Selasa, 15 Disember 2009

Kuasai bahasa Inggeris, elak 'dijajah semula'

di petik dari malaysiakini.com

Rakyat Malaysia amat perlu menguasai bahasa Inggeris bagi membolehkan mereka memperoleh ilmu dengan lebih cepat dan memastikan negara ini tidak kembali dijajah, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.Bekas perdana menteri itu berkata rakyat negara ini tidak akan dapat menguasai sesuatu ilmu dengan cepat jika mereka tidak menguasai bahasa tersebut.Kegagalan berbuat demikian akan membuka jalan kepada pihak yang lebih berilmu menguasai dan mempengaruhi mereka sama ada secara langsung atau sebaliknya."Bahasa Inggeris adalah bahasa bagi Zaman Pengetahuan ini. Negara yang tidak menguasai bahasa Inggeris bukan saja akan ketinggalan, malah menghadapi risiko dijajah, sama ada secara langsung atau tidak langsung."Tanpa ilmu, sesebuah negara akan ditekan dan diserang," kata beliau selepas menyampaikan ucaptama bertajuk 'Komponen Kepimpinan dan Dasar bagi Masyarakat Berilmu: Amalan Terbaik Yang Dicadangkan bagi Negara Anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)' pada Persidangan Akademi Sains Dunia Islam ke-17 (IAS).Persidangan itu dirasmikan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di sebuah hotel dekat Shah Alam.Persidangan empat hari itu, yang bermula hari ini, anjuran bersama IAS, Universiti Industri Selangor (Unisel) dan Akademi Sains Kehidupan dan Bioteknologi Islam Antarabangsa.Dr Mahathir berkata hanya dengan mengusai bahasa Inggeris, rakyat negara ini mampu memperoleh ilmu dengan lebih cepat dan tidak tersisih daripada arus pembangunan.Beliau berkata rakyat negara ini tidak akan hilang jati diri sekiranya mereka mengejar ilmu pengetahuan dengan menggunakan bahasa Inggeris."Bahasa Ingegris bukan untuk orang Inggeris saja, tapi adalah bahasa universal. Saya bukan orang Inggeris, tapi saya juga bertutur dalam bahasa itu," katanya.Dr Mahathir juga berkata kepimpinan sekarang "mengabaikan kejayaan" apabila memansuhkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dan kembali menggunakan bahasa Malaysia bagi tujuan itu."Saya rasa kerajaan tak faham tentang pentingnya bahasa Ingeris sebagai bahasa ilmu pengetahuan apabila mereka membuat keputusan menukar daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Malaysia (dalam mengajar dan mempelajari sains dan matematik).Baru-baru ini Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan telah membuat keputusan untuk beralih semula kepada penggunaan bahasa Malaysia bagi pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik di sekolah kebangsaan serta sekolah Cina dan Tamil mulai 2012.Dasar PPSMI dilaksanakan secara berperingkat-peringkat, bermula dengan Tahun Satu, Tingkatan Satu dan Tingkatan Enam pada 2003 semasa Dr Mahathir menerajui negara.Terdahulu, dalam ucaptamanya, Dr Mahathir berkata ilmu pengetahuan berkembang dengan pesat, terutama dalam bidang sains, sedangkan buku serta penulisan tentang mata pelajaran ini, menggunakan bahasa Inggeris.Kata beliau, ada kemungkinan kepercayaan tentang sesuatu perkara dalam bidang sains sebelum ini akan berubah, bukan seperti dalam bidang geografi dan sejarah."Ilmu sains tidak statik, berbeza dengan bidang geografi dan sejarah di mana faktanya sudah tersusun sedemikian rupa dan terhad."Dalam bidang sains, kita boleh persoal prinsip-prinsip sains dan membuat keputusan sama ada ia betul atau tidak," kata beliau sambil menambah bahawa penemuan baru juga banyak disebarkan dalam bahasa Inggeris
anak buah chedet

Ahad, 25 Oktober 2009

NanoTech Malaysia 2009


http://www.nanotechmalaysia.com.my/

Ada sesiapa yang hantar paper dan present? kalu rajin boleh lah update kat sini..
Terima kasih!

~peja~

Sabtu, 19 September 2009

Budaya Kuota dan Bodek di Universiti

Tajuk di atas diubah sedikit dari tajuk asal yang berjudul Budaya Kerja Universiti Patut diubah oleh Dato' Salleh Majid

Untuk renungan bersama

TERLEBIH dahulu saya mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada semua pembaca. Maafkan saya sekiranya ada kata-kata saya yang terkasar, kurang sedap dibaca dan menyinggung perasaan sesiapa saja.

