Ahad, 21 September 2008

Jalan-jalan cari lauk berbuka

Dah hampir 3 minggu kat Montreal, tekak pun rasa nak pekena ikan ke seafood ke haper..asik ayam n daging, perut pun buat 'onar'. Nak cari onde-onde, murtabak n ayam percik macam xder jer. Kami ke Atwater Market @ Marche' Atwater dekat Lionel Groux Metro Station.. Masyaallah!..giler heaven pasar kt sini!..aku letak gambar skit buat tatapan!

Salam Aidilfitri dari kami untuk sahabat-sahabat di Malaysia..Maaf Zahir & Batin!!
















Keletihan...siann!..Nanti balik sambung tido kt umah..

http://armadillo.fotopages.com

p/s,,gambar salam perantauan aku hantar kat utusan x keluar-keluar...huhu!

~peja~

Montreal, Quebec
Canada
11.00 PM, Saturday

Isnin, 8 September 2008

Mencari Buku

Assalamualaikum...


Saya sedang mencari buku dibawah. Jika ada sesiapa yang memiliki salinan asal atau salinan fotokopi, sila beritahu saya. Kepingin sangat deh...


Saya telah mencarinya di gigapedia, tapi tiada. Tiada di library UKM. Sedang beli di library UM (entah bila baru sampai).
Wassalam.
-Yusri-


Sabtu, 6 September 2008

Berita baik untuk anda yg bergelar guru

NUTP syor gaji bersepadu
Oleh Mohd Harzrul Aminuddin harzrul@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: Skim gaji Bersepadu yang dirangka Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) akan dikemukakan untuk pertimbangan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) selewat-lewatnya hujung tahun ini.Sekiranya mendapat kelulusan, ia bakal menguntungkan lebih 10,000 pendidik seluruh tanah air khususnya yang memiliki ijazah sarjana dan doktor falsafah (PhD).Presiden NUTP, Hashim Adnan, berkata jika mendapat kelulusan jabatan berkenaan, masalah berbangkit membabitkan guru yang berkelulusan ijazah dan PhD sebelum ini akan berjaya diselesaikan.“Sebelum ini, pihak kami menerima berbagai rungutan berikutan masalah itu...apabila ditanya kebanyakan daripada mereka tidak berpuas hati dengan skim gaji yang mereka terima.
“Ini kerana mereka memiliki sarjana dan PhD, tapi skim gaji yang mereka terima sama seperti seorang guru yang berkelulusan ijazah sarjana muda.
“Selain daripada itu, guru terbabit juga tidak menerima imbuhan sampingan tambahan dan ini mengakibatkan kebanyakan mereka memilih untuk meninggalkan kerjaya sebagai seorang guru,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.Menurutnya, selain melihat contoh skim gaji perguruan di negara lain, NUTP juga mengambil kira pandangan beberapa pakar dalam bidang berkaitan bagi menyediakan cadangan skim gaji terbaik.“Antara negara yang menjadi contoh rujukan NUTP ialah Singapura dan Korea Selatan...ini kerana sistem yang mereka gunakan sesuai diguna pakai di negara ini,” katanya.Selain daripada itu, beberapa jawatan baru turut dicadang bagi diwujudkan ini termasuklah jawatan Guru Disiplin, Guru Ko-Kurikulum, Setiausaha Peperiksaan dan pembantu guru.Hashim berkata, bagi mengisi keperluan mendesak subjek tertentu seperti sains dan matematik, NUTP mencadangkan bagi mewujudkan semula menggaji secara kontrak golongan guru yang sudah bersara.
~napi~

Isnin, 1 September 2008

Selamat Merdeka & Selamat Berpuasa...




KITA DI MANA SEKARANG?
Persoalannya, sejauh manakah persediaan kita untuk menyambut ramadhan yang mulia itu?
Allah ingin menggandakan amalan-amalan kita 70 hingga 700 kali ganda, bahkan ada yang akan digandakan lagi pahala amalan. Gandaan itu, hanya ditawarkan dalam bulan Ramadhan.
Bayangkan,
Kita bekerja di sebuah syarikat, dan menerima gaji RM1000, untuk hidup pun agak susah, harga barang melambung tinggi!
Tiba-tiba, “Insya Allah, bulan depan gaji kamu semua akan naik.. mana-mana yang gaji RM1000 akan naik ke RM 70, 000 hingga RM 700, 000 sebulan, dengan syarat, mesti kerja lebih rajin dan lebih bermutu! Siapa kerja sehingga saya betul-betul puas hati, saya bagi bonus..k? kerjalah rajin-rajin, saya sayang kamu semua.”
Bagaimanakah keadaan kita ketika itu? Masihkah di takuk lama? Atau akan sedaya upaya berusaha untuk menjadi semakin baik?
Adakah masa yang masih berbaki sebelum tiba bulan hadapan, masih hendak disia-siakan? Tidak mahu belajar dan berlatih untuk memperbaiki mutu kerja? Demi gaji semaksimum mungkin pada bulan hadapan!
Bagaimana pula dengan ganjaran di bulan Ramadhan?

Sambut Merdeka di Yemen... ~ck_one~

Selasa, 26 Ogos 2008

Selamat Berhijrah Kepada Peja, Selamat BerUmrah Kepada Yoe!

Assalamualaikum...

Saya mengambul kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menjalani Kehidupan Baru di Montreal kepada Peja sekeluarga. Walaupun mengiringi isteri, Peja melakukan perkara yang terbaik sebahgai seorang suami. Syabas!. Peja pun boleh cari kerja kat sana. Dengar cerita di Montreal sana masyuk!!!.

Kepada Yoe pula, selamat berumrah di bulan Ramadhan. Ambillah peluang untuk beribadah sebanyak mungkin dan sebaik mungkin di sana nanti. InsyaAllah.

Kepada Peja, sila kemaskini perkembangan anda di sana dari masa ke masa. Sila tempekkan gambar-gambar sekitar Montreal untuk tatapan kami di blog ini.

Kepada kedua-duanya Selamat Berangkat!!

Wassalam

-YUSRI-

Isnin, 25 Ogos 2008

New Journey!

Salam rakan-rakan!
Sori lama x update...ada busy sikit!

Insyaallah 1 September bersamaan 1 Ramadhan, pukul 1015 pagi ( kalau diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja lah), kami sekeluarga akan berangkat ke Montreal, Quebec City, Canada. My otherhalf akan sambung belajar di sana lebih kurang 4 tahun. So kena lah follow bagi support dll..

Minggu ini saya sudah mula bercuti dari IMEN-UKM yang terchenta ini...hehe!

Mulai esok atau lusa, internet line umah dah takder, so blog akan diupdate semula selepas talian internet dipasang semula di sana nanti Insyaallah!

Saya mungkin akan lebih aktif mengemaskini life di sana di blog saya sendiri di SINI.

So, jumpa lagi sahabat-sahabat sekelian! Doakan kami dipermudahkan segala urusan!

Au revoir!

by ~peja~

Pamplet I-Charge (Voltage Stabilizer)










Ingin mengetahui lebih lanjut, sila hubungi;
HAIRUL FAIZAL
019-2721279
Anda boleh menjana income RM6+++ dalam masa sehari..Kita perlu berusaha untuk tambah income, jangan mengharapkan makan gaji sahaja..Anda boleh mengubah kehidupan dalam sekelip mata.Saya boleh lakukan, kenapa tidak ANDA menCUBA!!!!