PPSMI.

So..opss (oleh yang demikian..hehe) kepada rakan-rakan yang ada projek-projek kecil ala-ala terjemahan ke, penulisan atau apa-apa jer lah yang berkaitan dengan menulis, membaca, buku, majalah, akhbar dan lain-lain yang berbentuk tulisan boleh lah 'pass-pass kat aku..Maklumlah, jobless beb..hehehhe!

~peja~
Canada

(status: tengah baca buku Gideon's Spies: The Secret History of Mossad by Gordon Thomas)

p/s: JANGAN LUPA PROGRAM BOIKOT KITA..BOIKOT SAMPAI BILA-BILA HINGGALAH ISRAEL 'SURRENDER'!

AYUH!!

Isnin, 29 Disember 2008

Buku & blog


Gambar buku dari blog INI

Buku ini ditulis oleh Prof Dr Wan Zawawi dan Jun E .Tan
Kajian yang dibuat oleh dua penulis ini adalah berkenaan dengan 'trend' membaca dan menulis blog di kalangan rakyat Malaysia..Antara hasil kajian tersebut yang dibuat pada tahun 2006 ialah:

1. Majoriti pembaca blog di Malaysia ialah di kalangan umur 19 - 28 tahun yang membentuk 80% dari segi peratusan keseluruhan

2. Selain KL dans ekitar lembah Klang, bilangan Pembaca blog dari Sarawak melebihi pembaca dari P Pinang

3. Pembaca dari kalangan wanita sebanyak 44%

4. Pecahan pembaca mengikut kaum

78% Cina

19% Melayu
2% India
1% lain-lain

Selepas PRU-12 baru baru ini semua orang heboh mengenai blog dan peranannya yang mengubah persepsi warga Malaysia tentang kempen pilihanraya..

Agak-agaknya bangsa manakah yang benar-benar memanfaatkan blog..Hmm..
Renung-renungkan..

p/s: Aku belum pun baca lagi buku ini..cuma merujuk apa yang ditulis oleh Prof Emeritus Abdullah Hassan , Pengarah Institut Peradaban Melayu UPSI

p/s/s..Sesiapa yang sudi menderma buku ini kat aku di Montreal ni, silalah berbuat demikian yer..heheh!!

Sabtu, 15 November 2008

From Canada with love..hehe!

awat senyap sunyi je blog sains bahan nih...alo aloo!



Isnin, 20 Oktober 2008

Buku dan Peristiwa



"Anggota keselamatan tidak perlu takut pada aku. Sepanjang di hutan sebiji peluru dan sebutir bom di tanganku tidak pernah meletup dan membunuh mereka. Sebaliknya akulah yang dihujani peluru-peluru anggota keselamatan"

Petikan dari buku di atas!

#########################################################

Hari ini akhbar melaporkan kematian Shamsiah Fakeh. Tak ramai di kalangan kita yang tahu mengenai beliau sebagai seorang bekas pemimpin Parti Komunis Malaya suatu masa dahulu yang berjuang di dalam hutan sehingga terbuang ke China sejak sekian lama. Kemudian ditawarkan pulang ke Malaysia pada tahun 1994. Membaca buku ini mengubah persepsi kita generasi muda tentang tokoh-tokoh kemerdekaan yang dipadamkan dalam buku-buku sejarah.

Kepada yang berminat selamat membaca. Buku ini dijual di merata tempat selepas diharamkan penerbitannya di UKM pada tahun 2004 if x silap. Aku berkesempatan membacanya 3 tahun lepas edisi merah sebelum diterbitkan edisi baru kaler hijau.

~peja~

Khamis, 16 Oktober 2008

Rasuah ahli akademik ( bahaya )


Bekas dekan UiTM dipenjara 3 tahun, denda RM10,000




SHAH ALAM 15 Okt. - Bekas Dekan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Datuk Md. Saberi Md. Salleh (gambar) dihukum penjara tiga tahun dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan memperakui invois pembekalan peralatan sukan palsu bernilai RM138,600, sembilan tahun lalu.

Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof turut menjatuhkan hukuman yang sama ke atas pemilik syarikat pembekal peralatan sukan, Zaleha Abdul Rahman, 48, atas kesalahan bersubahat mengeluarkan invois tersebut.

"Mahkamah mengambil kira sumbangan yang telah diberikan oleh Md. Saberi kepada negara dan UiTM, sementara Zaleha pula pesalah pertama serta mempunyai masalah kesihatan.

"Bagaimanapun, mahkamah perlu mengambil kira bahawa kesalahan yang dilakukan membabitkan penyelewengan dana awam dan ia menjejaskan integriti institusi awam serta sebagai penjawat awam yang diberi amanah,'' katanya.

Beliau bagaimanapun membenarkan hukuman penjara ke atas kedua-dua tertuduh yang sepatutnya berkuatkuasa hari ini ditangguhkan sehingga rayuan selesai.

Sementara denda diperintahkan dibayar hari ini bagi mengelakkan mereka dipenjara tiga bulan lagi sekiranya gagal berbuat demikian.

Zabariah turut mengarahkan Md. Saberi dan Zaleha yang sebelum ini masing-masing dijamin sebanyak RM5,000 dan RM7,000 mengemukakan wang jaminan tambahan sebanyak RM10,000.

Md. Saberi, 56, yang berkot biru gelap dilihat tenang dan sempat bergurau dengan media semasa ditanya perkembangan terkini tentang kerjayanya semasa mahkamah berehat.

Mengikut pertuduhan pindaan, Md. Saberi didakwa memalsukan dokumen pengakuan penerimaan barangan bertarikh 24 Mac 1999 dengan memperakui bahawa Multi Joint 2 AP berharga RM138,600 telah diterima dalam keadaan memuaskan sedangkan ia tidak dibekalkan.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM di sini antara 24 Mac dan 2 April 1999.

Kedua-duanya didakwa mengikut Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575) dibaca bersama Seksyen 20(1)(c) akta yang sama.

Jika disabitkan kesalahan, mereka boleh dihukum di bawah Seksyen 16 Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda sehingga RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan atau mana-mana yang lebih tinggi.

Terdahulu, peguam Mohd Ismail Mohamad yang mewakili Md. Saberi memohon hukuman ringan dengan alasan anak guamnya merupakan tokoh terkenal dan merupakan Grand Master dalam Persekutuan Taekwando Antarabangsa (IFTA) serta banyak memberi sumbangan kepada negara melalui sukan tersebut.

Katanya, Md. Saberi juga merupakan pengasas Fakulti Sains Sukan Dan Rekreasi UiTM selain beliau tidak memperolehi apa-apa keuntungan melalui kesalahan tersebut.

Peguam Salim Bashir yang mewakili Zaleha pula merayu agar anak guamnya tidak dipenjara dengan alasan dia hanya manusia biasa yang telah terdorong untuk melakukan perbuatan bertentangan undang-undang akibat sikap tamak.

Menurut beliau, Zaleha yang mengidap diabetes tahap kronik juga terpaksa menutup perniagaan yang telah diusahakan selama 10 tahun sekiranya dipenjara.

Pendakwaan diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya dari Badan Pencegah Rasuah (BPR), Mohd. Josiendra Abu Senin.

SUMBER

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Siapa Datuk Dr Sabree Salleh?

GRAND MASTER DATO’ DR. PROFESSOR SABREE SALLEH DSSA,DPMT,AMN,PJC,PJK,DSM,LA, ORDER OF FRIENDSHIP (DPR KOREA) 9TH. DEGREE BLACK BELT FOUNDER OF THE MALAYSIAN TAEKWON-DO FEDERATION (MTF) FOUNDER OF THE MALAYSIAN INTERNATIONAL TAEKWON-DO FEDERATION (MITF) FOUNDER OF ASIA-PACIFIC TAEKWON-DO FEDERATION (APTF) FOUNDER OF THE MALAYSIAN GLOBAL TAEKWON-DO FEDERATION (MGTF) SABREE’S TAEKWON-DO ACADEMY (STA)

Untuk lebih detail pasal taekwondo, sila tanya YOE

~peja~