Selasa, 7 April 2009

Lagi Fakta Untuk Kita renungkan

Kamus terbitan DBP

DBP sebelum ini pernah menerbitkan kamus-kamus istilah sains dan teknologi , termasuk kamus istilah kejuruteraan yang dianggarkan mempunyai lebih 50,000 istilah-istilah sains yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu.

Selepas kerajaan menghentikan bantuan dana penterjemahan kepada DBP, jumlah istilah-istilah sains ini tidak berkembang dan statik sahaja bilangannya. Lebih malang, selepas dasar PPSMI dilaksanakan, pensyarah-pensyarah Melayu hilang semangat untuk melakukan kerja-kerja penterjemahan, kecuali sedikit sahaja yang masih insaf akan nasib Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. [Sila rujuk senarai buku teks yang diterbitkan oleh penerbit-penerbit Universiti di Malaysia setiap tahun dan di laman web DBP].

Karya terjemahan fizik nukleus berbahasa ibunda terbitan DBP

Jadi dimana silapnya. Adakah silap pensyarah atau pun silap pemerintah. Dan apakah tugas kita untuk mengembalikan kegemilangan berkarya dalam bahasa ibunda? Kita tidak boleh bertindak sendirian, dan perlu ada satu gerakan dan pertubuhan yang kuat untuk mendesak kerajaan supaya mengembalikan semula bantuan dan dana penterjemahan kepada DBP bagi meningkatkan semula penerbitan dalam BM. Salah satu gelombang besar yang sedang dilakukan ialah menubuhkan Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP).

Pada masa kini, jumlah pensyarah dan pakar-pakar sains berbangsa melayu meningkat dengan mendadak berbanding era 80 an dan 90 an, tapi kurang dalam menulis dan menyebarkan ilmu. Kenapa?

Kitalah yang perlu menjawab persoalan ini!

Fakta-fakta di atas perlu dirujuk di dalam buku MENGAPA KAMI BANTAH dan laman web yang disebutkan di atas.


Artikel Nanotiub Karbon (CNT) yang tersiar di Dewan Kosmik pada Mei 2007. Antara rujukan untuk menulis artikel ini ialah Prof aku sendiri, Yadi dan kamus di atas.

Salah satu buku teks komputer Berbahasa Melayu terbitan UTM

p/s: Oleh itu, kita kautlah sebanyak mungkin ilmu sains dan teknologi dalam bahasa apa sekalipun termasuk BI, kemudian berkarya, menulis, menyelidik, mencipta dan menyebarkan ilmu dalam bahasa ibunda. Semua pihak beruntung dan langsung tiada isu PPSMI berbangkit

~peja~

FIKIR SEJENAK


dipetik dari kelabchedet.com

Kempen anti-PPSMI ke Bkt Gantang, Bkt Selambau
Kiriman pada Tuesday, March 10 @ 06:42:45 EDT oleh obey_one

keisidi menulis "Setelah berjaya mengadakan demonstrasi besar, Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) akan melebarkan kempennya bagi menjelaskan pendiriannya membantah dasar kontroversi itu di dua pilihanraya kecil bermula hujung bulan ini.

Setiausaha gabungan itu Hasni Abas berkata ia akan turut serta dalam kempen di kawasan parlimen Bukit Gantang, Perak dan DUN Bukit Selambau, Kedah bagi terus menentang dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Dua pilihanraya itu - yang diadakan serentak dengan DUN Batang Ai di Sarawak - berlangsung antara 29 Mac hingga 7 April.

Gabungan itu pernah berkempen ketika berlangsung pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu, Januari lalu.

Mereka menabur kira-kira 50,000 risalah yang menyifatkan PPSMI sebagai satu "pengkhianatan" terhadap bangsa dan negara.

Kira-kira 8,000 aktivis bahasa, sasterawan Melayu dan penyokong pembangkang berarak ke Istana Negara dari Masjid Negara petang Sabtu lalu dalam usaha menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

Tindakan mereka melanggar arahan polis - yang membenarkan mereka berhimpun di masjid berkenaan sahaja dan melarang sebarang perarakan - kemudian didakwa akibat didalangi parti-parti pembangkang.