Berita dua orang pensyarah universiti kita, UPM, didapati melakukan ciplak tentang sebuah buku bertajuk "Writing an Effective Resume" sungguh mengecewakan. Tidak hairanlah kalau ramai pelajar universiti hari ini dikatakan gemar "potong dan tampal" apabila dikehendaki menyiapkan projek kuliah.

Sudahlah kedudukan kita di kalangan universiti di dunia semakin jatuh, berita penciplak di kalangan tenaga pengajar universiti kita akan memburukkan lagi keadaan yang sudah buruk. Saya difahamkan di sebuah universiti yang baru, tenaga pengajar yang menciplak bahan ini menjadi-jadi.

Seorang pengarang akhbar terkenal di Malaysia mengatakan terjumpa suatu surat dalam bahasa Inggeris daripada Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan berkenaan H1N1 yang penuh dengan ejaan yang salah dan nahu yang tidak betul.

Apabila disampaikan kepada pengetahuan Ketua Pengarah itu sendiri barulah diperbetulkan. Semua orang tahu penggunaan bahasa Inggeris Tan Sri Ismail Merican itu ditahap terbaik dan surat itu telah dirangka oleh pegawai beliau. Itulah contoh tentang penguasaan bahasa mereka yang lulus universiti dan berpangkat pegawai.

Pengarang itu seterusnya mengatakan bagaimana pelajar yang mengikuti jurusan kewartawanan diajar oleh mereka yang tidak ada pengalaman dalam bidang kewartawanan langsung. Beliau mengatakan dari segi kedudukan universiti-universiti kita di kalangan universiti di dunia tidak ke mana. Walaupun asas menentukan kedudukan ini boleh dibahaskan, hakikatnya sama ada kita mengakui ada kemerosotan atau tidak.

Sekiranya diakui ada kemerosotan di universiti kita, sesuatu tindakan drastik perlu dilakukan. Suatu "overhaul" universiti-universiti kita perlu dilakukan. Pertama sekali dari segi kualiti tenaga pengajar.

Amalan sekarang ini ialah apa yang dikatakan amalan "inbreeding". Di kebanyakan universiti kita tenaga pengajar tiada pengalaman praktikal berbanding di negara-negara lain yang mana usaha dijalankan untuk menarik mereka yang berpengalaman walaupun secara separuh masa. Pelajar-pelajar pula dibebankan dengan jam kredit yang berat, dengan sendirinya meletakkan beban kepada tenaga pengajar.

Di salah sebuah universiti yang saya tahu secara purata tenaga pengajar mengajar sebanyak 15 sehingga 18 jam seminggu. Pada masa bilakah pensyarah-pensyarah ini mempunyai masa untuk melakukan penyelidikan dan kajian dan menerbitkan buku dan menulis artikel. Kata-kata hikmah di universiti-universiti terkenal di dunia ialah "Publish or Perish" (terbit atau disingkir) tetapi tidak di universiti-universiti kita.

Kenaikan pangkat lebih banyak bergantung kepada pertalian seseorang dengan seseorang, misalnya daripada Profesor Madya kepada Profesor. Banyak "ketakjuban organisasi" (organizational intrigue) berlaku di universiti-universiti sehinggakan orang yang layak tidak dapat kenaikan pangkat sebaliknya mereka yang "mengikut kata" yang untung. Cemburu dan dengki dan sikap perkauman sudah menjadi kelaziman.

Di salah sebuah universiti tempatan, seorang bekas ahli korporat yang banyak pengalaman industri pada mulanya dijanjikan jawatan Ketua Eksekutif sebuah syarikat induk milik universiti berkenaan. Disebabkan tentangan pegawai-pegawai atasan terhadap pelantikan beliau, perkara itu senyap begitu saja.

Ketua jabatan kepada sesuatu Fakulti di universiti lazimnya diketuai oleh Dekan yang dilantik - selalunya selama dua tahun. Apalah yang boleh seseorang itu lakukan dalam masa dua tahun? Kalau nasib dia baik jawatan dia akan disambung dua tahun lagi. Sambungan kali kedua itu akan meresahkan beberapa orang lagi yang juga tidak sabar menjawat jawatan tersebut.

Tetapi kalau naib canselor sampai tiga atau empat perbaharui kontrak pun tidak mengapa kerana dia bijak mengatur "strategi" dan mengambil hati orang-orang tertentu untuk kekal di jawatan itu. Apakah Indeks Prestasi Utama (KPI) yang digunakan untuk mewajarkan kenaikan pangkat atau penyambungan kontrak sesuatu jawatan?

