Rabu, 25 Jun 2008

Cadangan

Assalamualaikum.

Kepada rakan-rakan yang mempunyai apa-apa maklumat mengenai apa-apa juga perkara boleh kongsikan sesama ahli blog. Contohnya seperti apa yang peja telah kongsikan bersama iaitu ebook free berkenaan nanotechnology.

Antara maklumat yang kita boleh kongsi adalah:
  1. Ebook percuma (berkenaan apa saja)
  2. Web sites yang menarik.
  3. Blog-blog yang memberi maklumat sains dan sebagainya
  4. Blog-blog ahli, jika ada
  5. Kursus, bengkel, kuliah, ceramah etc.
  6. Peluang kerja.
  7. Ulasan buku dan buku-buku yang telah ahli blog baca
  8. dan sebagainya...

Maklumat-maklumat yang kita kongsi boleh dimanfaatkan oleh ahli-ahli yang lain.

Wassalam

-YUSRI-

Selasa, 24 Jun 2008

Buku Free..Download jangan x download!

Memandangkan ramai yang involve dalam projek nano sekarang ni, elok juga kalau pakat-pakat belek buku di bawah nih!

Buku ini memberi idea bagaimana perkataan Nanotechnology bermula dan tiba-tiba meletup di seluruh dunia termasuk UKM hehe, mungkin sedikit sebanyak isi kandungan buku ini boleh dimuatkan dalam chapter 1 thesis mengenai teknologi nano..untuk sesiapa berminat lah! hehe
Tapi awas.. ini bukan buku akademik..ala-ala separa akademik lah!..

Maklumat tambahan

Buku ini ditulis oleh K.Eric Drexler dan menjadi buku pertama seumpama ini di dunia yang ditulis yang mencetuskan fenomena nanoteknologi selepas Richard Feynman bersyarah di Caltech pada tahun 1959 dulu.

Sapa minat nak baca sila download di SINI

~peja~

Isnin, 23 Jun 2008

Menunggu RM1 Tiada Nilai

Semalam saya ke gerai di hadapan rumah saya untuk membeli sebungkus nasi lemak untuk sarapan pagi. Saya minta nasi lemak biasa. Setelah siap dibungkus, saya memberi RM1 kepada si penjual. Lantas penjual itu meminta tambahan 20 sen lagi kerana menurutnya harga nasi lemak biasa telah dinaikkan kepada RM1.20 sebungkus.
Kini giliran nasi lemak untuk melepasi paras RM1. Sebelum ini, kuih-muih yang dijual RM1 bagi 3 ketul telah menjadi RM1.20 bagi 3 ketul. Mula saya terfikir. Bilakah masanya RM1 akan hilang nilai seperti 1 rupiah matawang Indonesia dan 1 rupee matawang India?
Apakah barangan yang masih bertahan dalam nilai RM1? Cuba anda fikirkan. Dan bila pula barang itu akan melepasi paras RM1? Kita tunggu. Masanya pasti tiba.
-YUSRI-

Khamis, 19 Jun 2008

Petronas New Branding



by peja

Letak Gambar Ni Pun Boleh-Kenangan Mengusik Jiwa


Marilah Bersilaturrahim Dengan Blog!

Assalamualaikum.

Ini merupakan tulisan pertama saya di blog ini. Diharap blog ini dapat dipergunakan dengan sebaik mungkin oleh setiap ahli batch sains bahan UKM 1998-2001. Kepada yang sudah mengetahui kewujudan blog ini, diharap dapat menyebarluaskannya kepada rakan-rakan yang belum mengetahuinya.
Sekian buat kali ini.
-YUSRI-

Selasa, 17 Jun 2008

Selamat dtg ke blog sains bahan

Welcome!..

Selepas 10 tahun (1998-2008) rasanya elok jugak kita wujudkan alumni Sains Bahan UKM..
Kalau dilihat secara positif, banyak manfaatnya. Contoh:

1. Sharing knowledge (any info, especially all about material science & technology)
2. Advertisement ( jobs, practical training, recruitment, etc)
3. Bussiness, contact, etc..etc..
4. Friendship..
5.

Sesapa ada niat nak contribute, sila emel aku di peja88@gmail.com utk dapatkan passwd dan username..especially MAZLAN aka towkey besar syarikat NDT..hehehe..sebab katanya banyak info dia nak share dengan rakan-rakan lain..( dia tepon aku last week)

OK...sila contribute!

p/s..Sebarkan juga kewujudan blog ni kepada semua rakan-rakan lain yang masih ada contact!

~Peja~