Mengulas perkara tersebut, Hasni berkata "isu dalang tidak timbul" kerana GMP memang turut disertai oleh barisan aktivis bahasa, NGO dan parti-parti politik.

Bercakap dalam satu sidang media di Rumah PENA, Kuala Lumpur hari ini, beliau mengulas penafian pengerusi GMP Datuk Dr Hassan Ahmad semalam.



Nota: Nota : Apakah tujuan GMP mahu membawa kempen anti PPSMI ke Bukit Gantang dan Bukit Selambau? Apakah matlamat mereka? Yang pasti GMP memang sah didalangi parti pembangkang dan tujuan utama mereka ke sana ialah untuk mengalahkan BN dan bukan sebagai pejuang bangsa seperti yang dilaung-laungkan. Sekiranya GMP ikhlas dalam perjuangan mereka, mereka tidak akan membabitkan diri mereka dengan pilihanraya.Dah nyata lagi jelas, ia bermotifkan politik, bukan bahasa."

ambo:cuba fikir sejenak , apakah matlamat sebenar penentang PPSMI ini ? Terpulang kepada penilaian masing2




ambo

Berhujahlah dengan ilmu pengetahuan, bukan 'perasaan' dan 'perasan' sahaja!

[ Saya terpaksa simpan dahulu entri terbaru yang berjudul 'Golongan Celaka yang Menyokong PPSMI" (yang entah dari siapa) disebabkan pengirim entry ini tidak berani bertanggungjawab menyiarkan nama sebenar. Selain itu, bahasa yang digunakan dalam entry tersebut (yg dipercayai dari http://www.tranungkite.net) bukanlah amalan bangsa melayu yang baik..Copy dan paste dibenarkan, tapi tonjolkan nama pengirim entry sebenar..Jadilah blogger yang bertanggunjawab demi persahabatan sesama ahli Kelab Sains Bahan 2001. Ketepikan emosi dan amarah..berhujahlah demi ilmu dan niat yang baik...~peja~ ]

Marilah sama-sama kita bantu para penyokong PPSMI ini menyusun ayat dan kata-kata. Menunggu mereka ini menulis satu entri yang baik bagi bagi membahaskan kenapa mereka menyokong PPSMI ibarat menunggu kucing bertanduk. Paling terdesak, hujah Tun Mahathir juga yang dianggap paling munasabah dan dikutip tanpa usul periksa. Paling sedih, hujah-hujah dari blogger yang tidak ketahuan asal usulnya juga diambil (mimpi916,amirhamzah, im nobody ?).

Apakah ini budaya ilmu yang ingin diterapkan dalam masyarakat? Apakah sudah kita lupa saranan agama supaya bertanya kepada yang ahlinya tentang sesuatu perkara yang kita sendiri tidak jelas?


Sehingga sekarang, satu hujah yang bernas dan diambil dari golongan 'pakar' penyokong PPSMI belum lagi muncul diblog Sains Bahan01 (yang terdiri daripada golongan profesional muda melayu di kalangan ahlinya yang aktif) baik dalam BAHASA MELAYU YANG BAIK MAHUPUN BAHASA INGGERIS (yang kononnya bahasa ilmu paling hebat). Sememangnya sukar untuk mencari TOKOH dan PAKAR penyokong PPSMI ini, sebab golongan yang tahu dan insaf akan bahana dan bahaya PPSMI ini awal-awal akan menolaknya.


Tujuan ditulis kenyataan ini adalah supaya sama-sama kita faham dan ringkaskan isu PPSMI yang kebanyakan para penentangnya terdiri daripada ilmuan yang tidak tersilau dengan cahaya kemajuan ’superficial’ dari barat yang diagung-agungkan itu. Berdebat di shoutbox boleh mengeruhkan lagi keadaan. Saya memilih untuk menulis entri agar dapat belajar meningkatkan kemahiran merujuk, menulis, berhujah dan berdebat sesuai dengan tuntutan peningkatan budaya ilmu yang jelas kaum kita memang agak terkebelakang.
Ya, sudah tentu selepas ini akan ada yang akan skeptikal dengan tujuan baik ini. Tapi apa boleh buat, kebenaran harus ditegakkan juga!