Kita sudah sampai ke tahap terlalu banyak universiti. Banyak jurusan yang sama kecuali universiti khusus untuk sesuatu bidang seperti Multimedia, Telekom, Petronas. Disebabkan wujudnya universiti pengkhususan ini, mereka yang keluar daripada universiti lain yang bidangnya secucuk dengan bidang yang ditawarkan oleh universiti khusus, peluang mendapat kerja agak terhad.

Nampak macam ada ketidakpadanan antara permintaan dan bekalan. Universiti-universiti wajar mengamalkan konsep memenuhi keperluan industri dan negara, bukan kemampuan mengeluarkan lulusan apa jua bidang. Misalnya beribu-ribu siswazah dalam bidang Sumber Manusia yang keluar setiap tahun. Lepas lulus tak tahu hendak ke mana.

Perbincangan pemadanan antara keperluan industri dan kemampuan universiti-universiti ini perlu dilakukan supaya kurikulum boleh dibentuk mengikut kehendak industri. Mungkin sambutan daripada pihak swasta untuk berbincang agak dingin, pihak Kementerian berkenaan patut mengatur pertemuan dan perbincangan ini.

Saya pernah dijemput untuk menjadi ahli panel penasihat fakulti sebuah universiti bersama-sama beberapa orang tokoh korporat yang lain. Sekali saja kami bertemu iaitu untuk bergambar beramai-ramai selepas itu tidak ada langsung mesyuarat.

Begitu juga pelantikan selaku profesor adjung di dua universiti. Yang satu panggil dua kali yang satu lagi sekali. Langkah "hangat-hangat tahi ayam" ini memang merupakan suatu ciri kebiasaan terutama sekali kalau yang menjemput tidak lagi menjawat jawatan yang membolehkan beliau menjemput orang luar selaku ahli panel penasihat dan profesor jemputan.

Pengalaman peribadi saya selepas mula-mula berkhidmat diawal kerjaya saya selaku pensyarah dan dekan, kemudian menyertai sektor swasta hampir 30 tahun dan balik ke bidang akademik ialah pelajar-pelajar yang saya temui selepas 30 tahun, standard mereka lebih teruk daripada tahun-tahun 1970-an dulu. Ramai yang tidak mampu bertutur dan menulis dengan baik dalam bahasa Inggeris.

Dalam suatu ayat sepenuhnya atau apabila diberikan tugas dalam bahasa Inggeris dijawab dalam bahasa Melayu. Ada juga yang menggunakan bahasa SMS! Tidak kurang juga yang menciplak jawapan rakan mereka dan mengubah satu dua perkataan dengan sangkaan guru tidak tahu. Betapakah salah sangkaan mereka.

Saya tidak mahu mengatakan keadaan ini berlaku di semua universiti tetapi melihat daripada angka pengangguran di kalangan siswazah tentu kajian yang pernah dijalankan oleh Unit Perancang Ekonomi dalam tahun 2005 dulu tentang faktor-faktor yang menyebabkan ramai pelajar menganggur boleh dikaitkan.

DATO' SALLEH MAJID ialah bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia)


~peja~

Selasa, 15 September 2009

ANGEL VOICE

She is Connie Talbot
some says she got the angel voice, just listen and read the lyrics you 'll got the masages , anyway she`s got the talent , AMAZING .........



Connie Talbot - Over The Rainbow (BGT Final)




Connie Talbot's COMPLETE Britain's Got Talent Songs





Connie Talbot - I will always love you LIVE *High Quality





Connie Talbot - Wonderful World



Selasa, 18 Ogos 2009

Selamat datang Ramadhan


Minggu depan (sabtu atau ahad) seluruh umat islam di dunia akan menyambut Ramadhan al-mubarak. Sempena kedatangan bulan suci lagi mulia ini, marilah kita sama-sama bermaaf-maafan dan berdoa kepada Allah agar ditetapkan iman di dada dan dikuatkan semangat jihad dalam kehidupan. Di samping itu, marilah kita berazam untuk mencapai puasa ramadan yang terbaik sepanjang 30 tahun penghidupan kita di dunia yang sementara ini.

Ramadhan kareeem..

~peja~

Isnin, 22 Jun 2009

Jemput melawat ke 'rumah' baru

Salam all,

Aku dedicate my passion and hobi masa lapang dalam satu portal web..masih dalam peringkat beta a.k.a trial...jadi dijemput kepada semua pengunjung kelab sains bahan dan rakan-rakan lain datang melawat ke

www.majalahsains.com

I would like to receive any feedback from outside... It won't be a big deal, just for fun!
Anyone who are interested in this project, please give me some ideas to improve this site in whatever your expertise...writing articles, web development, advertising etc...

anyone ??


~peja~
Montreal