Setakat ini, dari pengamatan saya dari jauh, yang masih cetek ilmu pengetahuan dan sedang mencari-cari kebenaran (mudah-mudahan Tuhan memberi pedoman dan mempermudahkan urusan ) antara hujah terkuat penyokong PPSMI ialah :


  • Jika menggunakan BI, maka segala ilmu sains, matematik, teknologi (nanoteknologi), kejuruteraan akan dapat dikuasai dengan pantas.

  • Jika menggunakan BI, serampang dua mata digunakan iaitu pertama dapat menguasai BI dengan baik, dan yang kedua kita dapat menguasai Sains dan Matematik yang menjadi ukuran kepada kemajuan dunia pada masa kini.

  • Dengan menggunakan BI, ia akan lebih mencerdikkan kita oleh kerana segala ilmu sains dan matematik itu terkumpul di dalam Bahasa Inggeris.

  • Jesteru itu, faedah besar dan POSITIFnya PPSMI ini lagi, ujar penyokong PPSMI ialah, akan dapat meningkatkan mutu sistem pendidikan kita diperingkat antarabangsa dan dalam negeri. Kononnya lah! (Tapi kelihatan sebaliknya yang berlaku )

  • Akhir sekali, dengan pelaksaan dasar PPSMI ini, Malaysia akan menjadi negara maju, pengeluar, penyumbang teknologi, dan menghasilkan tokoh-tokoh sains yang hebat lantas penerima HADIAH NOBEL pada tahun 2020 nanti atau akan datang. Maka berduyun-duyunlah orang luar negara akan datang berkunjung ke Malaysia menuntut ilmu sains teknologi.


SOALAN UNTUK DIFIKIRKAN BERSAMA:

  • ADAKAH PENDAPAT DI ATAS INI MASUK AKAL DAN MUNASABAH?
  • KALAU BETUL, APA BUKTINYA?
  • APAKAH YANG MENYEBABKAN SESEBUAH NEGARA ITU MAJU?

  • ADAKAH MASALAH BAHASA YANG MENYEBABKAN KEMUNDURAN SESUATU BANGSA?


KAEDAH 'CUBA JAYA' TIDAK BOLEH DIGUNAKAN DALAM MELAKSANAKAN PPSMI YANG JELAS MENGORBANKAN BANYAK PIHAK DAN GENERASI!


~peja~

WOW... AMAZING

cuba dowload file ni

click http://visitkelantan.lt.my/ambo/Hira Cave (Makka-KSA).doc

korang mesti terkezut...

thanks to bro reno yg e-mail file ni kat ambo

ps: ambo nak fwd x larat nak tulis e-mail addr
so letak kat dlm server senang korang bole terus dwnload
pastu lps tgk jgn lupa letak comment

kalau tak dapat bukak / tgk jgn lupa tanya ambo


ambo

Isnin, 6 April 2009

BERHIJRAH UNTUK KEBAIKAN DI TUNTUT OLEH AGAMA










ambo amik dari isuhangat.blogspot.com utk tatapan kwn2

hebat.... hebat.... cuba kita fikir2 kan bila la agaknya kita nak maju mcm diorg ni,
baru laksana PPSMI ckit dah bising sana, bising sini ,
ni baru comp belum dikira dgn senjata , bioweapon teknologi lagi ni
mcm mana kita nak amik teknologi dari dioorg ni kalau tak blaja bahasa dioorg ?
korang ingat diaorang ni nak ajar kita teknologi dioorg dlm BAHASA MELAYU ke?
no way man.........
fikir2 kan lah.......

ambo

BREAKING NEWS

breaking news updated 5.50pm While he has ruled out becoming a senior minister in Najib's cabinet, he is open to being an unofficial adviser.MORE

ps : ambo nak tulis x reti, so copy n paste je la

sama kita fikirkan
cuba think + gak , sekali - sekala
jgn asyik dok pk - je

ambo

PPSMI: Dasar sonsang yang mengelirukan


Nak maju Sains dan Teknologi, bukan perlu ditukar dasar sedia ada ke PPSMI, media dan lain-lain juga berperanan penting. Jangan korbankan bahasa demi kemajuan yang entah berjaya atau pun tidak. Baca sejarah!

p/s: Ni artikel aku yang tersiar dalam majalah estidotmy Disember 2008

~peja~